Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Yang Diadaptasikan dari Novel Karya Siti Rosmizah

Julai 23, 2020
Berjaya juga habiskan novel 1061 page ni. Penangan drama 7 Hari Menyintaiku 2 karya Siti Rosmizah ni memang semacam sampaikan kita pun sanggup beli novelnya ni. Tak sampai 2 hari dah habis dah bacanya pun. Sedih juga la ceritanya pun walaupun asyik gaduh je memanjang. Tapi last tu happy ending juga.

Macam korang juga, ciktie tak nafikan sikap Mia yang tak pernah berubah ni benar-benar bikin geram. Cepat sangat panas. Suaminya pun alahai baik sangat kot. Ada ke encik suami camni dekat luar ni?? Kalau ada memang bertuah sangatlah siapa yang dapat tu.

Apapun, secara keseluruhannya oklah juga jalan ceritanya pun. Ia mengisahkan tentang konflik dalam sesebuah  kekeluargaan. Konflik antara menantu dan mentua. Yang mentuanya pun dok usahlah masuk campur. Ni tak ! Dahla dua-dua taknak mengalah..dua-dua nak tunjuk hebat. Kita dekat luar yang tiada kena mengena ni pula yang panas hati hahaha. Rilex..cerita ajepun.


Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Yang Diadaptasikan dari Novel Karya Siti Rosmizah

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka. Rancangan hebat Puan Hayati mengatur strategik menyebabkan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya.

Dia berjaya melaga-lagakan Mia Adriana dengan Mak Leha. Ditambah pula dengan berita yang disampaikan Syakila (Faye Kusairi) yang juga tak kurang hebatnya. Mia kembali kepada perangainya yang lama. Angkuh, sombong dan mementingkan diri sendiri.


Semuanya bermula apabila Nadia (Jaja Iliyes), adik khuzairi memutuskan pertunangannya dengan Dr. Zaidi  (Bil Azali) kerana terpengaruh dengan hasutan  Puan Hayati iaitu ibu Mia. Desakan dan tekanan dari Dato' Johari pula menjadi menyebab kenapa Helmi  (Syazwan Zulkifly) menceraikan Sofi (Wan Sharmila).  Bagi Dato' Johari, Helmi tidak sepadan dan setaraf dengannya.  Dia ingin mengawinkan anaknya itu dengan Sharif, anak orang kenamaan yang selalu membantunya mendapatkan projek besar.  Sikap dia dan kakaknya yang mementingkan wang ringgit masih lagi tidak berubah.

Hilang segala rasa hormat Mia Adriana selama ini terhadap orang yang paling disanjungnya apabila mamanya menuduh Pak Samad (Kazar Saisi) cuba menodainya. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana. Kehadiran anak angkat arwah Makcik Roziah, Nurul Ain (Wafariena Roslan) mengeruhkan lagi keadaan kerana Mak Leha berkenankan gadis itu. Baginya gadis itu begitu sempurna dimatanya sehingga sanggup mengetepikan kebahagian anak sendiri. Pelbagai cara dilakukannya untuk memisahkan Mia dan anaknya. Helmi cuba menyedarkan Mak Leha akan agenda tersirat Nurul Ain.


Suatu hari dek tercabar dan terasa dengan kata-kata isterinya, Khuzairi bersetuju untuk berkahwin dengan Nurul Ain dengan syarat, Mia perlu ada semasa majlis akad nikahnya sebelum dia mengizinkan Mia pergi dari sisinya. Mia yang ketika itu sudah menerima apa yang ditakdirkan bersetuju untuk pergi  pada hari pernikahan suaminya tanpa membawa anak-anaknya kerana baginya khuzairi hanya terpaksa bersama dengan dia demi anak-anak sepertimana yang dicanang oleh mak mentuanya.

Namun ada sesuatu yang sebaliknya berlaku. Dalam tempoh menunggu hari pernikahan, sesuatu telah terjadi dan Mia telah menjadi penyelamatnya. Ini menyebabkan Mak Leha dihimpit rasa bersalah. Tambahan pula Nurul Ain bukan seperti yang diharapkan. Seluruh keluarga semakin kasihan dengan nasib Mia. Kalau nak tahu kahwin tak khuzairi dengan Si Nurul tu korang kenalah tengok kesudahan cerita ni. Kalau rasa tak sanggup nak tunggu korang boleh je dapatkan je novel ni sekarang..

Tapi rasanya baik korang tunggu je..

Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. Tak sabar betul nak tunggu cerita ni habis. Mak Leha Mak Leha, tak sudah sudah nak suruh anak dia kahwin dengan perempuan pilihan dia. aduhaiii.ni yang nak beli novel jugak ni. masalahnya tak suka baca novel pulak. hihi..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com