Selamat Hari Raya Aidiladha

Julai 31, 2020
Alhamdulillah, semuanya dah selamat ke kampung halaman. Walaupun masing-masing dengarnya mengambil masa yang panjang untuk tiba. Terpaksa menghadap jalan yang sibuk tu. Akhirnya keceriaan dapat berkumpul bersama tersayang hari ini terlaksana jua.


Boleh dikatakan riuh rendah tiap-tiap rumah hari ini. Dengan berebut nak mandinya..nak bersiap solat raya..siapkan hidangan di atas meja kemudian sesi ziarah menziarahi jiran tetangga. Pendek kata raya haji kali ini cukup besar maknanya buat semua. Iyalah sebelum ini terpaksa sambut raya di perantauan. Terpaksa video call aje dengan insan tersayang. Kali ini terubat sikit orang kata tapi awas kita masih lagi dalam pkpp ! Covid-19 masih lagi ada. Jangan sesekali kita alpa nak-nak bila dah berkumpul ramai-ramai macam sekarang ini. Sentiasalah berwaspada dan patuhilah SOP yang dikeluarkan #kitajagakita Jangan sia-siakan apa yang telah kita semua lakukan sepanjang tempoh pkp ini. 

Pada mereka yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. Selamat hari raya ciktie ucapkan. In Shaa Allah, cuti persekolahan nanti bolehlah slow-slow balik pula. Hilangkan rasa kerinduan dihati meskipun orang tersayang telah tiada. 

Raya inipun ramai yang buat korban nampaknya tu. Khemah pun banyak je kat depannya tu. Oklah sampai sini dulu kali ini. Hingga jumpa lagi korang. Ingat, no salam-salam ok ✌️






Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. Selamat Hari Raya Aidil Adha Kak Aishah :)

    BalasPadam
  2. Salam aidiladha, salam singgah sini :)

    BalasPadam
  3. selamat menyambut awal muharram la cik tie sbb raya haji abis doh.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dapat juga beraya di kampung. Jammed boleh tahan teruk juga sampai jalan dalam pun jammed.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com