Selasa, 21 Julai 2020

Kursus Korban & Perkaitan Dengan Ibadah Korban

Kursus pertama dalam tahun ni ! Inipun dari semalam asyik berdolak dalik nak mai ke tak nak. Last-last sampai juga bukit cina hari ni gara-gara kotak hitam. Risau dah tadi kot-kot terlambat sampai tapi banding orang lain kitalah yang last hehe. Segan pula sampai-sampai my boss pun dah sampai.


Kursus Korban & Perkaitan Dengan Ibadah Korban

Kursus hari ni disampaikan oleh Ustaz Naim bin Md Ghazali dari Pejabat Mufti Negeri Kelantan mengenai Ibadah Korban.



Ibadah Korban
Korban juga dikenali sebagai Udhiyyah ataupun ad-Dhuha yang bermaksud ketinggian matahari. Disembelih pada waktu itu.
Ibadah paling lama. Telah berlaku dari zaman Nabi Adam a.s lagi

Haiwan yang biasa menjadi korban :-
  • Unta
  • Lembu
  • Kerbau
  • Kambing
  • Biri-biri

Hukum sunat muakkad ! Dituntut kerana sentiasa dilakukan oleh Rasulullah saw kepada individu.

Apabila seseorg buat korban maka terlepaslah semua ahli keluarganya.

Korban menjadi wajib apabila seseorang itu bernazar ataupun berniat.

Siapa yang layak berkorban
Orang islam ( tidak wajib pada yang bukan Islam) tapi sekiranya seseorg yang bukan Islam menghadiahkan lembu kepada yang Islam. Boleh je orang Islam menggunakan lembu itu untuk membuat korban. Sebab lembu itu telah menjadi haknya. Tapi janganlah  dibuat korban niat atas orang yang bukan Islam.

Mana lebih elok lembu betino atau lembu jantan?? Mana-mana boleh. Tidak memudaratkan.

Betul ke setiap orang kena buat korban 7kali untuk menyamai seekor lembu?? 

Syarat haiwan korban
Haiwan ternakan (al-An'am).
Melebihi umur yang ditetapkan 
Selamat dari kecacatan

Waktu paling afdal buat korban
Selepas solat raya  (selepas berlalunya tempoh masa kira-kira 2 rakaat dan 2 khutbah yang pendek selepas naiknya matahari hari raya korban)

Daging korban diberi pada org bukan Islam
Boleh cuma lebih baik kalau diberikan pada yang Islam.

Banyak lagi sebenarnya perkongsian yang disampaikan dalam kursus ni cuma ini ajelah yang sempat kita taip kat sini. Free-free nanti kita sambung lagi. 

Haaa pada korang yang buat korban ataupun mana-mana ahli keluarga yang buat korban tu, bermula malam ni jangan potong kuku ye.















2 ulasan

  1. Bagus dapat pergi majlis ilmu macam ni kan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dah waktu korban lagi...

    Ade singgah melawat dari segmen

    https://webayas.blogspot.com/2020/07/segmen-nak-url-blog-37-mialianacom.html

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.