Rabu, 3 Jun 2020

Tips untuk anda yang gemar berbasikal

Ketika kita sudah memulakan kembali kehidupan bekerja seperti biasa selepas kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan. Jangan pula kita lupa untuk menjaga kesihatan diri bagi meningkatkan sistem imun badan. Ini bermaksud kita perlu makan makanan yang baik dan berkhasiat serta bersenam setiap minggu samada berjalan kaki, berjoging ataupun berbasikal namun harus dipastikan kita mematuhi penjarakan sosial sebagai normal baharu dalam kehidupan kita.

Tips untuk anda yang suka ataupun gemar berbasikal

Sekiranya berbasikal adalah pilihan kita, semestinya kita mahukan basikal lama ataupun basikal yang baru kita beli tu mendapat penjagaan yang sesuai bagi memastikan ia berjalan lancar dan cekap. Ini sangat penting terutamanya rantai basikalnya tu agar ia tahan lebih lama. Takmau la kerap sangat menukarnya pun. Jadi salah satu cara mudah untuk mengatasinya,  yang hanya memakan masa kurang dari 10 minit adalah dengan menggunakan WD-40® Bike Chain Cleaner & Degreaser.


Tips mudah membersihkan minyak dan kotoran degil pada rantai basikal

Ia merupakan penyelesaian larutan buih yang bertindak pantas melekap pada permukaan serta berfungsi hanya dalam beberapa saat. Produk ini sangat bagus berfungsi untuk membersihkan minyak dan kotoran degil daripada rantai basikal, malah para atlet dan amatur juga begitu menyukainya. Berikut adalah beberapa langkah ringkas mengenai cara penggunaan WD-40® Bike Chain Cleaner & Degreaser :-
  • Goncangkan tin dengan baik, kemudian lepaskan penutupnya.
  • Arahkan pada rantai basikal anda dan semburkan dari kaset (kluster) rantai basikal. Semburkan semasa anda mengayuh basikal agar rantai bergerak, sehingga buih tersebut dapat m elapisi seluruh rantai.
  • Setelah seluruh rantai dilapisi, letakkan tin ke bawah dan tunggu beberapa minit untuk membiarkan penyelesaiannya berjaya.
  • Dapatkan kain dan pegang bahagian rantai dengannya supaya boleh dilap secara lembut semasa anda menggunakan backpedal (mengayuh basikal secara terbalik). Semua sisa kotoran akan keluar dan melekat di kain tersebut.


Reka bentuk tin ini membolehkan penyemburan buih tepat ke arah rantai basikal. Apabila buih masuk, ia akan mendorong agen pembersih memasuki keseluruhan rantai basikal. Jangan risau jika kita melihat buih berlebihan menitis ke bahagian lain di basikal kita. Penyelesaian ini tidak mengandungi pelarut sitrus atau asid yang boleh merosakkan basikal kita, jadi ia selamat untuk digunakan terhadap semua kemasan atau komponen basikal.

So, inilah produk yang patut kita miliki untuk memudahkan kita membersih dan menghilangkan kotoran minyak pada basikal kita tu.. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai barisan produk WD-40® yang bersesuaian dengan kegunaan basikal ataupun peralatan sukan yang lain, korang boleh melayari https://wd40.asia/my .


2 ulasan

  1. Sampai sekarang tak pandai berbasikal. Sadis betul hehe

    BalasPadam
  2. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.