Sinopsis Chandramukhi

Jun 29, 2020
Dah banyak kali dah tengok cerita ni tapi still nak tengok lagi. Banyak versi sebenarnya cerita ni kata housemate kita dulu. Tapi yang inilah yang biasa kita tengok pun. Lakonan Rajinikanth a.k.a hero kopi ! Ingat lagi dulu gara-gara tak nak terlepas tengok cerita ni sanggup rakam ataupun postpone keluar cari barang rumah. Tapi itu dululahh sekarang nak keluar, keluar juga.



Ni dah lama tak tengok. Kebetulan malam semalam keluar. So, apa lagi kita layan ajelah kebetulan jatuh pada malam hujung minggu kan.

Sinopsis Chandramukhi

Mengisahkan tentang roh chandramukhi yang telah merasuk badan Gangga, isteri Senthilnathan untuk membalas dendam kepada raja vettayan yang telah membunuh kekasihnya, Gunasekaran dan membakarnya hidup-hidup.

Kisah bermula apabila Saravanan, seorang pakar psikologi dari Amerika kembli ke India untuk bertemu kawan baiknya Senthi Nathan, seorang kontraktor jalan. Senthi telah membeli sebuah istana lupa dah namanya dan berpindah ke sana walaupun telah dihalang berbuat demikian. Sebelum itu, dia telah meminta kawan baiknya itu menyiasat mengenai istana tersebut.

Istana tersebut dahulunya milik Raja Vettayan. Dia seorang raja yang sangat kejam dan sanggup melakukan apa saje. Suatu hari dia dalam perjalanan ke Andra Pradesh (TamilNadu) dan terjumpa serta terpikat dengan seorang penari Kathak, Chandramukhi. Dia ingin menjadikan Chandramukhi sebagai perempuan simpanannya tetapi Chandramukhi tidak mahu kerana dia telah mempunyai kekasih. 

Raja Vettayain tidak peduli dan telah menculiknya. Manakala Chandramukhi pula tetap meneruskan hubungannya dengan kekasihnya tanpa pengetahuan Raja. Akibatnya Raja telah memancungkan kepala Gunasekaran didepan matanya sebelum membakarnya hidup-hidup.

Pooja dilakukan untuk mengelakkan roh Chandramukhi terus berkeliaran untuk membalas dendam dan ianya telah dikunci dalam biliknya dalam istana itu bertahun lama sehinggalah pintu biliknya itu dibuka oleh Gangga.

Kalau nak tahu cerita Chandramukhi ini adalah kisah sebenar dari istana Alleepey cuma ianya ditokok tambah dari cerita asal sebagai penyedap jalan cerita.

Chandramukhi kisah sebenar disebalik istana Alleepey

Kalau di ikutkan cerita asalnya, Nagavalli tidak mempunyai teman lelaki dan tiada istilah balas dendam kepada maharaja.

Kisah bermula sekitar 100-150 tahun yang lalu di Kerala, India. Ketika itu terdapat seorang maharaja yang mengendalikan wilayah Allapuzha, Trevancore. Sekarang ia lebih dikenali dengan Alleepey. Masa tu, kereta pertama baru diperkenalkan di India dan hanya 2 orang je yang mampu memilikinya iaitu Maharaja Trevancore dan Maharaja Allapuzha ini sendiri.

Kekayaan yang dimilikinya meliputi batu  permata dan belian menyebabkan dia dicemburui orang sekeliling ditambah pula ketika itu dia masih muda remaja sekitar usia 24 tahun dan mempunyai 3 orang isteri.

Suatu hari di Kerala terdapat kawalan kasta dan keganasan kasta melampau berlaku. Ia sebenarnya seringkali berlaku di daerah itu. Ini menyebabkan Maharaja terpaksa berjalan kaki sehingga melewati daerah kasta tertinggi di sana. Dia kemudiannya membina sebuah istana di daerah Muttom, Allapuzha. Ini menimbulkan kecemburuan orang sekitar daerah itu terhadapnya semakin meningkat kerana dia hidup dengan kaya raya di istana tersebut.

3 fasa pembinaan istana Alleepey
Fasa pertama : untuk lelaki keluarga diraja
Fasa kedua : untuk wanita keluarga diraja
Fasa ketiga : untuk hamba dan pekerja yang dibina di luar istana.

Dalam kecemburuan orang terhadapnya, Maharaja ke TamilNadu untuk bercuti. Dalam perjalanan dia bertemu dengan seorang penari klasik, Nagavalli. Terpesona dengan kecantikan yang dimiliki penari itu menyebabnya memaksa dan mengheret penari itu ke Kerala tanpa keizinan penari tersebut.

Walaupun pada awalnya Nagavalli tidak tertarik dengan Maharaja Allapuzha tetapi lama kelamaan layanan dan tingkahlaku baik yang diterimanya menjadikan sebaliknya. Maharaja sering menghabiskan masa bersamanya berbanding ketiga-tiga isterinya. Dalam erti lain Maharaja sudah tidak menghiraukan ketiga-tiga isterinya dan telah mempunyai hubungan istimewa dengan Nagavalli. Kemahiran tarian dan kecantikkan Nagavalli yang menjadi bualan orang selepas dia membuat persembahan tarian menambahkan lagi sakit hati ketiga-tiga isteri Maharaja ditambah pula perbezaan usia diantaranya dengan Maharaja. Kiranya macam anak dengan bapa la kot. Ianya terus menjadi buah mulut tempatan yang cemburukan kelebihan maharaja ini.

Kecemburuan orang terhadap maharaja bukan setakat harta benda dan isterinya je tetapi juga kerana maharaja memiliki Nagavalli.

Suatu hari maharaja menyuarakan hasrat sekiranya dia meninggal supaya semua harta dan barangannya diserahkan kepada anak yang dilahirkan bersama dan Nagavalli di kemudian hari telah menimbulkan ketidakpuasan hati ketiga-tiga isterinya. Ini kerana Nagavalli bukan berasal dari keturunan diraja ditambah pula ketika itu serangan kasta sering berlaku dengan kejam.

Dek kerana hal ini turut menjadi buah mulut warga tempatan, ahli keluarga maharaja berusaha mencari jalan agar ianya dapat dihentikan. Ketika Maharaja dan Nagavalli bersama, ahli keluarga maharaja (isteri dan anaknya) telah merancang dan membunuhnya. Setelah itu harta benda Maharaja dirampas. Maharaja Trevancore yang mengetahui hal ini telah menjatuhkan hukuman setimpal kepada ahli keluarga maharaja Allapuzha.

Ketika penjajah British hendak meninggalkan negara India. Diorang telah memperkenalkan peraturan dan undang-undang baru dimana mereka telah menyimpulkan bahawa tiada seorangpun dari ahli keluarga Maharaja Allapuzha yang berhak tinggal di istana tersebut. Jadi selepas itu, istana itu ditinggalkan sepi camtu sampailah sekarang.

Ada diantara penduduk kampung yang menginap dekat sana sering melihat jiwa dan hantu Nagavalli berlegar di  sekitar kawasan istana berkenaan. Iya ataupun tidak, tak tahulah kan. Tapi camtulah lebih kurang ceritanya.

Sumber : ர்.சார்மிளா ராமசாமி




Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

  1. Suka juga tengok Chandramukhi ni. Tapi tak tau lak ada kisah bennar. Hehehe

    BalasPadam
  2. Uitt ni cite paling Sis suka nengok berkali-kali hahahaha..rasanya dah 5kali kot Sis nengok...
    Tak tau plak semalam ada..

    BalasPadam
  3. semangat baca sampai habis...tapi saya tak suka tgk cerita hantu...sbb penakut..hihih

    BalasPadam
  4. Best cerita ni. Layan ☺️

    BalasPadam
  5. Wah, nak tengok juga la kalau ciktie pun repeat banyak kali mesti best

    BalasPadam
  6. forever favorite, tgk 10 kali pun tak jemu

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com