Sabtu, 13 Jun 2020

SEHARI DI SELANGOR JOM KE SEPANG

Daerah Sepang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi yang mula berpusat di Bandar Baru Salak Tinggi. Kini, ia bukan sahaja menjadi laluan keluar masuk utama Negara dengan adanya dua buah lapangan terbang antarabangsa iaitu KLIA dan KLIA2. Dearah ini juga turut terkenal dengan Litar Antarabangsa Sepang yang telah menjadi tempat untuk mengadakan pelbagai acara sukan motor pada setiap tahun.

SEHARI DI SELANGOR JOM KE SEPANG! 


Menempatkan Pusat Membeli-belah premium pertama di Selangor, Sepang giat menarik ramai pelancong dari seluruh dunia untuk menjadikannya salah satu daerah yang wajib kita kunjungi di Selangor!

8.00 a.m
Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya

9.00 a.m
Singgah di Restoran Adik Abang untuk sarapan pagi

10.00 a.m
Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang

12.00 p.m
Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh

1.00 p.m
Ikuti Mangrove Tour

2.30 p.m
Luangkan masa di Ladang HL Sepang

3.30 p.m
Berbelanja di Mitsui Outlet Park

5.00 p.m
Minum petang di Book Barter Cafe

6:00 p.m
Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya

7.00 p.m
Makan malam di HM Sri Bagan Sepang

Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya

Mulakan hari kita dengan berpakaian sukan kegemaran dan singgah ke Taman Tasik Cyberjaya yang terkenal ini.

Taman Tasik Cyberjaya

Di sini, terdapat beberapa trek larian terbaik yang boleh kita cuba bersama-sama rakan. Persekitarannya yang menenangkan serta udara yang segar di taman hijau ini sudah semestinya akan memberikan kita satu perasaan yang nyaman untuk bersenam.

Singgah di Restoran Adik Abang untuk Sarapan Pagi

Kemudian tambahkan tenaga kita dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu Restoran Adik Abang! Di sini, kita akan disajikan dengan pelbagai makanan Malaysia yang lazat di mana kita boleh memesan dari menu yang mereka sediakan.


Kita digalakkan untuk mencuba Lontong, Nasi lemak dan Roti Canai di kedai ini. Sekiranya kita merupakan seorang penggemar ketiga-tiga makanan ini, ini semestinya tempat yang tepat untuk kita!

Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang

Teruskan hari kita dengan melawati Litar Antarabangsa Sepang yang terkenal ini. Di sini, kita akan dibawa ke seluruh kawasan litar ini, di mana kita boleh mengisi pengetahuan mengenai industri sukan permotoran!


Lawatan ini merangkumi lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite perdana dan banyak lagi! Jangan lupa untuk mengunjungi Muzium Automobil yang terkenal semasa kita berada di sana.

Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh

Jangan lupa untuk datang ke restoran Nasi Padang yang terkenal di Kampung Salak Tinggi pada waktu tengah hari! Sekiranya kita sedang mencari masakan selera kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, kita boleh datang ke sini untuk mencuba menu ikan bakar dan ikan keli mereka. Selain daripada kedua-dua menu tersebut, hidangan lain yang turut disajikan di sini juga patut di cuba.


Ikuti Mangrove Tour

Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X menawarkan kita dengan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh kita cuba antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa kita berlayar ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung eksotik di sekitarnya. Kita juga boleh mencuba senarai aktiviti menarik yang diorang tawarkan!


Melangkah ke Ladang Buah Naga

Semasa berjalan-jalan di Daerah Sepang, pastikan kita berkunjung ke Ladang Buah Naga yang menakjubkan ini.


Terletak di Bagan Lalang, ladang ini dikenali dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe yang boleh kita lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti King Kong dan kentang tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan juga jus buah naga yang diperah segar!

Berbelanja di Mitsui Outlet

Luangkan hari kita di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang!


Di sini terdapat pelbagai barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan lebih murah berbanding Pusat Membeli-belah yang lain. Kita pastinya tidak ingin ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di Pusat Membeli-belah premium ini!

Waktu minum di Book Barter Café 

Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind Square ini sambil menikmati waktu minum petang! Ruang dalaman kafe ini menggayakan konsep kedai buku di mana ia telah menjadi salah satu tempat yang digemari ramai, terutamanya para pelajar bagi menyiapkan tugasan kuliah mereka. Bukan sahaja persekitaran kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya akan menggiurkan!


Jangan lupa untuk turut mencuba Japanese Cottony Cheesecake dan kopi flat-white mereka semasa berada di sana.

Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya

Setelah meluangkan masa di kafe, pastikan kita tidak melepaskan peluang menerokai Tamarind Square ini!


Selain terkenal dengan tempatnya yang amat Instagram-worthy, kita juga boleh menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini. Antara aktiviti mingguannya itu ialah aktiviti Zumba Fitness, Pound Fitness, Yoga dan aktiviti Piloxing! Juga, terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh di lawati pada setiap bulan. Turut terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq yang akan diadakan pada hari Sabtu terakhir pada setiap bulan di sini.

Makan malam di HM Sri Bagan Sepang 


Ini merupakan penutup terbaik sekiranya kita dapat makan malam sambil menikmati bayu laut yang begitu menenangkan! Bunyi ombak dan udara yang sejuk pastinya akan mengubah mood kita supaya lebih tenang. Disini, kita boleh memilih hidangan dari menu ala-carte atau pakej yang penuh dengan pilihan! Semua menunya di sini wajib kita cuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Steam dan Sambal Udang Petai diorang yang amat disyorkan!

Itulah ianya! Sekiranya korang sudah menerjah sejauh ini, bermakna korang sudah mengetahui dan membaca kesemua lokasi yang telah di sertakan dalam jadual perjalanan diatas. Jika tidak, jangan lupa untuk pergi ke daerah yang menakjubkan ini di Selangor !  Tidak dinafikan lagi, Daerah Sepang ini semestinya akan membuat korang kagum kerana tarikannya yang luar biasa! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.




3 ulasan

  1. banyak tempat menarik kat sepang. dok tau litar f1 sepang ja :D

    BalasPadam
  2. oo..banyak gak tempat menarik yea kat Sepang. Yg akak tahu Mitsui Outlet & Litar Sepang tu je.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.