Ahad, 21 Jun 2020

Resepi udang masak lemak dengan nenas tak masuk lada kering khas untuk anak-anak kecil

Ingat nak masuk lada kering dengan cili api sikit biar terasa pedasnya tu sikit tapi kesian pula dengan anak-anak buah berdua ni. Dah la si kakaknya tu jenis susah nak makan. So, nak tak nak kita buat sambal lada ajelah sebagai gandingannya.

Bila makan dengan anak-anak kecil ni. Selera makan kita yang membuak-buak pun dengan sendirinya terbantut. Bukan tak boleh nak teruskan cuma kadang-kadang tu tak sampai hati melihat mereka tu. Biasalah budak-budak yang berusia setahun lebih ni. Sentiasa berselera..pantang kita makan semua dia nak walaupun masa tu dia baru je lepas makan hahaha. So, nak selamat kita masak ajelah apa yang sesuai untuk mereka.

Resepi udang masak lemak dengan nenas tak masuk lada kering khas untuk anak-anak kecil


Bahan masakan lemak udang 

Sebiji nenas
Udang
Santan kotak kecil
Serbuk kunyit
Sebatang serai *diketuk
4 biji bawang merah
3/4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sebiji lada besar
Sedikit garam


Cara memasak masak lemak udang

  • Tumbuk ataupun blend bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Perapkan seketika bersama nenas, serbuk kunyit dan serai dan panaskan atas api sehingga air nenas keluar
  • Kemudian masukkan santan dan udang. Kacau seketika
  • Seterusnya masukkan garam secukup rasa.
  • Dah mendidih dan rasa pun dah ok, masukkan lada besar.
  • Dah siap !!


5 ulasan

  1. aishhh sedap ni.. terliur tgok..

    BalasPadam
  2. yang macam ni kena dengan selera saya jugak ni heheheh..
    kurang minat yang pedas2.. tapi kalo ada cili tu makan jugakla..

    BalasPadam
  3. boleh cuba nanti :) thanks share resepi ni.

    BalasPadam
  4. Sedap ni. Lama tak makan udang masak lemak campur nanas.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.