Isnin, 15 Jun 2020

Resepi mudah Step By Step Labu Air Masak Pedas Langkah Demi Langkah

Kelmarin break sekejap memberi laluan my mon sambut raya. Alhamdulillah, berjaya juga buat puasa 6 untuk tahun ni. Kitanya masih lagi berbaki 2 hari. Harap-harap berjayalah habiskannya. Korang yang dekat luar sana tu pun dengarnya dah raya ye. Tahniah ye..

Resepi mudah Step By Step Labu Air Masak Pedas Langkah Demi Langkah

Bahan untuk sayur pedas labu air
Sebiji labu air 
Segenggam lada hitam *tumbuk
6 biji bawang merah *tumbuk
2 ekor ikan rebus *buang tulang dan tumbuk
Garam secukupnya
Air 

Cara potong sayur labu air

Mula-mula kupaskan kulitnya. Kemudian belah dan potong dalam 1.5 ataupun 2 inci.




Cara memasak sayur pedas labu air

  • Rendamkan labu air yang telah dipotong dengan air garam seketika. Bilas dan tos.
  • Tumbuk sedang-sedang je lada hitam dan bawang merah. Jangan hancur sangat. Nak mudah tumbuk lada hitam dulu kemudian baru tumbuk bawang merah.
Bahan untuk sayur pedas labu air

Bahan untuk sayur pedas labu air

Cara masak sayur pedas labu air

  • Lenyek ikan rebus biar hancur. Buang tulang ikan yang timbul.
Bahan untuk masak sayur pedas labu air

  • Kemudian masukkan labu air yang telah ditoskan ke dalam periuk.
  • Diikuti dengan lada hitam, bawang merah dan ikan rebus sebelum diikuti dengan air

  • Masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia mendidih. Tutup api setelah labu air itu agak-agak masak. 
  • Nak tahu ia dah masak, labu air itu kelihatan agak-agak jernih. 
  • Dah siap ! Sedia untuk dihidang.



4 ulasan

  1. Nak cuba buat. Mak fiza suka ni labu air

    BalasPadam
  2. Boleh buat ni nanti...nampak menyelerakan...

    Jemput sertai segmen blog saya..
    https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.