Redeem Sambal Rangup Ikan Bilis Pedas (Crispy, Spicy, Anchory) by SpicyMama

Jun 19, 2020
Perghhh merecik sungguh sambal Rangup Pedas Ikan Bilis ni. Sedap ! Sedap sangat-sangat. Tak tau macamana nak gambarkan sedapnya sambal ni. Bunyinya macam over aje kan tapi memang betul, sedap! Terbaiklah SpicyMama.. kena sangat dengan selera kita yang nak makan sambal kering pedas ni.


Boleh terus dihidangkan di atas meja makan ataupun nak lebih sempurna digabungkan dengan mana-mana juadah. Memang terbaiklah. Dengan keranci-keranci ia tu krap..krup..krap..krup. ranggup, sedap sangat. Memang mabelles la. Tak sedar nasi bertambh dalam duk sok..sek..sok..sek menahan pedas. Memang terasa puas sangat dapat makan kali ni.

Masak lemak udang dan nenas digabungkan dengan sambal rangup ni. Perghhh tak sempat nak tunggu nasi panas dulu dah siap bertambah. Kalau dapat nasi panas-panas lagilah. Sekali hadap dah tinggal separuh. Baunya pun dah membangkitkan selera apatah lagi bila dapat makan. Memang betul-betul penambah selera betullah sambal ni.



Nasib baiklah juga beli lebih hari tu. Tiadalah terasa sangat 🤭🤭

Sambal Rangup Ikan Bilis Pedas (Crispy, Spicy, Anchory)

Merupakan produk baru, SpicyMaMa keluaran tempatan. Diperbuat daripada ikan bilis, bawang, minyak masak, garam, gula dan kacang rangup yang digoreng garing sehingga kering. Tanpa pewarna dan pengawet tiruan. Ready to eat ! Sedia dihidangkan terus ataupun digabungkan dengan mana-mana juadah seperti nasi, mee, sayur, sup, soto atau apa-apa je. Memang gerenti puas hati ! Haa nak kuih burger Malaysia pun masuk ni.


Jom Redeem Sambal Rangup Ikan Bilis Pedas (Crispy, Spicy, Anchory) by SpicyMama

Giveaway 50 Bottles

Sekarang ni diorang tengah adakan Giveaway 50 Bottles untuk ditebus dalam bulan ni. Kalau ikutkan apa yang ciktie faham, 1 botol khas untuk satu alamat je. Korang yang nak dapatkan sambal rangup pedas secara percuma tu bolehlah redeem sekarang di KLIK SINI UNTUK REDEEM Jangan lambat tau karang melepas #jangankataciktietakpayung Mana tau dalam ramai-ramai tu korang yang terpilih mendapatkan sambal rangup pedas ni.

Sambal betul-betul spicy

Sebenarnya kebetulan hari tu ciktie scroll FB, ternampak post sorang akak ni. Tertarik sangat dengan review dan ulasannya tu. Lagipun sambal ni lain dari yang lain. Biasa yang kita jumpa jenis berminyak tapi yang ni kering. Produk baru pula tu. Apa lagi try and error ajelah. Ditambah pula ia juga boleh mix dan match dengan mana-mana menu ataupun juadah.  Direct ajelah order melalui FB officialnya tu di www.facebook.com/SpicyMamaOfficial . Berbaloi juga direct order camtu. Mudah dan senang berurusan. Harganya pun takde lah mahal pun. Memang mampu milik la.



Haa..satu lagi yang ciktie suka tentangnya ni kita boleh bawa ianya kemana-mana. Tak mudah tumpah dan tak berminyak. Berbaloi sangat !! Nak makan sambal pedas tak usah susah-susah nak tunggu balik rumah dulu dah. Dapatkan je sambal ni sekarang.

Haa tunggu apa lagi tu korang ?? Jom deras redeem Sambal Rangup Ikan Bilis Pedas (Crispy, Spicy, Anchory) by SpicyMama sekarang. Berbaloi tau citarasa tempatan memang kegemaran ramai !






Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. Alaaaa cik tie ni....saje kan bagi kita terliur..dah la kita ni penggemar sambal...

    BalasPadam
  2. oo..yg ni cik tie dm akak kat IG kan..ingt Cik Tie yang jual..okey, nak redeem sekarang...

    BalasPadam
  3. Wahhh saya tak makan pedas sebab perut tak tahan tapi saya kena admit yang sambal kering ni boleh jadi staple untuk makanan harian especially bila ada2 hari tu lauk kita simple macam telur dgn kicap je, sambal ni boleh jadi penambah perisa.

    Saya pun ada beberapa jar sambal dari brand yang lain2 macam Food Cartel, Betty Rahmad punya and so many more. Thank you for the link, Tqa dah isi borang tu untuk free sample.

    BalasPadam
  4. ralit makan dengan nasi panas ni kalo dah rangup gitu..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com