Patut mahal ! Rupa-rupanya ini kelebihan kurma Ajwa yang dikenali sebagai kurma nabi Yang Diketahui Orang

Jun 02, 2020
Kurma Ajwa ataupun kurma nabi memang cukup popular dikalangan orang-orang kita. Harganya yang mahal bergantung kepada kualiti buahnya ini mampu mencecah sehingga ratusan ringgit sekilogram memang menjadi idaman setiap orang terutamanya ketika menjelang ramadhan.

Sebenarnya buah kurma ini bukan khusus bulan Ramadhan je, hari-hari biasa pun kita ingin mendapatkannya. Khasiatnya bukan setakat membekalkan tenaga segera (energy) kepada kita tetapi juga keupayaan dan ketahanannya untuk disimpan lebih lama. Sebab itulah juga kenapa kebanyakan kita gemar menjadikannya stok di rumah.

Kaya dengan serat dan baik untuk kesihatan. Teringat masa kena gastrik teruk dulu, member suruh amalkan minum susu rendaman buah kurma. Alhamdulillah, mujarab walaupun bukan selalu mengamalkannya.

Patut mahal ! Rupa-rupanya ini kelebihan kurma Ajwa yang dikenali sebagai kurma nabi Yang Diketahui Orang

Menurut sejarah, kurma Ajwa merupakan kurma yang pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah sekitar 14 abad yang lampau. Sekarang jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja. Patutpun mahal! Edisi terhad.

Haa kalau nak tahu, kurma Ajwa ini sebenarnya ada 2 kategori dimana ianya ditanam iaitu :-
  • Ditanam di bukit Madinah (Tanah Haram) -Ajwa Aliyah/Awwali 
  • Ditanam di ladang Madinah (Tanah Halal) - Ajwa Madinah
Jenis kurma ajwa

7 Kelebihan kurma Ajwa yang dikenali sebagai kurma nabi

#1 : Sebutan dalam hadis (Penawar Racun / Sihir)

Terdapat lebih 120 jenis kurma Madinah namun kurma ajwa merupakan salah satu daripada buah tamar (kurma) yang terbaik, isinya lembut, padat, berwarna kehitam-hitaman, bersaiz sederhana, paling sedap dan bermanfaat.

sebuah hadis sohih iaitu Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud
Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.

#2 : Ciri unik dan keistimewaan yang dimiliki kurma nabi

Kurma Ajwa ini disifatkan berwarna lebih gelap (kehitam-hitaman), lebih menarik, bersaiz sederhana. Isinya lebih tebal, padat dan rasanya tidak terlalu manis berbanding kurma lain.  Sekali pandang, memang tiada bezanya dengan kurma lain tapi khasiat yang dimilikinya melebihi kurma lain.


Kurma Ajwa kurma nabi


Haaa lagi satu, kurma Ajwa ini mempunyai lebih banyak kedutan dan jika diteliti kedutan itu kelihatan seperti kalimah Allah. 

#3 : Sumber Antioksidan Yang Tinggi 

Kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.

Tanpa antioksidan, radikal bebas ini akan mengambilalih peranan sebagai oksidan dan menyerang makromolekul dalam badan seperti protein, lemak dan asid nukleik yang terdapat dalam DNA dan ini akan menyebabkan kerosakan sel dan tisu badan.

Flavonoid, karotenoid, dan asid fenolik adalah antara beberapa jenis antioksidan yang dapat membantu mengurangkan risiko beberapa jenis barah. Karotenoid juga dapat mengurangi risiko gangguan mata yang berkaitan dengan penuaan.

#4 : Pelindungan daripada jangkitan / Meningkatkan Sistem Imun Diri

Antioksidan yang dimilikinya membantu melindungi sistem imun badan kita daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser. Kurma ajwa juga didapati kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti-radang.

#5 : Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu

Sesuai untuk membekalkan tenaga segera dan pelbagai khasiat zat yang lain kepada ibu menyusu dan bakal ibu. Selain membantu mencegah masalah kekurangan sel darah merah (anemia), memudahkan proses bersalin, pembentukan tulang, gigi, tisu otak, ia juga melindungi tubuh daripada penyakit dan jangkitan serta membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

Khasiat kurma nabi menjadi perhatian ramai

#6 : Sesuai Untuk Pesakit Diabetes (Kencing manis)

Mempunyai kandungan gula monosakarida yang disifatkan sebagai gula paling ringkas dan tidak boleh dipecahkan. Selamat dan sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap diabetes type 2.

Walaupun rasa buahnya manis, ia tidak meningkatkan risiko kandungan gula itu secara langsung sebaliknya kandungan serat yang dimilikinya ini membantu mengurangkan risiko diabetes itu sendiri.

#7 : Baik untuk penghadaman dan melancarkan sistem pencernaan

kandungan nikolin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan tidak hadam dan masalah pencernaan.

Kualiti Terbaik Kurma Ajwa Asli Madinah Jadi Pilihan Ramai

Kepada korang yang masih tercari-cari kurma ajwa tu jangan sampai tersalah pilih pula. Nak yang murah kan terbeli stok lama ataupun kurma Ajwa yang bukan berasal dari Madinah. Jadi hati-hati ye dalam kita mengikut sunnah Rasulullah saw. Sebab itulah juga kenapa ciktie suggest Kurma Ajwa Asli Madinah keluaran Rihura Herba ni.

Kurma Ajwa Asli Madinah VIP Premium keluaran Rihura Herb

Kenapa kurma nabi menjadi perhatian ramai??

KENAPA KURMA AJWA ASLI MADINAH KELUARAN RIHURA HERB JADI PILIHAN

Selain ianya keluaran bumiputera (muslim), warnanya yang memikat, berwarna kehitam-hitaman, tak lebam, buahnya pun elok dengan rasanya yang tak berapa manis. Bersaiz sederhana, isinya pun padat dan lembut. Sedap! Ciktie pun dah cuba. Rakit oghe kelate kata bila dah makannya ni. Rupanya pun comel je. Nampak seacuan, bulat-bulat je semuanya.

Original daripada ladang Madinah ! Terdiri daripada gred 1 iaitu jenis VIP premium. Buah yang terbaik dari segi kualiti, paling terbaik dari pokok yang terpilih, buah paling segar (fresh) dan dalam keadaan elok. So, don't worry kualiti premiumnya memang terjamin, tahan lama sebab tak diperam lama haaa lagi satu sesuai sangat  kalau dijadikan hadiah ataupun set gift ni.

Harga kurma ajwa

Harga berpatutan dan mampu milik

Kalau ikut standard harga sekilogram kurma Ajwa memang dalam rm 1++. Yang ciktie cuba keluaran Rihura Herb inipun dalam rm110. Terasa mahal dan tak mampu, kita boleh dapatkan secara bajet mampu milik

100 gm - Rm 15
200 gm - Rm 28
300 gm - Rm 40
500 gm - Rm 60
1 kg - Rm 110

Hadir dalam packaging mudah bawa, mudah buka dan mudah simpan. Nak simpan dalam peti ais pun boleh, taknak simpan dalam peti ais pun boleh. Cuma kalau simpan dekat luar, jangan tempat yang panas nanti buahnya tak cantik.

Kelebihan kurma Ajwa kurma kegemaran nabi

10 Kelebihan Kurma Ajwa Asli Madinah VIP PREMIUM keluaran Rihura Herb

☑️ 100% original dari Tanah Madinah Almunawarrah
☑️ Dikenali sebagai kurma nabi dan menjadi kegemaran ramai.
☑️ Gred 1 iaitu lebih  tinggi dari gred A dan merupakan gred premium VIP
☑️ Keluaran bumiputera
☑️ Bentuk bulat, isinya lembut, sedap, gebu, besar dan tidak terlalu kering
☑️ Buahnya segar dan terbaru !
☑️ Kualiti dan ketahanan yang baik sebab kurma tidak diperam lama - lama
☑️ Sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak, dewasa hinggalah golongan tua.
☑️ Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
☑️ Kualiti premium dijamin dan terbaik

Untuk dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah VIP Premium keluaran Rihura Herb ini korang boleh WhatsApp terus ke 0105012717 ataupun boleh layari


Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. Nice content and asome theme. Thank you Love you so much 💋

    BalasPadam
  2. besarnya kurma ni.. kakak dulu tak suka makan kurma tapi sejak anak2 belajar pasal makanan sunnah, habis satu family asyik bergilir beli kurma dan kismis.. hee~ banyak khasiat dan elok untuk sistem imun..

    BalasPadam
  3. syoknya dapat mkn kurma mahal..:)

    BalasPadam
  4. Ermm sdpnya kurma ni..wlupn mahal..bnyk khasiat nya

    BalasPadam
  5. Walaupun mahal tetapi kualiti tip top.. tak manis dan lembut..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com