Ahad, 21 Jun 2020

Pantang Larang Dan Mitos Raja Buah (Buah Durian)

Taulah sekarang musim durian. Sana sini duk cerita pasal durian. Durian king..D26..durian kampung..durian Siam.. apa lagi. Yang ciktie tau pergi kedai bagitau nak durian yang isinya elok kalau dapat yang isinya kuning, padat dan bijinya kecil tu perghhh terbaiklah. Tapi sekarang ni harga raja buah ni tengah mengunung tinggi. Sebiji itu pun mampu mencecah rm40 sebiji. Tak tahan weiii tapi kalau dah teringin ambil juga 

Makan raja buah ni memang seronok cumanya kita tak digalakkan makan dalam kuantiti yang banyak walaupun ada je diantara kita mampu habiskan berbiji-biji buahnya tu. Lagi 1 bila dah makannya tu kena beringat jangan sampai termakan makanan yang dilarang bergandingan dengannya yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Ia mungkin tidak berlaku pada semua orang tetapi ia tetap boleh berlaku.


So, ini sebagai peringatan ataupun panduan kita ajelah.

Pantang Larang Dan Mitos Raja Buah ( Buah Durian )

Ciktie sebenarnya bab-bab pantang larang ni memang tak tahu sangat. Yang ciktie tahu jangan makan durian dengan ubat hospital ajelah. Lagi satu jangan makan dengan air coke kerana ia boleh mempengaruhi kadar denyutan jantung dan tekanan darah kita sehingga boleh membahayakan kesihatan. Kalau nak juga makan terpaksalah tunggu selepas beberapa jam dulu untuk mengjarakkannya. Tak silap 6 jam kot. Entahlah ciktie pun dah lupa jaraknya ni.

"Durian mempunyai kandungan sulfur yang tinggi. Sekiranya seseorangan itu memakan durian yang dalam kadar yang banyak, ia akan menyebabkan proses pengeluaran toksin dalam badan itu lambat"
Mary Easaw
Pakar Diet Institut Jantung Negara (IJN)

8 Pantang Larang Makan Buah Durian

1. Jangan makan durian dengan Susu

Pantang larang dan mitos buah durian

Tekanan darah pada badan kita akan meningkat sekiranya kita minum susu bersama dengan durian. Ini kerana durian juga mempunyai kandungan sulfur yang dimiliki oleh susu.

Jadi, semasa kita minum susu dengan durian, tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya untuk membuang dan menghancurkan toksin.

2. Jangan makan durian dengan Kopi

Pantang larang dan mitos raja buah

Kopi yang diminun bersama durian juga tidak elok untuk kesihatan terutamanya kepada mereka yang menghidap penyakit jantung.

Ini kerana kandungan kafein yang aktif dalam kopi boleh membuatkan degupan jantung lebih laju dan ia juga boleh menyebabkan suhu badan menjadi panas.

3. Jangan makan durian dengan Terung


Seperti kopi, terung juga boleh meningkatkan suhu tubuh kita ketika dimakan.

Jadi, sekiranya ia dimakan bersama ia akan memudaratkan kesihatan terutamanya pada mereka yang menghidap penyakit jantung.

4. Jangan makan durian dengan manggis


Makan durian bersama manggis boleh menyebabkan sembelit kerana kedua-dua buah ini kaya dengan selulosa iaitu komponen yang akan menyerap air dan dapat membengkak dalam usus.

Pengambilan kedua-dua buah ini secara berlebihan akan menyekat usus dan menyebabkan sembelit

5. Jangan makan durian dengan Ketam


Isi ketam mengandungi kolesterol tinggi, begitu juga dengan durian yang merupakan karbohidrat tinggi dan tinggi lemak.

Jadi, sekiranya seseorang yang mempunyai kolesterol tinggi dan memakan ketam bersama dengan durian, ini boleh membahayakan kesihatannya.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan ketidakselesaan perut yang teruk.

6. Jangan makan durian dengan Daging ataupun kambing


Daging lembu dan kambing mempunyai kesan panas pada suhu badan kita dan sebaiknya ia tidak dimakan dalam masa terdekat dengan durian.

Jika tidak, ia akan menyebabkan keradangan pada tubuh kita. Selain itu, ia juga menyebabkan gangguan pencernaan, tekanan darah tinggi ataupun menyebabkan  kolesterol tinggi.

7. Jangan makan durian dengan minuman bergas / makanan tinggi karbohidrat seperti kek manis


Ini kerana ia akan menyebabkan peningkatan gula dengan cepat dalam tubuh kita. Peningkatan gula ini akan menyebabkan mereka yang sihat ataupun yang mempunyai penyakit kronik mengalami dehidrasi dan akhirnya pitam.

8. Jangan makan durian dengan alkohol


Minum alkohol dengan durian dipercayai berpotensi menyebabkan kematian. Walaupun kebenarannya belum dapat dipastikan, pengambilan kedua-duanya ini memberi kesan buruk kepada tubuh kita.

Kandungan sulfur yang tinggi dalam durian dapat menghalang enzim yang membantu memecah alkohol dalam badan hingga 70 peratus.

Jadi inilah antara 8 pantang larangan makan buah durian dan mitos raja buah. Dan disebabkan itu jugalah kenapa kita digalakkan minum air kosong banyak supaya dapat mengelakkan badan kita dehidrasi sekiranya kita memakan banyak buah durian. Kandungan gula dalam badan kita pun tidaklah menyebabkan dehidrasi yang keterlaluan.














8 ulasan

  1. Makan durian dan minum air kosong aje

    BalasPadam
  2. ada yang baru tahu hari ni.. dari kecik kan orang tua2 dok sebut pantang larang ni. memang tak berani nak buat pun kalo makan durian..

    haih dapnye durian !!

    BalasPadam
  3. Betul ciktie bahaya juga kalau sampai memudaratkan kesihatan kita kan. Makan tu berpada2 lah..sedap memang sedap kan :)

    BalasPadam
  4. Tapi kdg² ada bagusnya pantang larang ni...
    sebab pernah..so, memang sangat berhati-hati..

    BalasPadam
  5. Ada penjual cakap tak boleh cium

    BalasPadam
  6. banyak pantang larangnya tu, good sharing

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.