Khamis, 25 Jun 2020

Gajah buting maut diberi makan nenas berisi mercun !

Kalau betullah gajah buting itu diberi makan nenas berisi mercun oleh penduduk kampung tu. Memang kesian sangat la dekat dia. Tak bersalah apa-apa. Keluar dari habitat untuk mencari makanan. Kemudian diperlakukan camni. Ya Allah, kejamnya kita. Kalau ia pun kita geram gajah tu masuk kampung sekalipun janganlah dianiaya sampai macam itu sekali. Mereka juga punya hati dan perasaan seperti kita. Seharusnya kita lebih tahu macamana cara nak elak daripada mereka pergi ke kampung kita itu.

Gajah buting maut diberi makan nenas berisi mercun !

Sanggupnya mereka beri gajah tu makan nenas yang dimasukkan mercun di dalamnya tu. Astagfirullah al-Azim, tak tercapai dek akal sungguh la. Tak tahu nak kata apa. Kalau ikutkan apa yang dipaparkan, ini bukanlah kali pertama binatang besar ini disakiti. Ada diantaranya diracun, dibunuh !


Sebenarnya kenapa ye?? Terfikir juga adakah mereka ini mengancam keselamatan orang-orang dekat sana? Atau adakah bilangan mereka terlalu banyak sehingga menganggu ketenteraman dekat situ..

Tapi menyayatkan hati betullah  baca cerita pasal gajah bunting ni. Tak tergambar penderitaan yang dia rasai gara-gara memakan nenas yang dimasukkan mercun didalamnya itu oleh penduduk kampung di satu daerah di India.

Gajah malang ini dipercayai keluar daripada habitatnya ke sebuah kampung berdekatan untuk mencari makan. Dan letupan yang terjadi semasa dia memakan nenas itu telah menyebabkan lidah dan rahangnya cedera parah. Akibatnya dia tak mampu nak makan dan mengunyah seperti sebelumnya.

Dia yang ditemui di Sungai Velliyar itu mungkin sedang berusaha untuk melindungi belalai dan mulutnya yang cedera dari dihinggapi lalat ataupun seranga berterbangan dengan merendamkan diri ke dalam air.

Tapi apa yang lebih terkesan dan mengharukan, gajah itu sedikit pun tidak langgar ataupun merosakkan rumah atau apa-apa yang terdapat dalam kampung tersebut semasa dia berlari mengerang kesakitan.


Individu yang bertanggungjawab memberikan nenas kepada gajah ini pun dengarnya telah ditangkap! Dan dengarnya lagi, nenas itu sebenarnya bukan diberikan kepada gajah malang itu tetapi ianya sebenarnya umpan untuk menakutkan babi hutan yang merosakkan tanaman mereka.

Adoiii macam-macam la kita ni kan. Kesian gajah malang tu.

Sumber : Dailymall



4 ulasan

  1. Kejamnye la manusia zmn skrg..

    BalasPadam
  2. nak umpan babi..tak memasal gajah yg terkena umpan tu..kesian lah huhuu

    ciktie..jemput join segmen shida ya :)
    http://www.duniashida.com/2020/06/segmen-bloglist-2020-blog-shida.html

    terima kasih.

    BalasPadam
  3. kejamnya manusia. binatang tak bersalah jadi mangsa. kesiannya T_T

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.