Kalau betullah gajah buting itu diberi makan nenas berisi mercun oleh penduduk kampung tu. Memang kesian sangat la dekat dia. Tak bersalah apa-apa. Keluar dari habitat untuk mencari makanan. Kemudian diperlakukan camni. Ya Allah, kejamnya kita. Kalau ia pun kita geram gajah tu masuk kampung sekalipun janganlah dianiaya sampai macam itu sekali. Mereka juga punya hati dan perasaan seperti kita. Seharusnya kita lebih tahu macamana cara nak elak daripada mereka pergi ke kampung kita itu.
Gajah buting maut diberi makan nenas berisi mercun !
Tapi menyayatkan hati betullah baca cerita pasal gajah bunting ni. Tak tergambar penderitaan yang dia rasai gara-gara memakan nenas yang dimasukkan mercun didalamnya itu oleh penduduk kampung di satu daerah di India.
Gajah malang ini dipercayai keluar daripada habitatnya ke sebuah kampung berdekatan untuk mencari makan. Dan letupan yang terjadi semasa dia memakan nenas itu telah menyebabkan lidah dan rahangnya cedera parah. Akibatnya dia tak mampu nak makan dan mengunyah seperti sebelumnya.
Dia yang ditemui di Sungai Velliyar itu mungkin sedang berusaha untuk melindungi belalai dan mulutnya yang cedera dari dihinggapi lalat ataupun seranga berterbangan dengan merendamkan diri ke dalam air.
Tapi apa yang lebih terkesan dan mengharukan, gajah itu sedikit pun tidak langgar ataupun merosakkan rumah atau apa-apa yang terdapat dalam kampung tersebut semasa dia berlari mengerang kesakitan.
Individu yang bertanggungjawab memberikan nenas kepada gajah ini pun dengarnya telah ditangkap! Dan dengarnya lagi, nenas itu sebenarnya bukan diberikan kepada gajah malang itu tetapi ianya sebenarnya umpan untuk menakutkan babi hutan yang merosakkan tanaman mereka.
Adoiii macam-macam la kita ni kan. Kesian gajah malang tu.
Sumber : Dailymall
Kejamnye la manusia zmn skrg..
BalasPadamnak umpan babi..tak memasal gajah yg terkena umpan tu..kesian lah huhuu
BalasPadamciktie..jemput join segmen shida ya :)
http://www.duniashida.com/2020/06/segmen-bloglist-2020-blog-shida.html
terima kasih.
zalimnya diaorng ni.huhu
BalasPadamkejamnya manusia. binatang tak bersalah jadi mangsa. kesiannya T_T
BalasPadam