Ahad, 3 Mei 2020

Sebenarnya Kenapa Dengan Group Masak Tak Jadi Hari Ini Di Facebook tu

Adoiii frust betullah. Bakar pun hangus ke..dalam duk berjaga-jaga jadi juga. Camni rupa sesuai sangatlah masuk group Masak Tak Jadi ni haha. Tapi maaflah tak sanggup nak share kecomelan makananku ni. Cukuplah dia dan diriku je yang tahu camne comelnya hasil kerjaku hari ni.

Sebenarnya Kenapa Dengan Group Masak Tak Jadi Hari Ini Di Facebook tu

Group Masuk Tak Jadi Hari Ini

Aishhh makin lama makin menakutkan pula nengok hasil seni makanan dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini ni. Hari tu sebenarnya dah join dah group Masak Tak Jadi Hari Ini Official yang satu lagi tu. Alah yang viral dengan pau hangus masuk balai tu. Join group tu pun sebelum ianya viral lagi, kalau tak silap masa tu kita baru-baru dalam pkp camtulah. Jadi tahap kebosanan tu faham-faham ajelah camne kan bila terpaksa duk rumah. Naklah hiburannya sikit itu yang asyik duk scroll FB. Bila admin created group tu cepat-cepat join. Adalah juga bahan nak bergelak ketawa sambil-sambil  release tension orang kata.

Seronok sebenarnya tengok hasil seni orang ni. Macam-macam ada..memang tak kering gusi la. Ada yang nampak sempurna tapi bila nak potong, nak makan sebaliknya yang jadi. Biasalah mungkin ada yang terlebih terkurang dekat mana-mana. Try and error orang kata. Tak semua percubaan pertama kita menjadi dan tak selalunya kita perfect. Dah biasa buat ok tup-tup kali ini k.o hehe biasalah kan.



Cuma satu ajelah yang nak diingatkan terutamanya kepada mereka nak mengomen tu. Agak-agak juga nak tinggalkan komen tu jangan sampai menghina ataupun mengecam. Kalau boleh cubalah komen tu membina sikit sekurang-kurangnya ada juga input untuk kita-kita yang membacanya tu. Betul tak..


Oklah takmau serius sangat. Jom layan Group Masak Tak Jadi Hari Ini dan Group Masak Tak Jadi Hari Ini Official














9 ulasan

  1. join kejap je pastu keluar sebab ada content dari google & dah pernah tengok pun sebelum ni

    BalasPadam
  2. mula mula rasa terhibur jugak tapi lama2 jadi x bes..
    sebab baca komen2 hurmm.. krik2 tengok..

    jemput join segmen bloglist SYM
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-siti-yang-menaip-12020.html

    BalasPadam
  3. Tak suka la group tu haha.
    Lama2 rasa macam annoying, makin ramai yang macam nak attention ja.

    BalasPadam
  4. akak tak joint grup ni..ada orang invite tapi macam errr..mula2 tgk kelakar la..dah lama2 rasa annoying pulak..sbb betul ke tak jadi atau saja buat tak jadi utk masuk dlm group..

    BalasPadam
  5. setakat utk hiburan ok grup tu jgn dicaci yg x jadi tu hihi

    BalasPadam
  6. Dan skrg dh wujud pula grup suami masak apa hari ini....mcm2

    BalasPadam
  7. hahaha macam macam rupa ada kann.. takpeee.. yang penting effort nak memasak tu lagi berharga kann hehhe

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.