Cara membuat pembayaran bil U mobile melalui maybank2u (langkah demi langkah)

Mei 11, 2020
Fuhh terkial-kial nak membuat pembayaran bil UMobile ni. Kalau untuk pembayaran bil selainnya kira oklah juga. Terasa macam lebih mudah je tapi yang ini? Alahaii sebenarnya tak payah pun cuma kita yang tak biasa je. Ada sesiapa lagikah yang masih dilema nak buat pembayaran bil Umobile ni macamana?? 

It's ok taknak mengaku pun.

Baca juga : 8 langkah pembayaran bil UMobile melalui Maybank2U 

Kat sini ciktie share siap-siap cara bagaimana step by step nak buat pembayaran bil Umobile melalui Maybank2U. Mudah je korang guna je telefon /smartphone korang tu. Lagi mudah tak perlu nak menempel dekat mana-mana.  Sambil-sambil lepak turun sembang pun  boleh bayar.  Semoga bermanfaat.

Bagaimana cara nak buat pembayaran bil Umobile melalui Maybank2U (step by step)

Cara membuat pembayaran bil U mobile melalui Maybank2U (langkah demi langkah)

Langkah pertama
Log masuk ke portal  Maybank2U ataupun klik << SINI >> 
Masukkan user dan password

Langkah 2
Pilih Accounts & Banking (Akaun & Perbankan) disebelah Laman Utama

Langkah 3
Paparan  All Accounts (Maklumat Akaun) akan dipaparkan. Pilih Bill Payment (Bayaran bil)

Langkah 4
Seterusnya klik Make a one-off Payment (Pembayaran Kali Pertama)

Langkah 5
Pada view all payees by category (pilihan senarai penerima) pilih Umobile.
* view all payees by category -> all payees (Semua Penerima) -> continue -> U Mobile -> continue 


Langkah 6
Masukkan No.Akaun Pelanggan *no akaun bermula dengan 1.5695XXXX dan teruskan
Langkah 7
Masukkan amaun dan no.telefon -> teruskan
Langkah 8
Seterusnya klik Request for TAC untuk dapatkan no.Tac dan teruskan untuk selesaikan pembayaran 

Dah siap !
Mudah kan. Semoga bermanfaat.









Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com