Nasi merupakan makan rutin masyarakat kita sehari-hari. Jadi memang agak sukar untuk meninggalkannya meskipun kita dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan enak yang lain.
Untuk mengelakkan ter repeat menu yang sama setiap hari ataupun saban tahun. Berikut merupakan 20 jenis resepi pilihan ramai berasaskan nasi (aneka nasi) yang cukup popular dan mudah disediakan terutamanya untuk juadah berbuka, bersahur ataupun untuk juadah hari raya.
Untuk jamuan makan-makan ataupun sajian seharian pun ok juga sebenarnya. Mudah dan senang untuk disediakan itu yang menjadi kelebihan kepada setiap resepinya ni. Tak renyah orang kata! Sape-sape pun boleh cuba. Teringin dan nak cuba nasi minyak? Nasi tomato? Nasi arab, nasi dagang pun boleh tau. Bukan tu aje..nasi daging dan nasi ayam pun ada sekali.
Nak menu mudah lagi, nasi lemak, nasi goreng dan bubur (moi) pun ada! Berikut merupakan 20 jenis resepi pilihan ramai berasaskan nasi yang cukup popular dan mudah disediakan untuk juadah berbuka, bersahur ataupun hari raya. Harian pun boleh tau
20 Aneka hidangan nasi yang menyelerakan untuk berbuka, bersahur dan hari raya
Untuk jamuan makan-makan ataupun sajian seharian pun ok juga sebenarnya. Mudah dan senang untuk disediakan itu yang menjadi kelebihan kepada setiap resepinya ni. Tak renyah orang kata! Sape-sape pun boleh cuba. Teringin dan nak cuba nasi minyak? Nasi tomato? Nasi arab, nasi dagang pun boleh tau. Bukan tu aje..nasi daging dan nasi ayam pun ada sekali.
Nak menu mudah lagi, nasi lemak, nasi goreng dan bubur (moi) pun ada! Berikut merupakan 20 jenis resepi pilihan ramai berasaskan nasi yang cukup popular dan mudah disediakan untuk juadah berbuka, bersahur ataupun hari raya. Harian pun boleh tau
#1 : Resepi Nasi Minyak Mudah
Bahan-bahan Nasi Minyak Mudah
2 cawan beras yang telah di bersihkan
2 ulas bawang besar (di mayang) *
5 ulas bawang putih (di ketuk) *
2 inci halia (potong memanjang)
1 inci kulit kayu manis *
2 kuntum bunga lawang *
5 biji buah pelaga *
3 sudu makan marjerin planta
(aku guna jenama pelangi)
minyak masak untuk menumis
air secukupnya
1 sudu garam
Cara-cara Untuk Memasak Nasi Minyak Mudah
- Panaskan minyak masak berserta marjerin planta di dalam periuk. Masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan tumis sehingga bawang menjadi layu dan naik bau.
- Kemudian masukkan beras yang telah di bersihkan tadi dan kacau supaya ianya sebati dengan semua bahan tumis tadi.
- Seterusnya masukkan air. Sukatan, air akan berada di atas beras sedalam 1 ruas jari telunjuk.
- Seterusnya masukkan garam dan kacau supaya semuanya sebati. Masa ni kalau risau termasin ke macamana. Boleh masukkan garam sedikit demi sedikit dan rasa.
- Seterusnya tunggu ajelah nasi tu masak macam biasa.
Kredit : Sis Hawa
#2 : Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah
Bahan Nasi Tomato
Beras Biasa / Basmathi ( sukatan : 1 pot beras bersamaan 2 pot air )
air sukatan beras
3sb minyak sapi
2sb minyak masak
Rempah tiga beradik (bunga lawang/Kulit Kayu Manis/ Buah Pelaga)
1/2 tin susu cair
1 tin susu
1 tin tomato puree
Daun ketumbar
Daun pandan
2 biji tomato ( potong 4 bahagian )
Garam
Bahan Kisar
1 Ulas Bawang besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 inchi halia
Cara Penyediaan Nasi Tomato
- Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah tiga beradik sampai garing dan naik bau.
- Kemudian masukkan tomato puree, kacau serata selama lebih kurang dalam 5 minit.
- Masukkan susu cair dan air yang di camca mengikut sukatan beras. Biarkan separuh didih, masukkan Garam / daun pandan / daun ketumbar / tomato
- Bila dah didih masukkan beras, kacau bagi rata. Dan terus pindahkan ke rice cooker. (kalau tumis atas dapur gas)
- Kemudian tunggu sehingga nasi masak macam biasa.
Tips :
JIKA GUNA BERAS BIASA KALAU NAK NAMPAK CANTIK BILA NASI DAH MASAK, WAJIB GORENG TERLEBIH DAHULU BERAS TERSEBUT
Resipi Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri
Bahan-bahannya
1kg ayam *Goreng Terlebih Dahulu
1/2 tin tomato puree
1/2 tin susu cair
air
Minyak
Garam & Gula
Daun Ketumbar ( potong 4 bahagian )
Bahan Kisar
Segenggam Cili Kering
1 Ulas Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih
1/2 inch Halia
Cara Penyediaan Ayam Masak Merah
- Tumiskan bahan kisar sehingga masak dan garing.
- Masukkan tomato puree dan biarkan selama 5 minit.
- Kemudian masukkan susu cair/air (ikut suka sebab nak bagi berkuah) garam/ gula dan biarkan seketika.
- Bila dah mendidih masukkan ayam dan terus gaul rata.
- Seterusnya tabur daun ketumbar dan kacau rata. Dah siap! Dah boleh hidang.
- Haa kalau nak sedap letak kacang pea’s
Kredit : cikza
#3 : Resepi Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan Nasi Hujan Panas
4 cawan beras basmati) *Basuh dan rendam 1/2 jam
4 cawan air
1 cawan susu
2 helai daun pandan *Diikat
1 kiub pati ayam *(optional) boleh gantikan dengan garam
4 biji bawang merah *Blend
2 ulas bawang putih *Blend
1cm halia *Blend
Rempah 4 sekawan (Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga)
Minyak/Butter/Ghee
Pewarna Makanan *Merah Hijau, Kuning
Daun sup. Gajus, Kismis
Cara-cara Menyediakan Nasi Hujan Panas
- Panaskan kuali hingga Thermo-Spot berubah menjadi merah. Masukkan ghee/minyak
- Goreng rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblend.
- Masukkan daun pandan. Biarkan seketika.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air, kiub ayam/garam, susu dan beras. Kacau rata.
- Kemudian masak nasi macam biasa.
- Bila nasi sudah masak, titikkan pewarna menggunakan chopstick. Biar seketika.
- Gaul hingga pewarna tadi bercampur dengan nasi.
- Tabur Daun sup. Gajus, Kismis sebelum dihidang.
Bahan Untuk Rebusan Ayam - Nasi Arab
½ ekor ayam - potong 2
1 kiub ayam
1 biji tomato belah 4
1 biji cili merah belah 4
1 batang kulit kayu manis
½ sudu jintan manis (biji)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu lada hitam (biji)
Sesudu garam
Bahan untuk menumis
Minyak sapi / butter / minyak masak
2½ pot beras biasa - telah direndam dalam ±5/7 minit. (Kalau beras basmathi rendam dalam ±30 minit)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu jintan manis
½ sudu lada hitam
Cara-cara Menyediakan Nasi Arab Mudah
- Masukkan semua bahan dalam air. Rebus dalam 30 minit dan pastikan ayam tu tenggelam.
- Kemudian tos dan asingkan ayam dan air rebusannya.
- Tumis semua bahan untuk menumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan beras dan kacau seketika.
- Masukkan ayam dan air rebusan ayam dan biarkan ia masak sepenuhnya.
- Akhir sekali masukan daun ketumbar. Dah siap
PERAP AYAM
- Lumurkan ayam yang diasingkan dari air rebusannya dengan garam kunyit dan madu. Kemudian bakar atau goreng macam biasa.
SAYUR
Timun dibuang biji di tengahnya
Tomato di potong dadu
Bawang besar racik halus
Garam dan air perahan lemon
Caranya
Gaulkan kesemua bahannya tu.
SAMBAL
3 batang cili besar merah
3 batang cili padi merah
Buah Tomato - Lebihkan buah tomato ye
Daun ketumbar
Air Perahan lemon
Garam / gula
Cara-cara
Blend cili, tomato dan daun ketumbar. Kemudian masukan garam, gula dan perahan lemon.
#5 : Resepi Nasi Dagang Kelantan
BAHAN UNTUK IKAN TONGKOL REBUS
2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
15 keping asam gelugor
garam - letak 5 sudu besar tapi kalau nak letak tu adjust-adjust la ikut saiz ikan tu ya
air
lengkuas ( dihiris )
CARA UNTUK MEREBUS IKAN TONGKOL
rebus ikan bersama bahan-bahan diatas (Kedudukan selang seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas nak bagi rasa tu sekata ..dan rebus sampai airnya kering ..
GULAI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN UNTUK GULAI IKAN
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
kari ikan 2/12 sudu besar
3 keping asam keping
nisan 11/2 keping
garam ikut kesesuaian
cili hijau 4 biji
santan - agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus tu
CARA GULAI IKAN
- Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
- Sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan .. kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur ..
- kacau santan bersama-sama bahan tadi sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. apabila sudah mendidih, biarkan mendidih lama sikit.
- Masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian.
Tips :
Jangan masukkan banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan turun.. jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. biarkan mendidih.
- Biarkan mendidih, kemudian barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi, lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah tu sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit .. air garam dekat ikan tu akan turun lagi ..
- biarkan mendidih sehingga pada permukaan atas tu nampak macam pecah minyak ... dan pekat sedikit... setelah nampak pecah minyak ,tutup api .dah siap
NASI DAGANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI DAGANG
1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
santan pekat *2 cawan dimasak bersama sedikit garam
santan cair 21/2 cawan
CARA MENYEDIAKAN NASI DAGANG
- Rendam beras semalaman kira-kira 8 jam.
- Letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk.
- Kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit )
- kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia ... dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit.gaul sebati dan kukus balik. kukus dalam 15 minit
- akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.. kukus sekejap je dan balik-balikkan . bila nampak nasi sudah masak dan warna dia dah pucat atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak la.
Bahan untuk Buat Nasi Daging
500 gm daging (dihiris)
5 pot beras basmati
3 serangkai (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)
5 sudu serbuk kurma
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 batang lobak merah - potong dadu
1 helai daun pandan
3 sudu butter
sedikit garam bukit
sedikit cukup rasa maggi
Cara memasak *mengunakan Philips Presure Cooker
- Masukan butter, bawang merah, bawang putih dan 3 serangkai. Tumis bawang sampai garing masukkan rempah kurma dan sedikit air... masukan daun pandan dan biarkan sampai garing juga selepas itu masukkan daging yang telah dihiris ikut saiz kegemaran anda.
- Seterusnya masukkan lobak merah yang telah dipotong dadu. Kacau-kacau bagi rata lobak merah dengan rempah ratus.
- 5 pot beras basmati sukat macam masak nasi biasa, 5 pot beras bersamaan 6 pot air dan tambahkan air sikit jer lagi lebih sebab guna basmati berasnya kena lebihkan air ( agak-agak jangan terlalu banyak)
- masukkan garam dan cukup rasa maggi dan kacau-kacau bagi rata.
- Padamkan mood bake sekarang dan tukar kepada mood rice. Dalam masa 15 minit dah masak.
Bahan untuk Air Asam
2 sudu kerisik
2 biji tomato (potong dadu)
7 cili akar hijau (dihiris bulat)
3 cili merah thai (dihiris bulat)
1 biji bawang merah (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dihiris nipis)
1 sudu air asam jawa
sedikit air suam
sedikit garam
Cara-cara membuat Air Asam Berkerisik
- Masukan semua bahan diatas dalam satu mangkuk dan gaulkan semua, untuk garam ikut citarasa anda nak masin boleh letak lebih.
Kredit : Bonde Zaidalifah
#7 : Resepi Nasi Ayam Hainam
Bahan - Bahan Untuk Nasi Ayam Hainan
Bahan Untuk Sup
2 ketul bahagian peha Ayam
2 batang Daun bawang (diikat)
2 inci Halia (dipotong tebal)
3 cawan air
Garam
Bahan Untuk Nasi
3 pot kecil beras (dibasuh, ditos)
2 sudu butter
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dipotong kasar)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam
Bahan Untuk sos cili
5 batang cili masak
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam
Cuka
Bahan Untuk sos kicap
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)
6 sudu air
Garam
Cara memasak sup
- Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
- Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam.
- Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
- Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.
Cara memasak nasi
- Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing.
- Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
- Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras.
- Biarkan ia masak.
Cara membuat sos cili
- Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat.
Cara membuat sos kicap
- Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air.
- Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
- Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
- Siap untuk dituang keatas ayam tadi.
Kredit : Mrsliez
#8 : Resepi Nasi Ayam Marjerin
Bahan Untuk Nasi Ayam Marjerin
Bawang putih
Halia
Ayam beberapa ketul *Untuk 2-3 orang makan
Air 1 jug
Kicap
Sos tiram
Cili merah
Lada sulah
Sup bunjut
Garam
Gula
Madu
Kentang *dipotong 7 hingga 10 bahagian)
Carrot *dipotong dua selepas potong hiris sedikit tebal
2 kiub ayam
cuka
majerin
Cara Menyediakan Nasi Ayam Marjerin
- Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. Bahgaikan kepada 4 bahagian untuk masak nasi, sup, sos cili dan perap ayam.
- Ambil 1 bahagian pertama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk untuk perap ayam dalam mangkuk. Biarkan selama 5 minit dan rebus ayam tersebut bersama 1 kiub ayam.
- Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk dan perap sekali lagi dengan kicap, sos tiram, garam dan madu. Perap selama 10 hingga 20 minit.
- Sementara tunggu perapan ayam, masak nasi.
Cara Memasak Nasi Ayam Marjerin
- Cairkan majerin dan masukkan 3 serangkai, 1 bahagian bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk lumat.
- Apabila sudah nampak kekuningan masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dibersihkan.
- Masukkan air rebusan ayam,garam,daun pandan dan 1 sudu serbuk kunyit.
- Masakkan beras tersebut.
Cara Masak Ayam
Setelah 10 higga 20 minit ayam diperap, gorengkan ayam tersebut di dalam kuali yang telah diletakkan minyak. Tahap garing terpulang kepada anda.
Cara Masak Kuah Kicap
- Masukkan lebihan air kicap hasil perapan ayam ke dalam periuk kecil di atas api.
- Kemudian masukkan setengah cawan air rebusan ayam.
- Tambahkan sedikit garam dan sedikit kicap.
- Kacau kuah kicap tersebut sehingga mendidih dan tutup api.
Cara Buat Sambal Cili
- Masukkan 5 hingga 6 biji cili merah atau hijau ke dalam blender.
- Kemudian masukkan cuka, gula, air , sos cili dan 1 bahagian bawang putih yang telah ditumbuk.
- Kisar sehingga hancur dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.
Cara Buat Sup Ayam
- Masukkan air rebusan ke dalam periuk atas api.
- masukkan sup bunjut, ayam yang dipotong kecil yang masih mentah, garam, kiub ayam dan bawang putih halia yang telah ditumbuk.
- Kemudian masukkan carrot dan kentang.
- Bila carrot dan kentang sudah empuk maka anda boleh tutup api dan hidang ke dalam mangkuk.
Kredit : Khalisah Hazrina
Bahan-bahan nasi ayam :
Bawang putih (dihiris ikut suka berapa banyak)
Bawang merah ( dihiris)
Halia (dicicang atau dihiris)
Ayam dalam 3 ke 4 ketul.
Minyak masak
Daun pandan, saya tak ada daun pandan so saya pakai essen daun pandan je.
Beras
Cara memasak :
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dicincang sehingga naik baunya.
- Kemudian masukkan stok nasi ayam sepeket (tak kira apa brand).
- Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian di masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digoreng tadi, digaul sehingga sebati.
- Selesai digoreng, masukkan ke dalam rice cooker bersama ayam dalam 3 ke 4 ketul yang telah dibasuh dan di masak dengan air mengikut sukatan beras. Biarkan ia masak sendiri.
Resepi ayam kukus halia
Bahan
Ayam
Halia *dihiris nipis. cincang pun boleh je. Lagi banyak lagi bagus, tapi ikut suka yang memasak le!
Garam *secukup rasa
Minyak bijan *letak banyak sehingga naik bau bijan pun boleh tapi kalau tak berapa suka boleh letak 2 sudu pun dah cukup
4 sudu besar kicap cair *ikut berapa banyak yang kita suka
Sedikit kicap manis *tak nak letak pun tak apa.
3 sudu teh Serbuk lada hitam * ikut suka.
Daun ketumbar *Untuk di masukkan bila nak masak menggantikan daun bawang.
Daun ketumbar *Untuk di masukkan bila nak masak menggantikan daun bawang.
Caranya
- gaulkan kesemua bahan-bahan bersama ayam dan perapkan dalam peti ais selama sejam.
- Panaskan ketuhar kemudian susun ayam yang telah diperap tadi bersama daun ketumbar ataupun daun bawang di dalam kukusan sehingga ayam empuk dalam 40 min.
Kredit : Hanny Abdullah
#10 : Resepi Nasi Ayam Kukus
Bahan
5 ketul ayam
Air
Bawang Merah* tumbuk kasar
Bawang Putih* tumbuk kasar
Halia *diketuk
Akar daun ketumbar
1 kiub ayam
Langkah-langkah Memasak Nasi Ayam Kukus
- Rebus ayam dengan semua bahan di atas sehingga ayam menjadi lembut. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi.
- Nasi dimasak seperti biasa ya.
- Ayam di tos dan tunggu nasi masak.
Resepi Sos Merah
1 biji Bawang merah*ditumbuk kasar
1 ulas Bawang putih *ditumbuk kasar
1 biji Cili merah *ditumbuk kasar
3 biji Cili padi *ditumbuk kasar
Daun ketumbar *dipotong kasar
1 biji tomato *dipotong dadu
1/2 gelas air rebusan ayam
1 piring kecil sos cili.
*** Kalau ada limau nipis boleh perah sekali, lagi sedap.
Caranya :-
Satukan semua bahan yang ditumbuk dan bahan-bahan lain dalam 1 mangkuk.
Hidangan ini boleh dihidangkan bersama sayur salad, timun batang dan hirisan tomato.
Kredit : shalimar
#11 : Resepi Nasi Ulam (Utara)
Bahan:
Nasi
Ikan talang masin - goreng dan mesin halus
Udang kering - goreng tanpa minyak, mesin halus
Kerisik – mesin halus (elok kalau buat sendiri )
Lengkuas, Serai – mesin halus, mesin asing jangan sekali
Bawang besar – potong nipis
Bunga kantan – potong nipis
Ulam-ulam - gulung kemudian hiris halus.
*ikut citarasa biasa orang guna pucuk kadok, daun selom, pegaga, daun kesom daun kunyit, daun sekentut, bunga betik.
Caranya:
Masukkan nasi dalam bekas besar., kemudian masukkan setiap bahan sedikit demi sedikit, campur dan gaul semuanya. Siap.
*Kalau nak boleh tambah garam, gula atau pun serbuk perasa. Kalau nak lagi pedas boleh tambah cabai kecik atau lada hitam. Ikut citarasa masing-masing.
Resepi Sayur Keladi
Bahan
Keladi – rebus, lepas tu buang air
Ikan temenung – rebus, asing isi dan tulang..mesin ( macam buat laksa )
Bawang besar, Belacan – mesin air
Cabai kering mesin
Daun kesom
Bunga kantan – hiris nipis
lada hitam – mesin halus
Asam keping
Gula Garam
Caranya
- Basuh keladi dan rebus. Dah nampak lembut sikit, buang air rebusannya tu.
- Kemudian masukkan bahan yang telah di mesin (ikan temenung, bawang besar, belacan).
- Masukkan cabai kering mesin. Kalau nampak kering tambah air sikit. Biarkan la mendidih sekejap.
- Masukkan daun kesom, bunga kantan, asam gelugor, lada hitam, garam dan gula. Ikut kaau nak tambah perasa. Masak sampai dia masak. Tutup api. Siap dihidang.,
Kredit : Ira Dzahir
#12 : Resepi Bubur Kemboja
Bahan untuk buat bubur
Beras yang dah dibersihkan (tak kisah berape pot yang kita nak)
Bawang putih (di tumbuk halus)
Udang kering (wajib ada) tumbuk sikit..biar hancur sikit
Potongan Ayam *seekor ayam belah 4 ! boleh carikkan isinya
Lada Hitam (ditumbuk & kalau nak pedas boleh tambah)
Sayuran *boleh juga masukkan sawi + taugeh or kobis)
Sayuran *boleh juga masukkan sawi + taugeh or kobis)
Daun Ketumbar jawa *wajib ada
Sedikit garam
Sedikit Minyak masak untuk menumis
Cara-Caranya
- Rebus ayam sehingga lembut. Angkat dan toskan. Isi ayam dicarik-carik. Tulang temulang tu masukkan semula ke dalam air rebusan ayam.Macam buat sup.
- Tumis bawang putih dan hirisan halia sedikit sehingga naik bau tu.
- Masukkan beras yang sudah di bersihkan..Kemudian goreng sehingga beras garing.
- Dah garing masukkan air rebusan ayam tadi dan masak sehingga beras tu menjadi bubur.
- Masukkan lobak asin yang bersaiz besar.
- Perasakan dengan garam. Agak-agak dah jadi bubur boleh la tutup api.
Hiasan dan pelengkap bubur
lobak asin yang diracik
Taugeh
Limau
Daun ketumbar kemboja *kalau takde takpe
Isi ayam
Lada hitam
Sambal
Sambal tu nak buat senang je.Rebus lada dan blend dengan bawang putih dan letak sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula.
Kredit : kisahsidairy
#13 : Resepi Bubur Nasi *guna Philip Pressure Cooker
Bahan
1 cawan bijirin beras
2 cawan air.
Caranya:-
- Tekan mode "Congee" kemudian tekan MULAI dekat Philip Pressure Cooker
- Tunggu sehingga 13 minit, bubur dah siap dah ..
- kalau guna rice cooker biasa pun boleh tapi ambil masa skit la kan untuk nasi tu pecah and jadi moi.and for the lauk parts, u can cook basically anything u love.
Kredit : Alia Farhan
#14 : Resepi Nasi Lemak Sambal Telur Dadar
NASI LEMAK
Bahan
3 pot beras
1 kotak santan & air (dicampur menjadikan 6 pot air + santan)
sedikit garam
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
2 helai daun pandan (diikat)
Cara Masak Nasi Lemak
Cara Masak Nasi Lemak
mudah je! Masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi. on kan suis 👌. Kemudian tunggu nasi masak.
SAMBAL IKAN BILIS Bahan
3 senduk cili boh
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
segenggam ikan bilis
sedikit air asam jawa
Sedikit garam dan gula utk perisa
Cara
- tumiskan dulu bawang merah yg dah ditumbuk halus tu hingga naik bau harumnya.
- masukkan cili boh. masakkan hingga terbit minyak ye.
- selepas cili boh dah garing, masukkan air asam jawa. gaul rata.
- masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. perisakan dgn garam dan gula. SIAP!
BAHAN PENYERI NASI LEMAK :
telur dadar / telur rebus / telur mata lembu ayam goreng
ikan bilis garing
ulam timun
sayur kangkung goreng
kacang tanah goreng
Kredit : Adianiez
#15 : Resepi Nasi Lemak Simple
Bahan-bahan:
Telur yang telah direbus
Timun
Kacang
Ikan bilis yang telah digoreng
Bahan-bahan Nasi
1 kotak kecil Santan
1 inci Halia dihiris
2 pot Beras
Bahan-bahan sambal
3 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas Bawang putih
2 sudu besar cili boh
Setengah sudu besar pes asam jawa (Marina guna asam jawa yang adabi)
Gula
Cara-cara masak nasi
1. Bilas beras. Masukkan 1 pot cawan santan dan 2 pot air.
2. Masukkan halia dan tanak nasi seperti biasa.
Cara-cara masak sambal :
1. Kisar bawang merah dan bawang putih.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan kering sikit.
3. Masukkan cili boh. Tumis sampai sambal warna merah gelap.
4. Masukkan asam jawa, kemudian tambah air satu cawan kecil. Tunggu kering sikit.
5. Masukkan gula. Gaul sebati.
Kredit : Marina Bashah
#16 : Resepi Nasi Goreng Ikan Masin
Bahan-bahan
Nasi sejuk
Ikan tenggiri masin (digoreng separuh masak)
Bawang putih (ketuk dan cincang)
Cili padi (ketuk dan cincang)
Telur
Kailan
Serbuk lada hitam/lada sulah
Sos tiram
Gula
Cara memasak
Tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan
Masukkan telur dan hancurkan
Masukkan sos tiram, masukkan sayur kailan dan isi ikan tenggiri masin. Kacau rata
Masukkan gula dan serbuk lada hitam atau lada sulah.
Masukkan nasi dan kacau rata.
Siap untuk dihidang.
Kredit : Maria Firdz
#17 : Resepi Nasi goreng ikan bilis
BAHAN BAHAN
10 biji bawang merah *tumbuk hingga lumat
3 biji bawang putih *goreng dengan kulitnya sekali dan ketuk
2 sudu cili boh
Seikat sawi
Segenggam ikan bilis
Secubit garam
Minyak
CARA CARANYA:
- Basuh bawang Putih dan goreng bersama kulit sehingga garing..ketepikan
- Masukkan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan dahulu.
- Tumiskan bawang merah bersama bawang putih (yang diketuk) sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh,serta tumis sehingga pecah minyak dan betul-betul garing (jika tidak cili tidak dimasak sepenuhnya dan boleh menyebabkan sakit perut).
- Masukkan sayur sawi, nasi putih dan gaul sebati. Perasakan dengan sedikit garam.
- Kemudian masukkan ikan bilis dan gaul lagi sekali.
- Dah siap !
Kredit : Nor Azlina
#18 : Resepi Nasi Goreng Telur Sedap dan Mudah Disediakan
Bahan
Nasi putih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
6 biji cili padi *nak lagi pedas boleh tambah
2 biji telur
Cara menyediakan
- Tumbuk 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis dan 6 biji cili padi sehingga lumat.
- Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga agak agak dah garing
- Kemudian masukkan dua biji telur, garam dan gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata.
Kredit : Mimi Azirah
#19 : resepi Nasi Goreng Sotong
Bahan
Nasi lebihan semalam
2-3 ekor sotong- dipotong
1 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1-2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1-3 biji cili padi (optional- kalau nak pedas boleh tambah)
1 biji telur - di buat telur hancur terlebih dahulu
Sayuran seperti sawi dan kobis
Garam secukupnya.
Minyak
Daun bawang
Bawang Goreng
Cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga bau wangi.
- Masukkan cili kisar dan masak seketika cili tu. Selalunya sampai berminyak la..
- Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak.
- Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata.
- Siap! Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.
Kredit : Cahaya Hayati
#20 : Resepi Nasi Goreng Orang Bujang
Bahan
5 ulas bawang putih *tumbuk
4 ulas bawang merah *tumbuk
10 biji cabai Melaka
Sos tiram
Sos cili
Sosej *potong
3 bio telur ayam
Nasi
Caranya
- Tumis semua bahan (kalau nak sedap lagi masuk butter sikit masa kita nak tumis)
- Masukkan sos tiram, sos cili, sosej dan juga telur. Kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga rata.
- Nak lagi sedap goreng nasi bagi lama sikit.
Kredit : Wawa
Haa, inilah antara 20 resepi pilihan ramai berasaskan nasi yang cukup popular dan mudah untuk disediakan terutamanya untuk sajian berbuka, bersahur ataupun untuk juadah hari raya.
Untuk hari-hari biasa pun boleh.
Haa, inilah antara 20 resepi pilihan ramai berasaskan nasi yang cukup popular dan mudah untuk disediakan terutamanya untuk sajian berbuka, bersahur ataupun untuk juadah hari raya.
Untuk hari-hari biasa pun boleh.
Nasi goreng tu sedapp
BalasPadamsedapnya makan nasi mmg sedapp
BalasPadammenarik resipi2 dia..antara list ni, nasi tomato yg akak baru cuba..failed..haha..1st try..
BalasPadam