Resepi Mudah & Simple : Cara Masak Nasi Arab Ayam Mudah, Cepat & Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

April 14, 2020
Berjaya juga masak sendiri nasi arab ni. Kalau tak asyik teringin..teringin dan teringin je. Nak elakkan dari terus teringin kita cuba ajelah masak sendiri kan. Bukan tak boleh nak beli cuma malaslah nak ke sana.

Inipun buat guna beras biasa je. Lupa nak beli beras basmati hari tu. Sekali imbas warna nasinya dah macam nasi ayam pun ada hahaha. Terlembik gara-gara terlebih air. But it's ok nanti lepas ni kita cuba perbaiki lagi. Tapi sebenarnya kalau masak lembik camni senang anak-anak buah nak makan tau #elehhalasan hikhik. Oklah jom usha resepi nasi arab mudah dan cepat menggunakan beras biasa tetapi sedap dan menyelerakan gitu

Cara Penyediaan Nasi Arab Ayam Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi Mudah & Simple : Cara Masak Nasi Arab Ayam Mudah, Cepat & Menyelerakan Menggunakan Beras Biasa Je

NASI ARAB

Bahan Untuk Rebusan Ayam - Nasi Arab

½ ekor ayam - potong 2
1 kiub ayam
1 biji tomato belah 4
1 biji cili merah belah 4
1 batang kulit kayu manis
½ sudu jintan manis (biji)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu lada hitam (biji)
Sesudu garam

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam air. Rebus dalam 30 minit dan pastikan ayam tu tenggelam.

PERAP AYAM

angkat ayam lumur dengan garam kunyit,  dan madu. Kemudian bakar atau goreng macam biasa.

Cara Penyediaan Nasi Arab

Bahan untuk menumis
Minyak sapi / butter / minyak masak
2½ pot beras biasa - telah direndam dalam ±5/7 minit. (Kalau beras basmathi rendam dalam ±30 minit)
½ sudu biji ketumbar
½ sudu jintan manis
½ sudu lada hitam

Cara-caranya
  • Tumis semua bahan sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan beras dan kacau seketika.
  • Masukan ayam dan air rebusan ayam dan biarkan ia masak sepenuhnya.
  • Akhir sekali masukan daun ketumbar. Dah siap 

Ciktie

SAYUR 

Bahan :-
Timun dibuang biji di tengahnya
Tomato di potong dadu
Bawang besar racik halus
Garam dan air perahan lemon

Caranya
Gaulkan kesemua bahannya tu.

Ciktie

SAMBAL

Bahan-bahan 
3 batang cili besar merah
3 batang cili padi merah
Buah Tomato - Lebihkan buah tomato ye
Daun ketumbar
Air Perahan lemon
Garam / gula

Cara-cara
Blend cili, tomato dan daun ketumbar. Kemudian masukan garam, gula dan perahan lemon.









Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. menarik ni.
    guna beras biasa pun jadik ekk. elok la.
    tak mudah nak dptkan beras basmathi tu now. susah nak kluar beli.
    tq for sharing ni. idea sedang kutip idea nak prepare dan masak pe next next day :)

    BalasPadam
  2. Macam senang tapi banyak lak step dia..haha

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com