Ahad, 26 April 2020

Pameran 3D Art Muzium Negeri Kelantan

Pameran 3D Art Museum Negeri Kelantan! Pertama kali sebenarnya ianya diadakan disini. Nasib baiklah hari tu sempat juga menerjah ke sana walaupun tak sempat nak pusing kesemuanya. Adalah juga kenangan mengunjunginya tu. Kalau diikutkan sepatutnya pameran ini berlangsung selama 2 bulan iaitu sehingga 15 April. Tapi nak buat macamana kan..kita hanya merancang. Perancangan-Nya yang terbaik.

PKP dikuatkuasa mulai 18 Mac 2020 yang lalu. Secara automatik Kempen Melawat Kelantan turut dibatalkan kerana Kempen Melawat Malaysia (TMM 2020) telah dibatalkan sebelum penguatkuasa pkp rasanya berikutan penularan Covid 19. Ok yang pasal Pkp ni nanti kita cerita next ni ye. Sebelum fikiran naik tepu jom sambung baca entri ni.

Ciktie

Pameran 3D Art Muzium Negeri Kelantan

Kalau nak tahu sebenarnya kita dah plan dah nak ke sana lagi sekali sebelum ianya berakhir. Tak puas nak pusing itu yang kononnya nak terjah semua semula la. But is ok.. bukan rezeki kan.

Pameran 3D Art Muzium Negeri Kelantan



Lukisan murai 3 Dimensi (3D)

Lukisan murai 3D sebenarnya merupakan lukisan yang hampir realistik. Ia seolah-olah mempunyai dimensi apabila dilihat dari sudut tertentu. Akan kelihatan lebih menarik lagi jika kita boleh beraksi ataupun berdiri di hadapan lukisan tersebut.

Tengoklah aksi kakak ni camne hehe

3D






Kalau tak silap ada 20 lebih kot lukisan 3D hasil tangan pelukis murai yang berpengalaman lebih 10 tahun dekat sana tu. Tapi yang ini ajelah yang sempat snap pun. Jenuh berkejar dengan budak kecil sorang ni. Nasiblah masa tu tak ramai orang. Seronoklah dia berlari terkekeh-kekeh ke semua tempat.



Tapi dalam banyak-banyak lukisan tu, kita tertarik sangat dengan lukisan televisyen yang satu tu. Mengimbau kenangan betul..


Lukisan kucing dalam itupun cantik juga cuma maaf takde gambar ☹️☹️ tak sempat nak snap. Ini ajelah yang ada pun.




Pameran 3D Art Muzium Negeri Kelantan


Ok, dah habis hehe



1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.