Ahad, 15 Mac 2020

Sajian Enak Hellmann’s dengan tiga perisa eksklusif Sos Salad Baru

Sajian Enak Hellmann’s dengan tiga perisa eksklusif Sos Salad Baru

Pertengahan bulan November yang lalu, Hellmann’s telah meraikan ketibaan rasminya di Malaysia dengan pelancaran tiga sos salad baru. Ianya diperbuat daripada ramuan sebenar bagi menampilkan yang terbaik kepada sajian makanan mudah dan enak. Dicipta khas untuk menambahbaik keenakan rasa salad yang dihidangi.

3 Variasi Sos Salad Baru Hellmann’s

3 varian sos salad itu adalah:-
  • Roasted Sesame
  • Smoky Thousand Island 
  • Smoky Caesar 


Sentiasa berusaha untuk menyajikan kenikmatan makanan terbaik, Hellmann’s jenama perasa terkenal ini berterusan mencabar tanggapan salah bahawa pemakanan sihat selalunya membosankan dengan hidangan salad yang tidak mempunyai sebarang rasa. Dengan menggunakan ramuan sebenar, sos salad Roasted Sesame dari Hellmann’s yang dirumus khas untuk memberikan rasa bijan panggang yang lebih kaya bagi meningkatkan rasa salad. Mengikut konsep yang sama, Hellmann’s juga menggabungkan rasa smoky yang unik kepada sos salad Thousand Island dan Caesar untuk menghasilkan hidangan salad yang lebih mengujakan dan beraroma.

“Hellmann’s terkenal di seluruh dunia kerana kami menggunakan ramuan sebenar untuk mencipta rasa yang enak dan berkualiti. Bagi Hellmann’s, keutamaan kami adalah untuk menyajikan detik makanan sebenar yang mengujakan bagi rakyat Malaysia. Walaupun sos salad Hellmann’s bukan hidangan utama di dalam sesuatu juadah, ia adalah tambahan sempurna untuk meningkatkan rasa sesuatu sajian - menjadikan sesuatu hidangan biasa kepada luar biasa’’ kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever Malaysia. 

Kerjasama dengan La Juiceria Superfoods

Sebagai sebahagian daripada usaha jenama untuk mengubah hidangan biasa kepada luar biasa, Hellmann’s menjalin kerjasama dengan kumpulan kafe makanan sihat tempatan, La Juiceria Superfoods untuk mencipta bersama menu salad yang sihat lagi lazat seperti Asian Duck Salad, Super Protein Caesar Salad dan Avocado Kale Quinoa Salad untuk rakyat Malaysia. Kolaborasi strategik ini dicetuskan menerusi usaha Hellmann’s untuk menggalakkan pemakanan lebih sihat selain memberi inspirasi kepada para rakyat Malaysia untuk menambahkan keterujaan dalam waktu makan masing-masing bersama Hellmann's.



Harga

Nikmati rasa enak Hellmann’s hari ini dengan memilih sajian sos salad baru Roasted Sesame, Smoky Thousand Island dan Smoky Caesar di semua pasar raya utama, pasar raya besar dan laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee dengan harga runcit yang disyorkan iaitu Rm9.00 setiap botol 210ml.

Tiga salad baru ciptaan Hellmann’s bersama La Juiceria Superfoods ini juga boleh didapatkan dengan harga RM21.90 setiap satu di semua kedai La Juiceria Superfoods, termasuk platform penghantaran makanan GrabFood mulai 29 Februari 2020 lagi.


Untuk maklumat lanjut atau berita terkini mengenainya, boleh layari

Facebook



5 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.