Sabtu, 14 Mac 2020

Barisan Menteri Kabinet Baru 2020

Alhamdulillah, sejarah dah tercipta negara kita telah ditadbir oleh Yang di-Pertuan Agong dibantu Perdana Menteri Interim beberapa hari yang lalu tanpa mana-mana menteri kabinet. Akhirnya awal bulan ini, barisan menteri kabinet yang baru telah dilantik.

Pelantikan Perdana Menteri Ke-8

Sebelum ini  Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir Mohamad telah meletak jawatan pada 24 Februari 2020. Seterusnya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baru selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan (sehingga perdana menteri baru dilantik dan Kabinet dibentuk).

Atas nasihatnya juga semua barisan menteri kabinet ketika itu dibatalkan, sehinggalah pada 1Mac 2020 yang lalu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8. Barisan menteri kabinetnya yang baru seterusnya diumum pada 9 Mac  yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada semua barisan menteri dan kabinet yang baru. Selamat bertugas dan semoga dapat laksanakan amanah ini sepenuhnya. In Shaa Allah, Aamiin.


Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Barisan Menteri Kanan & Timbalan Menteri

1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

2. Menteri Pertahanan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

3. Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

4. Menteri Pendidikan
Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri  

Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi

Datuk Seri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Tugas-tugas Khas
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Binti Yazid

Parlimen dan Undang-Undang
Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith

Hal Ehwal Agama
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary

Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Alam Sekitar
Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga
Datuk Seri Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Dr Abd Latiff Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 
Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara
Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai Senator)

Sumber : BH Online


2 ulasan

  1. Pengetahuan am, mungkin masuk dalam buku teks sejarah Malaysia akan datang.

    BalasPadam
  2. semoga inila yang terbaik untuk meneraju negara =)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.