Trick Travel : Jimatkan Kos Perbelanjaan Semasa Melancong

Januari 30, 2020 3 Comments
Trick Travel : Jimatkan Kos Perbelanjaan Semasa Melancong
Biasanya kalau korang travel, apa sebenarnya yang selalu korang risaukan? Kos nya ke? Barangnya ke? Ataupun benda lain ye?? Sebenarnya kalau nak travel ni, janganlah korang pening dan serabutkan kepala tu sangat. Make sure korang akan enjoy korang punya holiday tanpa sebarang gangguan. Ini ajelah masa yang korang betul-betul ada untuk nak rest dan tenangkan fikiran tu

Kalau nak travel ni ciktie suggest korang guna Traveloka. Haa guna untuk apa? Untuk apa lagi book segala jenis yang boleh ditempah la. Tak adalah serabut kepala tu sangat, kejap-kejap nak buka website ni, kejap-kejap nak buka website lain pula. Sedangkan dengan satu website ni je kita dah boleh settle down semua benda dah. Daripada flight ticket sampailah ke tiket masuk tempat yang akan kita pergi pun dah ada dalam tu. Tak payah nak fikir banyak sangat, harga pun berbaloi.


Haa kan dah secara tak langsung, ciktie dah pun share satu trick bagi mengurangkan keserabutan kepala korang tu. Sekarang ni pula ciktie nak share a few tips lain yang amat berguna untuk korang sebelum ataupun semasa travel.

Trick Travel : Jimatkan Kos Perbelanjaan Semasa Melancong

1. Pengangkutan Ke Airport
Sekarang ni memang dah mudah sangat dah nak travel. Nak ke airport pun senang dah. Selain teksi dan grab, kita boleh juga guna KLIA Express. Nak lagi senang, beli je melalui Traveloka! Korang boleh book KLIA transit tickets dan adakalanya harga ianya pun lagi murah dari korang pergi beli direct dekat kaunter tu. Nak beli tiket awal balik dari airport pun boleh beli siap-siap melalui Traveloka. Nampak tak betapa senangnya sekarang nak travel. Semuanya boleh di rancang terlebih awal.

Ada kawan ciktie bagi tips. Sepupu ciktie sendiri pun ada bagitau hal yang sama ni juga sebenarnya. Kalau dari KL Sentral, kita boleh turun dekat Putrajaya Sentral tu dulu. Lepas tu keluar dan beli tiket daripada Putrajaya Sentral ke KLIA. Katanya boleh jimat lagi, almost separuh harga camtulah.

Kalau kita tak nak guna KLIA transit tu, kita boleh juga book cheap airport taxi online. Sangat mudah dan memang mudah la. Sebagai contoh kalau dalam group korang ramai, memang berbaloilah guna airport taxi ni sebab nanti korang boleh divide antara korang je. Kan senang tu.

2. Baggage
Haa ini pun satu hal, sebenarnya ramai antara kita yang suka add on luggage setiap sorang, sedangkan kita tak guna pun kesemua berat beg tu. Kan rugi. So, untuk jimat trick nya korang add on satu je luggage lepas tu share. Kalau travel dengan group yang ramai macam 6 orang ke camtu, boleh beli untuk 2 orang. Berapa kg tu depends on korang lah. Kalau sorang memerlukan 10kg, 6 orang memerlukan 60kg. so boleh add on 30kg setiap sorang tadi. Kalau lebih sedikit, contoh 6 orang tadi tetiba total berat beg jadi 70kg. Jangan gelabah!! Korangkan ada kuota hand carry 7kg. So, pindahkan berat yang terlebih tu dekat hand carry je. Kan dah selesai masalahnya tu.


3. Penginapan
Ok, yang ni banyak trick yang boleh korang apply bergantung kepada keselesaan korang sebenarnya. Kalau percutian korang tu lama lagi, maksudnya lambat lagi pastikan korang cari penginapan yang free cancelation. Supaya nanti korang ada masa lagi untuk ubah pilihan korang tu sekiranya jumpa yang lagi better daripada yang korang dah booking tu.

Kalau korang yang jenis malas nak fikir pasal beli breakfast, cari je penginapan yang dah include breakfast. So, tinggal pergi breakfast je ataupun pilihan kedua yang korang ada, cari penginapan yang ada menyediakan sekurang-kurangnya heater dan microwave. Nanti korang boleh bawa makanan ready to eat sesiap supaya nanti korang boleh panaskan je makanan korang tu. Dah boleh jimat duit makan dah dekat situ.


Kalau korang nak jimatkan kos transport pula, korang cari je penginapan yang berada di kawasan pelancongan. Tetapi tidak dapat dinafikan la harganya mungkin sedikit mahal. Namun, kalau korang rasa berbaloi daripada korang duduk jauh sikit tu tetapi kena gunakan banyak transport apa salahnya kan.

Banyak lagi sebenarnya trick yang boleh korang cuba masa travel ni. Yang ciktie share ni just macam trick untuk korang jimatkan kos perbelanjaan je. Kalau macam trick-trick yang lain korang boleh tengok dekat youtube tu. Terutamanya cara limat baju dan kemaskan barang dalam luggage. Kalau korang tengok trick tu memang banyak sangat space yang boleh korang jimat nanti. Malahan susunan barang kita pun lebih teratur. Kalau bernasib baik, siap ada ruang kosong lagi untuk kita masukkan barang-barang yang kita shopping tu nanti.

Oklah cukup setakat ini dulu. Sehingga jumpa lagi korang




Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Januari 27, 2020 4 Comments
Novel Coronavirus (2019-nCoV)
O..oo sekarang ini kita digemparkan dengan penularan jangkitan virus terbaru dari China iaitu Novel Coronavirus (2019-nCov).


Virus yang dikenalpasti berasal dari Wuhan, satu wilayah di China ini adalah virus dari keluarga Coronaviridae seperti SARS dan MERs. Ia boleh merebak melalui sentuhan antara haiwan-manusia dan sesama manusia terutamanya melalui titisan seperti batuk ataupun bersin. Gejala ataupun tanda penyakit ini adalah seperti batuk, hidung berair, sakit tekak, demam dan juga kesukaran untuk bernafas. Dan jika pesakit mempunyai sistem imunisasi yang lemah pneumonia (radang paru-paru) boleh berlaku.


Walaupun tanda-tanda ini mirip seperti selsema biasa ataupun influenza yang melanda negara baru-baru ini, ia sebenarnya cukup berbahaya kerana sehingga kini ubat dan vaksin untuk mencegahnya belum ditemui. Para paramedik seluruh negara juga masih lagi berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai virus ini.

Apa yang ciktie faham, virus ini boleh membiak dengan cepat melalui proses clone. Dan sehingga kini, China telah mencatat 81 kes kematian dan 2882 jangkitan melibatkan 15 buah negara termasuk 4 di negara kita, Malaysia. Maklumatnya korang boleh rujuk di thewuhanvirus.com


Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Novel virus bermakna virus yang tidak pernah ditemui sebelum ini atau ianya berkembang adalah dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baru (extant).

Nama 'Corona' diambil sempena nama 'Crown' yang bermaksud mahkota kerana rupanya seolah-olah mahkota yang melindungi spera-nya.


Bagaimana virus yang berada dalam haiwan boleh berjangkit kepada manusia dan kemudiannya disebarkan sesama manusia. Di kalangan saintis di virus ini dipanggil 'the hidden anemies' penyakit berjangkit yang muncul kerana jangkitan virus atau bakteria/ parasite yang berpunca dari haiwan kita panggil zoonosis / zoonotic disease.

Seperti yang kita ketahui bangsa Cina memakan hampir apa sahaja yang merayap di atas bumi ataupun yang berterbangan di angkasa. Malahan di Wuhan, tempat dimana bermulanya virus ini adalah pasar basah yang turut menjual 112 jenis binatang liar yang hidup. Aishhh tak sanggup nak tengok gambar suasana pasar yang di tularkan tu.

Sekarang ini dengarnya bandar ke-42 terbesar di dunia dan ke-7 terbesar di China  ini dihentikan segala pengoperasiannya. Di kuarantin kan dulu bagi mengelakkan penularan. Dah sunyi sepi tanpa sebarang kenderaan dan sesiapa.  Hmm tapi takpelah kan, sehingga semuanya terkawal.


Kita sendiri pun di sarankan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa dengan :-
  • kerap mencuci tangan
  • elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang
  • elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak dimasak dengan sempurna
  • tutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin
  • elakkan bersentuhan dengan mereka yang mempunyai gejala

Dan jika ada saudara mara atau rakan-rakan yang mengalami gejala salur pernafasan seperti demam, batuk ataupun kesukaran bernafas tu, jangan lupa dapatkan segera rawatan perubatan bagi memastikan pengesanan awal jangkitan 2019-nCoV.


3F Kelantan (Family, Food, Festival 2020)

Januari 25, 2020 3 Comments
3F Kelantan (Family, Food, Festival 2020)
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat cina yang  menyambutnya hari ini. Selamat kembali dan juga Selamat Datang kepada sesiapa sahaja yang baru sahaja tiba ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Semoga kegembiraan, kebahagiaan dan kepuasan serta kerahmatan akan sentiasa mengiringi kita semua walau dimana dan apa jua yang kita lakukan.

Dari kelmarin lagi kalau tak silap, mana-mana laluan dah mula jammed! Banyakkan bersabar dan jangan beremosi sangat semasa memandu tu ye. Cool ok ✌️✌️ kalau tak hmmm takde kesudahannya nak emo pun. Jalannya tetap juga jammed. Buat kita penat je. Takmau penat-penat..karang stress pula.

3F Kelantan (Family, Food, Festival 2020) 

Tahun Melawat Kelantan

Sekarang ni tengah berlangsung 3F Kelantan tau. Bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV. Sebenarnya program ini baru je bermula iaitu dari 23 Januari sehinggalah 29 Januari ni. Semalam baru je dirasmikan ni tau. Sempat lagi la kalau korang nak pergi pun. Memang tak rugi pun kalau pergi ni

Haa 3F tu apa?? sebenarnya ia merangkumi Family, Food dan juga Festival anjuran bersama Tourism Malaysia Kelantan dan beberapa agensi lain sempena tahun melawat Kelantan tahun ini. Selain makanan, antara persembahan kebudayaan yang dipersembahan sepanjang program ini berlangsung termasuklah Mok Yong, wayang kulit, mencetak batik, persembahan rebana ubi, silat, dikir barat, kertok dan gasing terbang. Ahaa betul dah...

Tahun melawat kelantan

Tahun melawat kelantan

Untuk kanak-kanak  pula disediakan acara pertandingan mewarna dan juga pertandingan bayblade. Sebenarnya ciktie sendiri pun tak pernah tengok lagi budak-budak main bayblade ni tapii pernahlah tengok macamana rupa bayblade tu 🤭🤭








Memories by Maroon 5

Januari 21, 2020 6 Comments
Memories by Maroon 5
Selalu sangat lagu ini menjadi halwa telinga  dalam kereta bila on the way balik ke rumah. Macam biasalah mula-mula dengar tu biasa je tapi kalau dah biasa sangat mendengarnya. Spontan ko kita terpikat. Nak-nak bila dengar bait-bait lirik last tu.

Jadi memandangkan ianya telah mendapat tempat di hati ni. Kita tampal siap-siap la liriknya tu dekat sini.

Memories by Maroon 5

Here's to the ones that we gotCheers to the wish you were but you're notCause the drinks bring back all the memoriesOf everything we've been throughToast to the ones here todayToast to the ones that we lost on the wayCause the drinks bring back all the memoriesAnd the memories bring backMemories bring back you

There's a time that I remember when I did not know no painWhen I believed in foreverAnd everything would stay the sameNow my heart feel like DecemberWhen somebody say your name'Cause I can't reach out to call youBut I know I will one dayHey

Everybody hurts sometimes, everybody hurts somedayEh ehEverything will be alright, go on raise a glass and sayEh

Here's to the ones that we gotCheers to the wish you were but you're not'Cause the drinks bring back all the memoriesOf everything we've been throughToast to the ones here todayToast to the ones that we lost on the way'Cause the drinks bring back all the memoriesAnd the memories bring backMemories bring back you

Doo do do doo

Memories bring backMemories bring back you

There's a time that I remember when I never felt so lostWhen I felt that all the hatred was too powerful to stopNow my heart feel like an emberAnd its lighting up the darkI'll carry these torches for yaThat you know I'll never dropYeah

Everybody hurts sometimes, everybody hurts somedayEh ehEverything will be alright, go on raise a glass and sayEh

Here's to the ones that we gotCheers to the wish you were but you're not'Cause the drinks bring back all the memoriesOf everything we've been throughToast to the ones here todayToast to the ones that we lost on the way'Cause the drinks bring back all the memoriesAnd the memories bring backMemories bring back youDoo do do doo

Memories bring backMemories bring back youDoo do do doo

Memories bring backMemories bring back youYeah yeah yeah

Memories bring backMemories bring back you



Review Susu Nilofa | Susu Berperisa Pisang

Januari 20, 2020 8 Comments
Review Susu Nilofa | Susu Berperisa Pisang
Haii, assalamualaikum dan selamat petang korang. Sihat ke? Alhamdulillah, berpeluang juga ciktie update blog kesayangan ciktie hari ni. Daripada hujung tahun sehinggalah pertengahan bulan asyik menyepikan diri je. Dan sekarang baru nak memunculkan diri kembali ! In shaa Allah, kesihatan pun dah beransur pulih. Cuma batuk je yang masih lagi liat untuk meninggalkan diriku ni. Tapi takpa.. lama-lama nanti ia akan ok dengan sendirinya. In Shaa Allah, aamin. Banyak hutang review yang perlu ciktie lunaskan sekarang ni. Minta maaf ye kerana terpaksa menunggu lama, nanti ciktie usahakan untuk lunaskan satu persatu. Jangan serik untuk berkerjasama dengan ciktie udah lah ye.

Review Susu Nilofa | Susu Berperisa Pisang

Akhirnya berjaya juga ciktie dapatkan stok susu Nilofa ni. Daripada mula-mula ia viral dikeluarkan sampailah minggu lepas. Alhamdulillah, akhirnya hahaha orang lain dah lama dah dapatkannya. Kita baru dapat hikhik. Tak kisahlah janji dapat juga walaupun lambat dari orang lain. Dari tak dapat langsung lebih baik dapat walaupun lambat. Tak gituu 

Susu Berperisa Pisang

Sebenarnya dah cuba dah sebelum ini dapatkan stok susu ni. Tapi asyik sold out je. Nak order dari member dekat Klang macam tak berbaloi je setakat nak order 1 atau 2 pack camtu. Itu yang tunggu juga member dekat sini dapatkan stoknya tu. Kebetulan minggu lepas baru ada stok. Apa lagi rembat terus ajelah sebelum terlambat.

Susu Neelofa

Susu Berperisa Pisang

1 pack ni rm5 je untuk 200ml. Rasanya sedap juga! Memang terasa susu dan pisangnya tu. Tapi memang betullah lagi sedap kalau ianya sejuk. Letak ais pastu taruk ia dalam tu yummy .. yummy 😄😄 minum pula masa tengahari perghhh memang sedap la. Kalau minum terus macam ni, macam tak bestlah. Terasa macam manis sangatlah pula ianya ni.  

Ini pendapat ciktie la. Pendapat korang yang dah rasa susu Nilofa ni pula macamana ye?? Pendapat kita kan berbeza tak semestinya sama kan





My Ping in TotalPing.com