Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat cina yang menyambutnya hari ini. Selamat kembali dan juga Selamat Datang kepada sesiapa sahaja yang baru sahaja tiba ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Semoga kegembiraan, kebahagiaan dan kepuasan serta kerahmatan akan sentiasa mengiringi kita semua walau dimana dan apa jua yang kita lakukan.
Dari kelmarin lagi kalau tak silap, mana-mana laluan dah mula jammed! Banyakkan bersabar dan jangan beremosi sangat semasa memandu tu ye. Cool ok ✌️✌️ kalau tak hmmm takde kesudahannya nak emo pun. Jalannya tetap juga jammed. Buat kita penat je. Takmau penat-penat..karang stress pula.
3F Kelantan (Family, Food, Festival 2020)
Sekarang ni tengah berlangsung 3F Kelantan tau. Bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV. Sebenarnya program ini baru je bermula iaitu dari 23 Januari sehinggalah 29 Januari ni. Semalam baru je dirasmikan ni tau. Sempat lagi la kalau korang nak pergi pun. Memang tak rugi pun kalau pergi ni
Haa 3F tu apa?? sebenarnya ia merangkumi Family, Food dan juga Festival anjuran bersama Tourism Malaysia Kelantan dan beberapa agensi lain sempena tahun melawat Kelantan tahun ini. Selain makanan, antara persembahan kebudayaan yang dipersembahan sepanjang program ini berlangsung termasuklah Mok Yong, wayang kulit, mencetak batik, persembahan rebana ubi, silat, dikir barat, kertok dan gasing terbang. Ahaa betul dah...
Untuk kanak-kanak pula disediakan acara pertandingan mewarna dan juga pertandingan bayblade. Sebenarnya ciktie sendiri pun tak pernah tengok lagi budak-budak main bayblade ni tapii pernahlah tengok macamana rupa bayblade tu 🤭🤭
Menarik nya. Tapi sayang takda pi Kelantan pulak kalini. Cuti dok umah ja, huhu
BalasPadammesti banyak choices makanan pantai timurrr..
BalasPadamdapnya !!
wow mesti best ni
BalasPadam