Banjir di Kelantan

Disember 02, 2019
Hujan berek-berek lagi la jawabnya hari ini. Eehh ni bukan berek-berek lagilah. Berek-berek itu semalam. Hari ni betul-betul hujan ni. Sekejap je ia berhenti pastu turun lagi. Si hitam kesayangan pun dah beralih tempat parking dah. Laluan dekat belakang tempat biasanya dah dipenuhi air dah.

Banjir di Kelantan

Kalau semalam terdengar juga berdegum atap zink terangkat ditiup angin kuat. Spontan jugalah mata akan terarah kepada budak-budak kecil dalam rumah. Kot-kot ada yang terkejut dengan bunyi detuman yang kuat itu  walaupun sesekali cuaca cerah dan mendung silih berganti. Tapi hari ini.. bunyi hujan sama naik dengan bunyi tv dah. Hujan pun non stop! Kalau berterusan macam ni alamakknya tak mustahillah banyak tempat lagi akan dinaiki air. Tapi kalau ikutkan info tengahari tadi🤔🤔In Sha Allah, esok hingga 10hb ni cuaca kembali ok. Harap-harap betullah infonya tu walaupun ada juga info yang memaklumkan cuaca esok pun akan sama seperti hari ini 😨😨

Tanah runtuh di Chuchuh Puteri A, Kuala Krai

Tapiii ada satu lagi info yang tak berapa nak best di dengar petang tadi. Tanah runtuh di Chuchuh Puteri A, Kuala Krai. Sebenarnya bukan tanah runtuh juga kot tapi ia sebenarnya fenomena kepala air yang disebabkan hujan lebat. Laju air naik mendadak hingga ke dalam rumah. Kereta pun ada 2/3 buah yang telah dihanyutkan arus deras.





Risaunya air bah besar-besar camni. Apapun semoga kita semua sabar dan tabah hadapinya. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati selalu. Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa. Saling bantu membantu dan yang paling penting anak-anak kecil tu. Pastikan mereka berada dekat dengan kita. Jangan biarkan mereka bermain ataupun berada dekat dengan air. Seriau sangat masa-masa camni ni..




Inipun dengar khabarnya, air sungai di Tambatan Diraja pun sudah melepasi paras bahaya. Jajahan Machang pun diisytiharkan sebagai jajahan ke-3 dilanda banjir selepas Tanah Merah dan Kuala Krai rasanya yang pertama tu.



















Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. hati-hati...jaga anak-anak elok-elok...musim sekarang ni bahaya...

    BalasPadam
  2. moga tiada apa2 yg buruk berlaku..aamiin

    BalasPadam
  3. kesiannya tenguk keadaan rumah yang kena banjir.

    BalasPadam
  4. takotnye tgk air.. huhuu
    semoga dipermudahkan segala urusan.. arini cuaca nmpk ok kat sni..
    kat sana xtau la mcm mane.. arap ok jgk..

    BalasPadam
  5. teruk jugak banjir kat kelantan eh. moga semuanya selamat

    BalasPadam
  6. Ermmmm.. Berek berek tu maksudnya apa ya? Hahaha dop pahe.

    Teruk juga ye banjir. Moga semuanya selamat dan berjalan lancar dalam membersihkan semua semula.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com