Oo.. rasanya tiada siapa yang suka menonton iklan rasanya ni tapi kalau kanak-kanak ribena tak mustahil kot. Iklan yang penuh warna-warni, gelak ketawa, riang-ria tu. Dengan sendiri mereka pun turut melakukannya sekali hahaha. Tapiii bagaimana pula kalau kita dibayar atau diberi ganjaran apabila kita menonton dan bertindak balas dengan berkongsi apa yang kita tontonkan itu di media sosial kita?? Kenapa tidak, kan!
Orang memberi kita merasa tak gitu 😊😊
RodeoGo | Tonton Iklan Dapat Duit
Oklah takmau pusing-pusing ciktie nak kenalkan korang dengan RodeoGo! Kalau nak tahu RodeoGO inilah yang ciktie bagitau tu. Kini ia menyediakan sumber pendapatan baru dengan mengewangkan media sosial. Perkhidmatan ini adalah yang pertama di dunia tau dan setiap kempennya adalah unik dan berbeza-beza. Ini menjadikannya lebih menarik lagi.
Oh ya, RodeoGO ini juga boleh didapati di IOS dan Android.
Apa Sebenarnya RodeoGo??
Merupakan aplikasi crowdsourcing gamification pertama yang menghubungkan pengguna media sosial dengan jenama (brand). Ia mencipta aplikasi gaya hidup yang membolehkan semua orang berpeluang untuk menjadi mikro-penyumbang dan turut bersama-sama mendapat keuntungan berdasarkan usaha masing-masing.
Dengan 28.7 juta pengguna Internet di Malaysia, jenama (brand) boleh memanfaatkan jangkauannya melalui RodeoGO kerana aplikasi itu merupakan alat pemasaran berasaskan prestasi yang lengkap. Banyak aplikasi media sosial yang tersedia yang berupaya memberikan pemilik brand menjangkaui pengguna media sosial ke arah lebih jauh. Media sosial telah menjadi alat penting yang menghubungkan orang, komuniti dan bahkan dalam pemasaran dan juga pengiklanan perniagaan.
Survei Pengguna Internet 2018 dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menunjukkan terdapat 24.6 juta pengguna media sosial yang berdaftar di Malaysia dan 97.3% pengguna adalah pengguna facebook. Ini menjadikannya platform rangkaian sosial yang paling digemari di negara ini dan pengguna media sosial ini secara tidak langsung bertindak sebagai media influencer sosial dan RodeoGO akan menjadi mata bagi setiap jenama dengan menggerakkan strategi O2O.
Aplikasi ini memberikan ganjaran kepada pengguna dalam bentuk tunai dan baucar sebagai pertukaran perkongsian di media sosial mereka melalui kempen yang dipilih dan pelanggan akan dibayar melalui pay per engagement dan yang terbaik. Kaedah ini membolehkan pemilik jenama (brand) mengesan keberkesanan kempen dan memberi ganjaran kepada penggunanya.
Sebagai contoh, kempen pertama "Spot & Earn" di mana pengguna diberi tugasan untuk mencari Rodeo Car atau apa-apa kempen di jalanraya atau mana-mana saluran media, dan apabila menjumpai mereka dikehendaki mengambil gambar kereta tersebut dan kongsikan di halaman media sosial mereka dengan hashtag yang telah ditetapkan. Sebaik sahaja foto itu disahkan, pengguna akan diberi ganjaran dalam bentuk 'syiling'. Pengguna dikehendaki mengumpul sekurang-kurangnya 1,000 syiling dan sebagai balasan, mereka dibenarkan untuk mengeluarkan 70% syiling yang berjumlah RM70. Coin baki tersebut akan diberi ganjaran sebagai baucer boleh tebus.
Mengenai Rodeo
Rodeo adalah Syarikat Adtech yang berkembang maju dalam bidang Transit Media dan digitalisasi. Mereka menyediakan platform pengiklanan menggunakan pelbagai kenderaan seperti Kereta, lori, motosikal dan juga basikal.
Mereka menghubungkan Pengiklan dengan menargetkan pelanggan dengan iklan yang relevan, interaktif, menarik dan kontekstual. Paling penting, mereka menyediakan data dan analisis untuk setiap kempen bagi membolehkan pengiklan memantau prestasi kempen mereka.
Untuk info lanjut layari
Facebook : @RodeoGo
Instagram : Rodeo_my
Untuk info lanjut layari
Facebook : @RodeoGo
Instagram : Rodeo_my