Kempen 11.11 dah bermula dah tapi kita masih lagi sibuk dengan tugasan harian. Masih lagi tak cukup tangan. Tapi takpa minggu depan kita happy. Kita boleh cuti ramai-ramai gitu..
Sanggup masukkan tangan dalam kotak penuh serangga…
Bayangkan anda perlu mengambil sesuatu dari sebuah kotak tanpa mengetahui isinya, membuat teh tarik sambil mencangkung atau menghirup sup tomato yang ditambah dengan sos tabasco. Sanggupkah anda lakukan semua itu demi wang? Apatah lagi, untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik?
Selebriti-selebriti seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Dato' Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, Sarah Hildebrand, Fahrin Ahmad, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Sophia Liana serta bintang-bintang gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan sanggup menyahut cabaran-cabaran ini untuk meraih dana bagi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.
#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge
#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ialah kempen kebajikan pertama Shopee yang berusaha sedaya upaya untuk meraih dana yang akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan. Dana turut akan digunakan untuk penyelidikan serta perkhidmatan sokongan oleh MAKNA.
Saksikan selebriti-selebriti ini menjerit dan menggelabah dalam pertunjukan amal yang akan disiarkan secara langsung di Shopee Live pada jam 9 malam, 11 November yang boleh ditonton melalui telefon pintar anda. Sokong bintang-bintang pujaan anda serta berikan kata-kata galakan untuk menguatkan semangat mereka melalui ruangan komen. Selain itu, pertunjukan ini boleh ditonton melalui Astro Prima SD (Saluran 105) dan Prima HD (Saluran 121).
Anda juga boleh memainkan peranan anda untuk menyokong perjuangan menentang kanser dengan menghulurkan sumbangan. Mudah sekali untuk anda menderma dari serendah RM5 hanya dengan beberapa klik di sini – https://shopee.com.my/shopeemakna.
Kempen 11.11 Big Sale Terbesar Shopee memberikan penjimatan sehingga 90%... Jadi, bolehlah dermakan wang yang anda jimat kepada MAKNA.
#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge akan diadakan sempena 11.11 Big Sale Shopee, bermula sekarang hingga 11 November. Kempen beli-belah ini kembali dengan promosi tanpa tandingan dan menawarkan lebih banyak cara untuk membeli-belah dalam talian tanpa mengeringkan poket anda:
Penghantaran percuma ke seluruh negara dengan perbelanjaan minimum RM11
Pulangan tunai harian sehingga 111%
Beli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1
Tuntut baucar menarik sekarang untuk digunakan pada 11 November dari 12 pagi hingga 2 pagi, 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 8 malam hingga 12 pagi.
Jualan Kilat Harian Shocking Sale sebanyak 9 kali pada 11 November dengan tawaran serendah RM1.
Menangi ganjaran, baucar dan Shopee Coins dengan permainan dalam aplikasi seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Shopee Quiz, Shopee Lucky Egg, Voucher Together-Gether, dan gunakan kemenangan itu untuk mengurangkan kos pembelian seterusnya.
Sambil kita bergembira merebut pelbagai tawaran dan diskaun sepanjang 11.11 Big Sale ini, janganlah kita lupa untuk membantu mereka yang memerlukannya.