Perasmian Rumah Ronald McDonald Ke-2 Di Hospital USM Kubang Kerian | Rumah Penginapan Sementara Dekatkan Keluarga Pesakit Pediatrik dan Ringankan Bebanan Keluarga Pesakit Kanak-kanak Di Kelantan

Ogos 29, 2019 4 Comments
Perasmian Rumah Ronald McDonald Ke-2 Di Hospital USM Kubang Kerian | Rumah Penginapan Sementara Dekatkan Keluarga Pesakit Pediatrik dan Ringankan Bebanan Keluarga Pesakit Kanak-kanak Di Kelantan
Seperti yang telah diketahui umum, Rumah Ronald McDonald yang  ke-2 di Hospital Universiti Sains  Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian telah dibuka dan telah pun menerima kedatangan tetamu pertamanya pada bulan Jun yang lalu. Memandangkan semasa pembukaannya hari itu tidak dapat ikut serta, jemputan sempena perasmiannya ini umpama peluang ke-2 untuk membolehkan ku melihat dan meninjau sendiri rumah penginapan sementara yang menelan belanja hampir RM 4 juta hasil sumbangan pelbagai pihak melalui tabung RMHC Malaysia yang terdapat di semua restoran McDonald's diseluruh negara, syarikat-syarikat korporat, para pekerja dan juga para francais McDonald's itu sendiri.



Perasmian Rumah Ronald McDonald Ke-2 Di Hospital USM Kubang Kerian | Rumah Penginapan Sementara Dekatkan Keluarga Pesakit Pediatrik dan Ringankan Bebanan Keluarga Pesakit Kanak-kanak Di Kelantan

Cukup selesa dan mengujakan !!! Itulah yang ku rasakan apabila melangkah masuk untuk melihat sendiri rumah penginapan sementara, Rumah Ronald McDonald ini. Terletak diperkarangan Hospital USM Kubang Kerian, ianya dilengkapi dengan 18 buah bilik yang boleh menempatkan 18 keluarga dalam satu-satu masa. 72 katil, ada ruang untuk istirehat, tempat makan, bilik dobi, bilik permainan, dapur serta kemudahan bilik sensori yang lengkap dengan peralatan multi deria khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa. Ciktie pula yang teruja dengan bilik sensori ini.


Rumah Ronald McDonald's atau Ronald McDonald House (RMH) ini merupakan rumah ke-2 seumpamanya di Malaysia selepas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur dibawah program utama RMHC di seluruh dunia. Ia bertujuan untuk menyediakan kemudahan penginapan berkelengkapan penuh kepada ahli keluarga pesakit Pediatrik dengan bayaran yang amat berpatutan iaitu sebanyak RM 5 semalaman sepanjang mereka menerima rawatan di Hospital USM atau berdekatan. Ia sekali gus dapat meringankan bebanan kewangan keluarga pesakit berpendapatan rendah yang datang dari kawasan luar bandar dan negeri-negeri lain.

Ini juga selaras dengan misi RMHC itu sendiri untuk memastikan keluarga sentiasa dekat bersama (keeping families close) untuk membantu menyuntikkan semangat mempercepatkan proses penyembuhan pesakit pediatrik.

"Sokongan ahli keluarga sama ada fizikal atau emosi merupakan faktor penting bagi menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit pesakit Pediatrik. Dengan adanya keluarga berada dekat dengan mereka dalam kawasan hospital pesakit kanak-kanak ini akan lebih bersemangat dan gembira. Secara tidak langsung kesan positif boleh dilihat sepanjang proses pemulihan."
Azmi Jaaffar, Presiden RMHC Malaysia



Sementara Dato' Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan pula meluahkan rasa gembira dan berharap kemudahan ianya ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang datang ke Hospital USM atau hospital-hospital lain di Kota Bharu.

" Kerajaan Negeri Kelantan amat gembira melihat inisiatif sebegini yang dilaksanakan oleh RMHC Malaysia. Konsep rumah penginapan sementara seperti ini amat unik kerana ia membolehkan keluarga pesakit yang datang dari jauh untuk berada dekat dengan anak-anak mereka ketika menjalani sesi rawatan yang berpanjangan. Sudah pasti rumah ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang datang ke Hospital USM atau hospital-hospital lain di bandar Kota Bahru ini.

Rumah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Kelantan yang kebanyakannya mendapatkan rawatan di sini, ia juga akan meringankan beban majoriti besar yang mengunjungi Hospital USM kerana mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah yang datang dari kawasan luar bandar dan negeri-negeri lain. "

Seiring dengan pengiktirafan USM sendiri sebagai Universiti Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX), ia telah memacu Hospital USM ke hadapan dengan kedudukannya sebagai hospital rujukan utama dan hub kesihatan komuniti di Pantai Timur melalui APEX fasa kedua (bermula tahun 2014 hingga tahun 2025). 

Kewujudan Rumah Ronald McDonald di Kelantan ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan Hospital USM sebagai sebuah hospital yang cakna kepada keperluan pesakit dan waris mereka, khususnya di Pantai Timur.










Dan antara program lain yang terdapat di Hospital USM yang mendapat bantuan kewangan penuh RMHC termasuklah Gift of Smiles untuk membantu kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir dan lelangit menjalankan pembedahan pembetulan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan ataupun ingin menjadi sukarelawan RMHC Malaysia bolehlah menghubungi Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur ditalian 03-7843 3388



Syarat dan cara memohon mendiami Rumah Ronald McDonald's

  • Terbuka kepada keluarga pesakit pediatrik sahaja. Berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pesakit tinggal atau menetap di luar kawasan kota Bharu.
  • Borang permohonan boleh diperolehi dan dikemukakan semula ke Bahagian Kebajikan HUSM.
  • Setelah permohonan diluluskan oleh pihak HUSM barulah keluarga pesakit layak mendiami Rumah Ronald McDonald dengan bayaran RM5 sehari.


Persiapan terakhir menjelang APC 2019

Ogos 23, 2019 8 Comments
Persiapan terakhir menjelang APC 2019
Haiii, assalamualaikum dan selamat malam korang. Alhamdulillah, berjaya juga ciktie bersiaran malam ni walaupun dalam sehari dua ini sibuk dengan tugasan hakiki di pejabat ditambah pula dengan antibodi yang tak berapa nak kuat gara-gara kelmarin kurang minum air putih kot. Kan tak pepasal dapat penyakit percuma. 


Tercucuk-cucuk je rasa anak tekak ni bila sesekali menelan. Perit usah cakap la. Cik selsema pun macam dah menari-nari je mai mendekat. Mata dan kepala ni pun sama terasa macam berat je. Memang tak selesa sangat bila dalam keadaan macam ni. 

Persiapan terakhir menjelang APC 2019 

Nasiblah majlis APC yang ditunggu-tunggu untuk tahun ini bakal berlangsung lagi beberapa hari. Kalau tak mau juga ni ambil cuti rehat. Dan rasanya ini dah kali ke-2 kot ianya dibuat dalam bulan Ogos. Bulan penuh bermakna buat kita semua rakyat Malaysia sepanjang 5 kali ciktie terlibat dengan majlis ni. Bulan yang menyaksi dan membuktikan negara kita bebas dari penjajah. Semoga kesejahteraan dan keamanan yang kita rasai ini berkekalan selamanya. In Shaa Allah, aamiin.


Esok dah hari terakhir berkerja untuk minggu ini. Ahad raptai dan Isnin tu adalah majlisnya. Persiapan pun kebanyakannya macam dah siap. Kotak-kotak berisi dokumen dan barang yang nak dibawa ke lokasi kejadian pun macam dah get ready cuma tinggal satu dua perkara ajelah lagi kot. Apapun doakan semoga semuanya berjalan lancar nanti ye.





SAHUT SERUAN KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY | Shopee tawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM9

Ogos 16, 2019 5 Comments
SAHUT SERUAN KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY |  Shopee tawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM9
Wow bestnya !! Berbelanja minimun RM9 dapat penghantaran percuma. Siapa taknak kan?? Makin seronoklah nak shopping lepas ni 🥰🥰. Tambah-tambah pula sekarang ni Shopee menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup dengan 9.9 Super Shopping Day.


SAHUT SERUAN KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY | Shopee tawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM9

Kalau nak tahu, dalam tempoh setahun yang lalu, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup di negara kita, Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam usaha mengurangkan kos barangan pengguna. 



Untuk mencapai matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama dengan Shopee, satu platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah mengurangkan sekatan terhadap penglibatan umum dalam ekonomi digital. Tambahan lagi, kos mengendalikan perniagaan di dalam talian jauh lebih rendah. Dengan ini, Shopee menggalakkan para peniaga runcit untuk berkongsi penjimatan kos dengan pembeli, lantas menjadikan beli-belah dalam talian lebih termampu bagi pengguna. Hasilnya, pengguna dapat melihat purata penjimatan sebanyak 20% untuk barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari biasa, dengan potensi penjimatan sehingga 90% semasa kempen membeli-belah utama seperti 9.9 Super Shopping Day

Ianya akan berlangsung dari 19 Ogos hingga 9 September 2019, kempen ini membawakan tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori daripada jenama seperti Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, Mr DIY dan Nestle. Untuk terus mendorong penggunaan e-dagang dan menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9.

Mengalu-alukan inisiatif itu, Song Hock Koon, Pengarah E-Dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, berkata, "Salah satu objektif MDEC adalah untuk menggalakkan penglibatan rakyat Malaysia dalam ekosistem digital kerana inisiatif sedemikian akan membantu mempercepatkan penggunaan e-dagang dalam keadaan yang mampan dan kos efektif. Kami sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dan menyokong pergerakan industri dan mempercayai bahawa inisiatif terbaru ini akan memberi inspirasi kepada usaha keusahawanan digital."

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Misi Shopee sememangnya untuk membawa kesan positif kepada masyarakat tempatan dengan cara yang bermakna dan mampan menerusi inisiatif seperti kempen jualan kami yang akan membolehkan rakyat Malaysia terus membeli-belah dan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu mengeringkan kocek. Pada masa yang sama, saya sukacita untuk mengumumkan kerjasama Shopee dengan duta jenama terbaru kami, Cristiano Ronaldo. Penyertaan beliau dalam Shopee menandakan mercu jaya penting bagi kami. Ini menjadikan kami lebih daripada sekadar sebuah platform membeli-belah kerana kami terus memberi inspirasi kepada pengguna dan mendekatkan mereka dengan bintang-bintang dan selebriti yang terbesar di dunia.” 

Cristiano Ronaldo dilantik duta 9.9 Super Shopping Day

Pada hari pelancaran 9.9 Super Shopping Day di Grand Hyatt Kuala Lumpur, Shopee mengumumkan duta terbarunya, Cristiano Ronaldo. Sebagai salah seorang atlet yang paling hebat, beliau adalah inspirasi kepada ramai dan dedikasinya untuk bola sepak bergema dengan komitmen Shopee terhadap penggunanya. Beliau akan bekerjasama dengan Shopee di tujuh pasarannya dalam pelbagai aktiviti untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada orang ramai di rantau ini.

Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu dan juga keistimewaan eksklusif yang dibawakan oleh para pemain industri terkemuka:
  • Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1. 
  • Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO, Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan. 
  • “One or Not” - 21 motosikal Yamaha, 1 Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh. 
  • Pemegang kad Standard Chartered Mastercard – Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9 September.
  • Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng Rangup) 
  • Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan pertama. 
  • Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.
  • Burger King - Dapatkan set Whopper Jr & Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.
  • The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif dari RM9.  
  • Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19. 
  • Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September. 
  • BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket bernilai RM35,000 untu saksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di Konsert Mini SimplySiti X Shope.


Ketahui lebih lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di: https://shopee.com.my/shopeexronaldo 

Dapatkan maklumat lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day di https://shopee.com.my/m/99 


Senarai Uptown Di Kelantan

Ogos 12, 2019 13 Comments
Senarai Uptown Di Kelantan
Ada orang minta ciktie kongsikan senarai uptown dekat Kelantan. Tapi ciktie bukannya ada info sangat tentang senarainya tu. Uptown pun ciktie pernah pergi sekali je rasanya dekat Wakaf Che Yeh. Itupun dah lama dah.. memang meriahlah suasana malam dekat sana. Seronok tengok macam-macam ada tapi kalau siang hari hehe jangan di tanya ke mana masing-masing menghilang.

Tapi dalam banyak-banyak senarai ini, ada orang bagitau uptown kota Bharu dan wakaf Che yeh yang best. Sejauh mana kebenaran hanya korang yang pernah pergi je boleh bagi jawapannya, ciktie nak share senarai uptown ini je.


Cuma kalau ada senarai uptown yang tercicir, tiada dalam senarai ini jangan lupa bagitau ye. Bukan apa untuk kebaikan kita bersama juga. Tak gituu

Senarai uptown di Kelantan

  1. Uptown RTC Tunjung
  2. Uptown Wakaf Che Yeh
  3. Uptown Tumpat atau Bandar Bentara Tumpat 
  4. Uptown Kota Bharu
  5. Uptown Lembah Sirih Kota Bharu
  6. Uptown Bandar Baru Pasir Puteh/pasir Puteh
  7. Uptown Pasir Tumboh
  8. Uptown Bachok (Jelawat / Bandar Baru)
  9. Uptown gua musang
  10. Uptown jeli
  11. Uptown kota harmoni bandar baru tanah merah
  12. Uptown Machang

Sinopsis Drama Kerana Dia Manusia Biasa

Ogos 11, 2019 8 Comments
Sinopsis Drama Kerana Dia Manusia Biasa
Baru sempat layan cerita ni. Kalau tak asyik skip je drama yang diadaptasi dari novel karya Wan Nur Najihah ni. Selain menggandingkan Shukri Yahaya dan Emma Maembong, ia turut dibintangi oleh Sasqia Dahuri, Arash Mohamad, Atikah Suhaime, Ali Reza, Azwan Kombos, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Kalau tak silap dah 10 episode dah ditayangkan. Maknanya tinggal 5 ajelah lagi. Tak sabar nak tahu siapakah Alia tu sebenarnya. Betul ke dia anak Tengku Shamil dengan Aisyah yang kena culik tu. Nak cari novel macam tak rajin pula nak menapak kedai buku apapun kita tengok drama ini sampai habis ajelah. Tak gitu


Sinopsis drama Kerana Dia Manusia Biasa

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah yang diberikan oleh kakak angkatnya Nora (Sasqia Dahuri) menjaga Alia. Ditatangnya Alia dengan penuh kasih sayang. Tengku Shamil Zaquan (Syukri Yahaya) pula setelah pemergian isteri tersayangnya, Aishah (Husna Mustaffa) membawa mendung di dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.


Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira pula pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanyalah perempuan murahan.


Nurin Aira reda dan menerima segala kata hinaan lelaki itu dengan hati yang terbuka. Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil kembali setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Dan adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir kembali ?? Kita tengok ajelah macamana kesudahannya nanti ye.



Custom.my | Website Printing dan Design Pelbagai Pilihan Produk Souvenirs Termasuk Design dan Cetak Sendiri Baju

Ogos 09, 2019 6 Comments
Custom.my | Website Printing dan Design Pelbagai Pilihan Produk Souvenirs Termasuk Design dan Cetak Sendiri Baju
Wahhh 😍😍 makin mudahlah nak cetak baju atau apa-apa barang dengan design sendiri lepas ni. Sebelum ini bukan main jenuh lagi ke hulu ke hilir cari dan fikir dekat mana yang boleh buat dan cetak design baju mengikut kemahuan kita. Dengan kuantiti dan kehendak kita yang tersendiri, faham-faham ajelah bukan semua tempat mampu penuhi permintaan kita 🤭🤭

Custom.my | Website Printing dan Design Pelbagai Pilihan Produk Souvenirs Termasuk Design dan Cetak Sendiri Baju

Tapi apasal lah baru sekarang ciktie jumpa website printing CUSTOM.COM ni. Kalau tak dah lama dah ciktie share dengan korang tentang perkhidmatan printing atas talian yang disediakan tu. Seronok tau tengok dan ushar pelbagai produk yang disediakan. Macam-macam ada dengan saiz, jenis dan warna yang menarik. Berbaloi dan berpatutan pula tu. Tidak tertumpu pada satu dua produk je. Memang berbeza dengan website custom made yang pernah ciktie jumpa sebelum ini. Yang ini lebih banyak pilihan 🥰🥰


Kalau tak silap ia mempunyai 13 kategori yang merangkumi lebih 200 jenis produk yang boleh kita pilih untuk apa-apa program/ event. Patutlah ia menjadi tumpuan ramai. Ia bukan setakat ada t-shirt, sticker, bag, pouch, dekorasi rumah yang merangkumi alas meja, bantal hiasan, hiasan dinding, pelapik cawan dan banyak lagilah. Aksesori, fesyen untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak pun ada juga. Pendek kata memang cukup lengkap semua jenis produk yang kita perlukan sebagai souvenirs untuk sesuatu majlis ataupun program.


Kalau nak tahu, ia juga membuat printing untuk baju sportshirt seperti futsal, badminton, larian, renang dan banyak lagi. Bukan calang-calang website printing custom.my ini kerana ia sebenarnya telah mendapat kepercayaan dari agensi besar untuk mendapatkan perkhidmatannya. Antara agensi yang pernah mendapatkan khidmatnya adalah :-
  1. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  2. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  3. Universiti Selangor (UNISEL)
  4. iFlix
  5. CIMB Foundation

Lawa-lawa semuanya design dan pattern bajunya pun. Jenis baju casual pun diorang boleh buat juga tau. Tak percaya korang boleh usha sendiri laman sesawang custom.my dekat bawah ni.

Website : custom.my 
Facebook |  Instagram |  Twitter | 

Andai kata kita buntu tak tahu nak design macamana, pihak custom.my sedia membantu merealisasikan gambaran yang kita nak cuma macam biasa ada caj tambahan sikitlah. Tapi kalau nak guna readymade design yang diorang miliki ataupun nak guna gambar dari encik google pun boleh je. Nak guna design sendiri pun boleh. Save siap-siap design tu dalam format jpeg ataupun png untuk dapatkan hasil yang cantik dan tak pecah.



Yang lagi ciktie suka sebenarnya kita boleh order berapa pun kuantiti yang kita mahu. Tiada had minimum order. Nak order satu pun boleh..lebih daripada itu pun boleh. Tak perlu risau nak kena cari orang yang nak share atau bimbang jika tempahan tidak dilayan.  Jenis kain ataupun fabrik pun kita boleh pilih nak material yang macamana. Semuanya diorang guna kain jenis yang berkualiti tinggi seperti Microfiber, hivetex ataupun axtatex untuk t-shirt.


Servis pun cepat. Nak-nak kalau kita nak urgent nak guna cepat. Inform segera supaya diorang boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik buat kita.

Lagipun sekarang memang menjadi trend dimana-mana, tak mengira apa-apa majlis ataupun program kebanyakan kita memakai pakaian sedondon. Macam tudung ataupun baju. Semua sama! Lebih kurang macam boria camtu. Lebih senang dikenali, nak minta tolong pun mudah. Perjalanan sesuatu program pun lebih berjalan lancar. Lagipun lawa je tengok bila snap gambar ramai-ramai buat kenangan masing-masing mengenakan baju sama. Sedondon macam tu terutamanya bila masing-masing terlibat dengan majlis apc, kenduri kendara, family day, hari sukan, sambutan ulang tahun semua tu. Seragam dan sporting je nampak masing-masing pun kan.

Buntu taktau nak beli apa sebagai hadiah ulangtahun. Haa macam-macam pilihan produk ada kat custom.my ni. Create je design sendiri mengikut kreativiti korang untuk orang tersayang. Barulah nampak lebih kelainannya dekat situ.


Beroperasi pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang. Sebarang pertanyaan atau info lanjut korang boleh berhubung terus melalui WhatsApp 013-484 5800 ataupun emailkan kepada mailto:info@custom.my. Nak lagi mudah korang boleh terus ke alamat yang tertera ini untuk melihat sendiri hasilnya..

Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P)
 No 46A, Hala Taman Meru II
  Meru 2B 30020 Ipoh,  Perak
 Lat Long : 4.661083, 101.067278





Resepi Keropok Nasi

Ogos 02, 2019 11 Comments
Resepi Keropok Nasi
Wah! memang kreatif betullah akak ni. Tak pernah terfikir nasi pun kita boleh pelbagaikan lagi menunya. Biasa kalau nasi tak habis, memang tak buang. Selalunya kita panaskan semula ataupun buat nasi goreng je. Tapiii akak ni lain pula ceritanya. Dia boleh buat keropok keping. Memang kreatif betullah.

Sekali imbas gambar yang dikongsikan oleh Widyana memang nampak macam keropok ikan (keping) betullah. Nanti nak cuba buatlah cuma untuk sementara Ciktie nak tampal ketat-ketat resepi keropok nasi dari Widyana ni dekat sini. Kebetulan ada nasi lebih ke nanti boleh terus buat. Bahannya pun takdela banyak sangat. Hmm korang pun boleh cuba tau.. 

Resepi Keropok Nasi


Bahan-bahannya
  • lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
  • Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
  • Garam pink (garam Himalaya/ garam bukit) secukup rasa
  • Serbuk bawang putih

Cara membuatnya
  • Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam. 
  • Blend nasi tadi hingga hancur, masukkan garam dan serbuk bawang putih. 
  • Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal. 
  • Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor. 
  • Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak. 
  • Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
  • Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong. 
  • Lepas  dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis. 
  • Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering. 
  • Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.

Nota :
Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.

Widyana Ali
•Healthy cooking • Parenting • Life transformation • Household management
Sumber : Widyana Ali


My Ping in TotalPing.com