Alhamdulillah !! Syukur merasa juga adik-adik kita dari 12 buah anak yatim meningkatkan keenakan yogurt sejuk beku berasal dari Sepanyol Sepanyol ni. Kalau ikutkan perancangan awal, kempen ini hanya untuk 3buah je tapi disebabkan sambutannya yang mengalakkan.. terus buat untuk 12 buah terus. Alhamdulillah, moga kempen ini dapat dilaksanakab lagi pada masa yang akan. Aamiin
Menerusi kempen Secawan Kasih, Sedekah Budi yang berlangsung pada bulan Ramadan, dimana para pelanggan telah bermurah hati menyumbang satu cawan kecil llaollao pada harga minima RM3.50 kepada anak-anak yatim. Harga pasaran cawan kecil llaollao adalah RM11.85.
Tan Kai Young, Ketua Pegawai Eksekutif Woodpeckers Group Sdn Bhd, berkata kejayaan inisiatif ini
adalah hasil dari sokongan padu peminat-peminat llaollao, yang bermurah hati menyumbang hampir 1,000 cawan yogurt sejuk beku sepanjang tempoh kempen itu berlangsung iaitu dari April 26 hingga 3 Jun.
“Sasaran awal kami adalah untuk menghidangkan llaollao kepada tiga rumah anak-anak yatim. Tetapi sokongan yang diterima begitu menggalakkan dan kita telah dapat sumbangan yang cukup untuk melawat 12 rumah anak-anak yatim. “Terima kasih, Malaysia! Melihat senyuman gembira di muka anak-anak kecil ini, saya tahu mereka amat menghargai sumbangan anda,” kata Tan.
Dalam kempen Secawan Kasih, Sedekah Budi, para peminat llaollao telah menyumbang 978 cawan,
dan Tan telah menambah 222 cawan lagi, menjadikah jumlah yang dikumpul 1,200 cawan.
“Ini adalah inisiatif CSR pertama kami pada skala besar sejak kami mula beroperasi di Malaysia pada
akhir 2015, dan kami teruja dengan sokongan yang diterima. Ini menunjukan rakyat-rakyat Malaysia
adalah pemurah dan amat mulia sekali. Dengan galakan ini, kami tentunya akan melancarkan banyak
lagi program CSR,” kata Tan.
Pada 19 Jun, krew llaollao telah melakukan lawatan pertamanya sempena kempen ini ke Rumah Perlindungan Al Nasuha di Batu Caves. Sementara ahli krew Ilaollao mendirikan booth, kelihatan kanak-kanak sudah tidak sabar untuk menikmati keenakan yogurt sejuk beku yang berasal dari Sepanyol. Mereka kemudiannya berbaris untuk mendapatkan yogurt sejuk beku yang lengkap dengan pelbagai topping dan sos.
Yogurt sejuk beku memang sesuai untuk kanak-kanak dan
dewasa, kerana ianya penuh dengan khasiat seperti probiotic dan kalsium tetapi rendah kalori. Krew llaollao seterusnya membuat lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary,
Kuala Lumpur, pada 6 Julai diikuti Rumah Amal Al Firdaus, Shah Alam, pada 7 Julai.
Untuk maklumat terkini mengenai kempen “Secawan Kasih, Sedekah Budi”, boleh layari Facebook llaollao Malaysia di https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/.
Keriangan Anak-anak Yatim Menikmati Kasih llaollao Yogurt sejuk beku
Kanak-kanak dari 12 rumah anak yatim di Lembah Klang, Ipoh dan Alor Setar bakal menikmati keenakan yogurt sejuk beku llaollao, hasil sumbangan peminat llaollao.Menerusi kempen Secawan Kasih, Sedekah Budi yang berlangsung pada bulan Ramadan, dimana para pelanggan telah bermurah hati menyumbang satu cawan kecil llaollao pada harga minima RM3.50 kepada anak-anak yatim. Harga pasaran cawan kecil llaollao adalah RM11.85.
“Sasaran awal kami adalah untuk menghidangkan llaollao kepada tiga rumah anak-anak yatim. Tetapi sokongan yang diterima begitu menggalakkan dan kita telah dapat sumbangan yang cukup untuk melawat 12 rumah anak-anak yatim. “Terima kasih, Malaysia! Melihat senyuman gembira di muka anak-anak kecil ini, saya tahu mereka amat menghargai sumbangan anda,” kata Tan.
Pada 19 Jun, krew llaollao telah melakukan lawatan pertamanya sempena kempen ini ke Rumah Perlindungan Al Nasuha di Batu Caves. Sementara ahli krew Ilaollao mendirikan booth, kelihatan kanak-kanak sudah tidak sabar untuk menikmati keenakan yogurt sejuk beku yang berasal dari Sepanyol. Mereka kemudiannya berbaris untuk mendapatkan yogurt sejuk beku yang lengkap dengan pelbagai topping dan sos.
Untuk maklumat terkini mengenai kempen “Secawan Kasih, Sedekah Budi”, boleh layari Facebook llaollao Malaysia di https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/.
bagus kempen ni
BalasPadamAlhamdulillah syukur kongsi rezeki :)
BalasPadamkempen yang bermakna lagi2 utk anak2 yatim. tambahan yogurt ni besttt
BalasPadamalhamdulillah..gembirakan anak yatim ni banyak pahalanya..
BalasPadamtak pernah lagi yogurt ni. program yang bagus. terbaik!
BalasPadamAlahai nampak lazat la yogurt mcm2 topping ado
BalasPadam