Haii, assalamualaikum dan selamat tengahari korang. Selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat bersama keluarga tersayang. Hari ini tak keluar kemana-mana ke?? Mood raya masih lagi menebal dalam diri setiap orang meskipun syawal telahpun meninggalkan kita tapi amalan kunjung mengunjung dan saling bermaafan itu kenalah kekalkan ye. Bercerita tentang amalan kunjung mengunjung ni ciktie teruja dan suka sangat tengok penampilan setiap orang. Kelihatan anggun berseri-seri je masing-masing. Si jejakanya pula kacak bergaya, dengan gaya rambutnya pacak dekat depan. Berpakaian kasual camtu nampak smart sangat. Suka sangat tengok gaya rambut diorang tu. Macam-macam stail! Kemas, hold dan shine je sepanjang hari.
BIOCHO Herbal Pomade | Pomade semulajadi yang baik untuk kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut
Cerita pasal rambut ni, ciktie nak kenalkan korang dengan satu produk keluaran Renoskin International Sdn Bhd yang menggunakan 100% bahan semulajadi iaitu BIOCHO Herbal Pomade! Pomade dengan lelaki memang tidak boleh dipisahkan. Ia antara barang keperluan wajib bagi setiap lelaki untuk tampil lebih bergaya dan penuh stail. Tak kira besar ataupun kecil budak-budak sekolah pun dah pandai guna Pomade tau.
Secara umumnya, pomade kita lebih kenali sebagai minyak rambut! Ia sebenarnya adalah produk penjagaan dan pengayaan rambut (hair styling product) yang diformulakan dari lilin lebah (Beeswax), minyak / bahan air berbeza dengan gel dan wax yang berada dalam pasaran. Menjadi pilihan ramai kerana ia mampu bertahan lebih lama untuk mengekalkan kekemasan dan menyihatkan rambut. Selamat dan diperbuat dari bahan semulajadi.
Dulu Pomade diperbuat daripada lemak beruang! Tapi sekarang ia sudah menggunakan Lanolin, Beeswax ataupun Petroleum Jelly.
Walaupun Pomade menjadi pilihan ramai tetapi bukan kesemua pomade yang berada dalam pasaran elok dan sesuai dipakai untuk satu jangka masa panjang. Ini adalah kerana kandungan yang dimiliki oleh pomade itu sendiri. Ada sesetengah pomade terutamanya jenis gel/ orthodox dan unorthodoc akan menyebabkan kekeringan rambut yang melampau, dermatitis kulit, menyebabkan keguguran rambut. Ada juga Pomade yang diformulasikan dari bahan natural seperti beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi/ minyak mineral, tidak mempunyai bahan kimia dan baik untuk kulit tapi susah pula nak cuci!! Perlukan conditioner malahan ia turut menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang akar rambut tersumbat.
Terdapat 4 jenis pomade dalam pasaran iaitu
1) Pomade Jenis Gel
Pomade jenis ini biasanya diperbuat daripada bahan kimia seperti lilin sintetik, hair fixates, polymers, alkohol, carbomers dan sebagainya. Merupakan gel yang keras. Walaupun ia mudah dibasuh dan dapat memberikan gaya yang diingini tetapi ia tetap mempunyai kelemahannya yang tersendiri antaranya adalah:-
- Penggunaan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kekeringan rambut yang melampau dan rambut pecah Ia juga boleh menyebabkan dermatitis kulit kepala dalam beberapa sebab dan boleh mengakibatkan keguguran rambut.
- Tidak sesuai untuk kulit kepala sensitif dan boleh menyebabkan psoriasis, dermatitis, kelemumur, gatal-gatal dan lain-lain.
2) Pomade Ortodoks Berasaskan Air
Pomade jenis ini pula merupakan kombinasi gel dan minyak tradisional yang mudah dicuci dan digayakan. Ia juga mempunyai kelemahan. Antaranya :-
- Boleh menyebabkan rambut gugur dan kulit kepada menjadi kering
- Boleh menyingkirkan minyak semulajadi rambut
- Menyebabkan kegatalan dan kelemumur
3) Pomade Berasaskan Unorthodox Berasaskan Air
Pomade jenis ini pula adalah pomade campuran lilin dan minyak yang dicampurkan dengan air menggunakan emulsi sintetik. Ia memberi keupayaan gaya yang diingini dan mudah untuk dicuci. Walaupun ia mampu melembap dan melindungi rambut tetapi ia masih mengandungi bahan kima berbahaya yang boleh menyebabkan :-
- Kerosakan rambut yang teruk
- Memberi kesan buruk kepada kulit kepala
- Jangka hayat simpanan lebih pendek
4) Pomade Berasaskan Minyak
Biasaannya dihasilkan daripada beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral. Tidak seperti pomade yang lain, ia tidak mengandungi bahan kimia dan bagus untuk rambut tetapi ia masih lagi mempunyai kelemahannya iaitu sangat sukar dicuci dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang akar rambut tersumbat.
Jadi, sebagai penyelesaian kepada beberapa kelemahan yang terdapat pada sesetengah pomade yang berada dalam pasaran sekarang ini, Renoskin International Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar produk berasaskan semulajadi telah menghasilkan BioCho Herbal Pomade!! Satu-satunya Pomade yang lain dari yang lain. Dirumus untuk kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut. Buatan tempatan iaitu dari negara kita sendiri -Malaysia dan pengasasnya sendiri memang mempunyai kepakaran dalam bidang kimia dari UMP!!
BIOCHO Herbal Pomade | Pomade semulajadi yang baik untuk kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut
Merupakan pomade semulajadi (Pomade Natural) yang dirumus khas menggunakan lilin lebah 'Beeswax' dan juga campuran herba berasaskan minyak herba terpilih seperti Argan Oil, Minyak zaitun Extra virgin, Minyak kelapa dara dan Minyak Essential Rosemary yang baik untuk menjaga kesihatan kulit kepala dan penjagaan rambut. Dalam bahasa mudahnya ia bukan sahaja digunakan untuk kekemasan rambut tetapi juga menyihatkan kulit kepala dan rambut dalam masa yang sama ia sangat mudah dibersihkan. Hanya dengan SATU CUCIAN je tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh meninggalkan kesan negatif pada pemakainya. Bebas dari bahan kimia, bahan pengawet dan diformulasikan untuk melindungi dan menyuburkan rambut.
Kandungan BioCho Herbal Pomade
Minyak Argan
Dikenali juga sebagai 'liquid gold'! Kaya dengan nutrien seperti asid lemak dan vitamin E, mampu menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar. Selain mudah diurus dan digayakan. Asid lemak yang terkandung didalamnya juga membantu mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan. Ia juga berfungsi sebagai perapi rambut untuk mengatasi masalah rambut menggerbang dan bercabang.
Rosemary Oil
Kaya dengan antioksidan, hasil daripada unsur kimia seperti Carnosol, Carnosa Acid, Asid Ursolic, Rosmarinic Acid dan Caffeic Acid. Bertindak menggalakkan pertumbuhan rambut dan ejen semulajadi anti keguguran rambut.
Minyak Zaitun Tulen (Virgin Olive Oil)
Mengurangkan masalah rambut bercabang, kasar, kering, kerinting serta menguatkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut. Ia juga melindungi rambut dari sinar UV, mengawal keguguran rambut serta berfungsi sebagai perapi semulajadi rambut.
Minyak kelapa dara
Seperti yang kita ketahui, minyak kelapa dara mempunyai banyak manfaatnya. Antara manfaatnya pada rambut, adalah ia menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bersinar. Melindungi rambut dari kehilangan protein serta bertindak sebagai anti-kelemumur semulajadi menjaga kesihatan kulit kepala, melawan jangkitan kulat serta menyokong pertumbuhan rambut.
Kenapa BioCho Herbal Pomede menjadi pilihan?
- Dihasilkan dari bahan semulajadi dan ianya bebas dari sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, pewangi sintetik dll.
- Senang dicuci hanya ONE-WASH cucian pomade tanggal sepenuhnya. Tidak seperti kebanyakan pomade yang mengambil masa berkali-kali untuk menanggalkannya.
- Teksturnya tidak melekit, mudah digunakan dan gaya stail rambut boleh dipelbagaikan tanpa perlu membasuh rambut terlebih dahulu.
- Mudah digunakan dan kekemasan rambut tahan lebih lama walaupun seharian berada di luar rumah.
- Jimat dan harganya mampu milik. Boleh bertahan sehingga 3 atau 4 bulan.
- Dan yang paling penting, ia sesuai untuk semua orang terutamanya pada mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, kelumumur ataupun kegatalan kulit kepala.
CARA PENGGUNAAN (Sesuai untuk digunakan dalam rambut lembap)
- Ambil sedikit pomade (ikut keperluan)
- Gosok di antara telapak tangan; dan
- sapu perlahan di rambut.
HARGA: RM 45 (SS - RM 49)
Sebenarnya penggunaan BioCho Pomade ini tidak terhad kepada kaum lelaki je, kaum Hawa seperti ciktie pun boleh guna. Jangan kerana namanya p.o.m.a.d.e terus hint untuk lelaki, perempuan tak boleh guna.
Untuk pembelian atau pendaftaran menjadi agen/ pengedar korang boleh Whatssap terus ke 60164907155 atau boleh juga terus beli online di RenoSkin_Malaysia
WEBSITE : BioCho
FACEBOOK : BioCho HQ
TELEFON : 016-490 7155
Rambut boleh lebat dengan pomade ni, inshaAllah terbaik 😀👍🏻
BalasPadammacam menarik jer ni
BalasPadamNasib la asben akak tak minat pakai minyak rambut ni..klu x, dh suggest pomade herbal ni...
BalasPadamNasib la asben akak tak minat pakai minyak rambut ni..klu x, dh suggest pomade herbal ni...
BalasPadamPilihlah brg natural.. xde kesan sampingan
BalasPadambagus jugak produk penjagaan rambut ni
BalasPadam