Owahhh kreatif betullah !! Senang dan mudah je. Tak pernah terfikir pun sebelum ni. Lepas ni tiada masalah lagilah kalau nak tinggalkan cik pokok kesayangan kalau nak kemana-mana. Nak balik kampung..nak travel dua tiga hari kiranya sempatlah kita balik semula ke rumah sebelum cik pokok tu layu kekeringan.
Terima kasih Puan Lina Sahedin sebab kongsikan tips ni. Sebenarnya kalau kita taknak guna plastik, nak guna botol air mineral pun boleh. Caranya sama je bezanya plastik dan botol je! Memang tips yang cukup berguna sangat buat kita-kita terutamanya yang hobinya menanam pokok ni.
Caranya :-
Terima kasih Puan Lina Sahedin sebab kongsikan tips ni. Sebenarnya kalau kita taknak guna plastik, nak guna botol air mineral pun boleh. Caranya sama je bezanya plastik dan botol je! Memang tips yang cukup berguna sangat buat kita-kita terutamanya yang hobinya menanam pokok ni.
Tips Supaya Tanaman Yang Ditinggalkan Tak Layu Semasa Balik Ke Kampung
Beginilah cara saya buat kalau nak tinggal rumah dalam beberapa hari. Saya buat begini, mudah modal kurang sebab saya ada banyak jugak pasu depan, belakang dan tepi rumah.Caranya :-
- Isi air dalam plastik dan ikat tapi jangan ikat terlalu padat sebab air keluar akan cepat. Biar longgar saja plastik.
- Letakkan ke dalam pasu dan cucuk plastik berisi air dengan hujung jarum peniti agar air dapat keluar secara perlahan.
- Untuk stabilkan kedudukan plastik dalam pasukan, kita boleh gunakan garfu sebagai sokongan.
- Insya-Allah cara ni boleh bertahan beberapa hari.
tips yang bagus ni... banyak nak kena buat kat rumah cik ash banyak aduhaiiii
BalasPadamTips yg berguna ni. Hehe.
BalasPadamgood info boleh try sebab rumah saya mak suka gilaa tanam pokok!
BalasPadamhttps://sayesyadiya.blogspot.com
selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir dan batin.
BalasPadamthanks for your tips...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Cik Tie..
BalasPadamWah menarik tips ni. Selalu bila LZ balik bercuti pasti tanaman kering sebab kurang air.
Lepas ni boleh cuba..