Baru berpeluang tengok drama ni. Itupun dah separuh dah tapi takpe. Tak sempat tengok sekarang kita tunggu hujung minggu pastu layanlah sampai lebam kan. Btw drama 28 episode yang menggantikan Curi-curi Cinta ini mula ditayangkan pada 17 Jun. Kiranya malam ni episode ke-3 la.
Diadaptasikan dari novel karya Anna Milia - Setelah Terlafaznya Akad! Arahan Michael Ang mengandingkan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sebagai peneraju utama. Rashdan Baba juga turut berlakon dalam drama ni tau.. dan antara para pelakon yang membintangi drama ini adalah :-
Oleh kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal telah banyak berkorban dan terluka. Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidupnya. Pada masa ini, dia bukan sahaja telah menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. Sebagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduknya, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara dia berusaha memujuk Nawal apatah lagi bila mengetahui Nawal mengandungkan zuriatnya. Nawal ditatang bagai minyak yang penuh.
Diadaptasikan dari novel karya Anna Milia - Setelah Terlafaznya Akad! Arahan Michael Ang mengandingkan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sebagai peneraju utama. Rashdan Baba juga turut berlakon dalam drama ni tau.. dan antara para pelakon yang membintangi drama ini adalah :-
- Zulhemy sebagai Hairuddin
- Nadya Syahera sebagai Milah
- Sharifah Shahora sebagai Nafisah
- Alif Muhaimin sebagai Roslan
- Azza Suaymi sebagai Diyan
- Norlia Ghani sebagai Tokma
- Ikhram Juhari sebagai Rafiz
Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad
Mengisahkan tentang Hanan (Kamal Adli) yang berusaha untuk mendapatkan semula Nawal, bekas isterinya (Uqasha Senrose) apabila dia melafazkan talak. Dia sebenarnya telah dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah (Hamidah Wahab) setelah bercerai dengan Hani (Zeera Azizi) sementara Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani.Oleh kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal telah banyak berkorban dan terluka. Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidupnya. Pada masa ini, dia bukan sahaja telah menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. Sebagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduknya, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara dia berusaha memujuk Nawal apatah lagi bila mengetahui Nawal mengandungkan zuriatnya. Nawal ditatang bagai minyak yang penuh.
macam best je drama ni. Bosan nanti boleh la cari
BalasPadamlayan juga cerita ni best !
BalasPadamBerat cite ni
BalasPadamboleh la santai2 tengok astro malam2. best la juga walau baru tengok 2 episod
BalasPadamakak baru terjebak nengok citer ni...1st week ni, episod2 dia cam kelakar..masuk 2nd week ni, mcm dh start konflik...
BalasPadam