Terima Hadiah Buku Antologi Cerpen Dari Cik Roxa !

Jun 26, 2019 12 Comments
Terima Hadiah Buku Antologi Cerpen Dari Cik Roxa !
Haii assalamualaikum dan selamat tengahari korang! Alhamdulillah, jumpa  lagi kita hari ini. Macam awal sangat pula ciktie bersiaran kali ini..selalu set auto publish je kebanyakan entrinya. Kali ini berbeza pula bukan apa sebenarnya sambil-sambil menunggu giliran nak masuk bilik doktor kita up dulu entry ni. 

Terima Hadiah Buku Antologi Cerpen Dari Cik Roxa !

Lagipun dah lama dah terima hadiah dari Cik Roxa ni. Kalau tak silap dapat awal bulan puasa hari tu. Terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway yang dianjurkan hari tu --> 2019 Comeback Giveaway By Cik Roxa. Alhamdulillah, terima kasih Cik Roxa! Dapat 2 buah buku antologi cerpen iaitu 8 Srikandi dan A Gift For D'Cleft karyanya bersama beberapa penulis lain.


8 Srikandi ini merupakan projek cerpen ke-3 Cik Roxa bersama 7orang penulis lain selepas projek cerpen amalnya pada tahun 2017 bersama 9 orang penulis lain - Antologi Setulus Kasih Buatmu berjaya. Manakala Antologi Gift For D'Cleft pula merupakan projek cerpen amal selepas projek 8 Srikandi.



Dua-dua buku ni ciktie dah habis baca dah. Sekejap je dah habis baca. Cuma mungkin dah terbiasa baca novel yang muka suratnya banyak-banyak tu yang terasa macam tak puas baca kot hehe. Ingat dulu suka sangat baca cerpen versi pendek camni dalam majalah ataupun surat khabar. Memang selalu sangat cari. Nak baca novel terasa tebal sangat. Ambil masa berhari nak habiskan hahaha akhir sekali baca ending je kena pula masa tu tak berapa nak rajin membaca pula.



Sebenarnya dengan  koleksi cerita pendek macam ini pun kita boleh pupuk minat membaca tau. Banyak cerita dalam satu buku. Mula-mula mungkin kita boleh pilih yang mana yang nak baca dulu lepas tu sikit-sikit habis 😁😁 tak percaya boleh cuba.

Apapun terima kasih Cik Roxa. Semoga terus sukses dalam apa jua bidang terutamanya dalam bidang penulisan yang diminatinya ini dan semoga mampu menghasilkan lebih banyak karya lagi selepas ini. In Shaa Allah, aamiin.

Dah alang-alang korang bw ke sini apa kata korang singgah bw blog cik roxa sekali jommm







Majlis Gotong-royong Untuk Menyambut Kedatangan Keluarga Pesakit Pediatrik Sempena Pembukaan Rumah Ronald McDonald Ke-2 di Hospital USM Kini DiBuka

Jun 25, 2019 7 Comments
Majlis Gotong-royong Untuk Menyambut Kedatangan Keluarga Pesakit Pediatrik Sempena Pembukaan Rumah Ronald McDonald Ke-2 di Hospital USM Kini DiBuka
Alhamdulillah, akhirnya yang ditunggu-tunggu  menjelma juga. Setelah menunggu hampir setahun proses  pembinaan Rumah Ronald McDonald Ke-2 (RMHC Malaysian) di Hospital Sains Malaysia (HUSM Kubang Kerian) selesai dilaksanakan. Kini keluarga para pesakit Pediatrik berhampiran boleh menarik nafas lega. Sempena Pembukaannya,  RMHC Malaysia  telah mengadakan majlis gotong-royong untuk menyambut kedatangan keluarga pesakit Pediatrik!!


Majlis Gotong-royong Untuk Menyambut Kedatangan Keluarga Pesakit Pediatrik Sempena Pembukaan Rumah Ronald McDonald Ke-2 di Hospital USM Kubang Kerian Kini DiBuka 

Bertempat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Persatuan Kebajikan Rumah Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) telah mengadakan majlis gotong royong sempena pembukaan Rumah Ronald McDonald pada 23 Jun 2019 bagi menyambut keluarga pesakit pediatrik yang mendapat rawatan di Hospital USM dan hospital-hospital sekitarnya.

Pembukaan Rumah Ronald McDonald yang megah berdiri di Hospital USM menjadikannya Rumah Ronald McDonald ke-dua di Malaysia selepas yang pertama dibuka di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1999.



Presiden RMHC dan Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia - Azmir Jaafar berkata, “Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan kerana terdapat keperluannya yang amat tinggi di HUSM yang merupakan hospital rujukan yang menerima lebih daripada 20,000 pesakit setahun. Kemudahan seperti ini penting kerana ia bukan sahaja menyediakan kemudahan dan penginapan untuk meringankan beban keluarga pesakit, malah ia juga sedikit sebanyak memberi keluarga-keluarga ini kekuatan emosi dengan sokongan daripada keluarga-keluarga lain yang bersama-sama menemani anak mereka yang sakit.”






YBhg. Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia berkata, “Dengan adanya Rumah Ronald McDonald di kampus Hospital USM, ahli keluarga akan sentiasa dapat bersama anak-anak mereka sepanjang tempoh mereka menerima rawatan di hospital. Ini adalah penting kerana secara tak langsung, ia akan menggalakkan pemulihan kesihatan pesakit-pesakit pediaktik dengan kadar yang pantas kerana sokongan fizikal dan emosi dari ahli keluarga.”

Dengan kos pembinaan bernilai RM4 juta, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur serta ruang makan, ruang istirahat, dapur, bilik dobi, bilik permainan, dan lain-lain kemudahan untuk penghuni. Selain daripada itu, rumah ini juga ternyata lebih istimewa dengan adanya Bilik Sensori Ronald McDonald yang menyediakan peralatan multi deria khas yang disumbangkan kepada Hospital USM untuk membantu perkembangan kanak-kanak istimewa.


Rumah Ronald McDonald yang direalisasikan hari ini adalah sumbangan RMHC Malaysia, McDonald’s Malaysia, rakan-rakan niaga, dan pelanggan-pelanggan McDonald’s yang menyumbang melalui tabung RMHC yang terletak di lebih daripada 275 restoran McDonald’s di seluruh negara.

Turut hadir pada Majlis Pembukaan Rumah Ronald McDonald adalah YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kampus Kesihatan/Pengarah Hospital USM.




Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital USM, Kelantan atau ingin menyumbang melalui sumbangan tunai atau bantuan sukarela boleh menghubungi cawangan RMH di PPUKM, Kuala Lumpur di talian 03-91735994 untuk keterangan lanjut.


Oless Penyelamat Keadaan

Jun 24, 2019 5 Comments
Oless Penyelamat Keadaan
Pantang betul si kakak bila nampak kita sapukan apa-apa dengan dekat muka. Mulalah datang menghimpit. Tanya itu ini lepas tu mulalah ayat dia

"boleh la..sikit aje" 

Hahaha dan untuk mengelakkan dia merajuk nak tak nak terpaksalah kita oleskan sikit lipstik biar merah bibirnya tu. Apa lagi seronok bukan mainlah dia nak-nak bila kita puji pula. Untuk barang lain-lain memang tak bagi la. Sayanglah kalau jadi pada kulit dia tu.


Seperti yang kita sedia tahu, kulit anak-anak kecil  sememangnya bersih dan bebas dari sebarang masalah. Sebab itu ciktie risau sebenarnya nak sapukan apa-apa pada wajah dan kulit dia ni. Lagipun tak mahulah kulitnya terdedah pada barang mekap lagi. Tunggulah nanti dia besar esok-esok tu cuma kalau pelembap bibir atau lipstik tu adalah juga sesekali oleskan pada bibir mungilnya tu. Tapi takde lah selalu. Biasalah budak-budak selagi tak dapat selagi itu merengek.

Oless Penyelamat Keadaan

Nasib baik sekarang ni ciktie ada Oless !! Pelembap bibir homemade keluaran ZMBeauty. Oless terus gojess! memang sesuai  sangat untuk kanak-kanak sebabnya ia mempunyai perisa dan pewarna makanan. Pertama kali ciktie jumpa lipbalm yang mempunyai pewarna macam ni. Memang tergoda habislah nak-nak kita boleh share dengan si kakak tu pula. Masa nak guna tu, takyah cakap la memang terasa macam nak makan-makan aje haha. Dengan warnanya yang lembut ala-ala merah jambu dan rasa strawberi yang yummy. Selesa sangat sape tak tergoda kan.


Sebenarnya Oless ini adalah produk natural !! Dihasilkan dari perisa dan pewarna makanan. Bebas dari bahan kimia yang berbahaya dan selamat digunakan oleh semua peringkat umur tanpa ada kesan sampingan jangka panjang. Kita juga boleh guna sekerap mana yang kita nak tanpa rasa bimbang atau runsing.



Kandungan Oless

Extra Virgin Olive Oil, Vitamin E, Strawberry Flavour and Colouring.





Harganya tak mahal, cuma rm10 postage RM8sm RM12ss. Bagi korang yang mempunyai masalah bibir merekah, kering dan kehitaman juga boleh mendapatkannya untuk membantu menyelesaikan masalah itu. Dan sekiranya korang berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan boleh join untuk menjadi agent dengan modal yang sangat minima. Korang jangan risau, Oless sangat mudah dijual kerana kualiti dan harganya yang sangat mampu milik. Untuk info lanjut korang boleh layari

Blog
zuraini.com

Facebook

Instagram

Telefon
011-32484182







Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung

Jun 23, 2019 2 Comments
Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung
Alhamdulillah, dalam semangat menyambut Hari Raya hari tu, Domino's Pizza sebenarnya telah menambah keseronokan balik kampung dengan mengedarkan lebih 1,000 keping piza di KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang yang menunggu untuk menaiki bas dan kereta api untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri gembira menerima pizza Domino’s yang lazat untuk berbuka puasa. 

Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung 

Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, “Inisiatif hari ini seiring dengan janji jenama kami, ‘It’s All About You’. Di Domino’s, kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dan musim perayaan adalah peluang yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Hari Raya dengan orang tersayang. Di samping itu, sempena bulan yang penuh berkat ini, kami ingin memberi piza kepada penumpang yang mungkin tidak dapat berbuka puasa kerana perlu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan TBS atas sokongan padu mereka dalam memastikan inisiatif ini berjaya.”



Suasana di sekitar KTM KL Sentral, Hentian Duta, Hentian Shah Alam dan TBS kelihatan riuh rendah serta dipenuhi keseronokan dan kegembiraan apabila penghantar piza Domino’s tiba untuk menghantar beratus-ratus piza. Pasukan Penghantar Domino’s turut mengedarkan pizza panas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, memastikan mereka mendapat makanan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan balik kampung. Selain menyediakan piza untuk para penumpang, Domino’s turut memberi piza kepada para pekerja yang bertugas di keempat-empat terminal.






Puan Linda juga berkata, “Kami sangat menghargai titik peluh para pekerja yang bertugas di hab-hab pengangkutan penting ini sepanjang bulan Ramadhan, dan juga semasa musim Hari Raya. Berpegang teguh kepada tradisi Domino’s, kami telah menyumbang piza sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat pasukan-pasukan ini terutamanya semasa tempoh perjalanan yang paling sibuk di negara ini.”


Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Domino's Pizza terus mencari inisiatif untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat semasa pelbagai musim perayaan di seluruh negara.

Potluck Raya Puasa 6 Kita-kita aje

Jun 22, 2019 1 Comment
Potluck Raya Puasa 6 Kita-kita aje
Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak makan roti jala semalam. Raya hari tu, kebanyakan rumah yang ciktie lewati tak tersenarai menu ni pun kat mana-mana. Tapi seriously raya tahun ini kebanyakan orang kita menyambut lebaran secara bersederhana je. Tiadalah berlebih-lebihan sangat macam tahun-tahun sudah. Semua juadah yang disediakan pun clear semuanya. Alhamdulillah, memang tidak membazir betullah tahun ni. 

Potluck Raya Puasa 6 Kita-kita aje

Dan hari ini sekali lagi repeat order roti jala dengan kawan sekolah dulu. Makan dengan family kita lah pula. Sedap !! Memang kena dengan selera ciktie. Lagipun harganya berpatutan sangat. Roti termasuk kuahnya sekilo cuma rm35 je.



Kebetulan pula semalam tu pula sambut raya puasa 6 dengan sorang akak dekat office tu. Menu dia punya - mee kari dia sendiri yang masak. Kekenyangan kami sepejabat menjamu selera. 2/3 juga repeat makan sebelum balik tu.

Oklah jom usha menu potluck puasa 6 ciktie semalam jom. Menu simple -simple je.. apa orang kata, biar simple janji kenyang tak gituuu







Dan jika korang buntu taktau nak masak apa atau masih tercari-cari menu apa untuk disediakan untuk apa-apa event atau apa-apa program seperti sambutan hari raya di sekolah, sambutan hari guru, ulang tahun atau apa-apa saja kemungkinan menu-menu ini dapat membantu korang membuat pilihan. Simple dan senang juga untuk disediakan.




Menu Mudah Dan Ringkas Pilihan Ramai Untuk Majlis Hari Raya / Hari Guru / Ulang Tahun / Naik Rumah Baru / Potluck

  • Bihun goreng
  • Bihun Singapore
  • Bihun sup
  • Mee Goreng
  • Soto
  • Nasi Ayam
  • Nasi Dagang
  • Laksa Penang
  • Laksa Lemak
  • Mee kari
  • Roti Jala
  • Makaroni bakar
  • Makaroni sup
  • Spaghetti
  • Nasi Lemak
  • Aneka puding (puding roti, karamel, koktail)
  • Agar-agar (agar-agar santan, laici, kaca)
  • Aneka kek (kek coklat, kek buah)







DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY | PRODUK TERBARU SEMBURAN DEODORAN + WANGIAN BADAN UNTUK LELAKI

Jun 21, 2019 2 Comments
DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY  | PRODUK TERBARU SEMBURAN DEODORAN + WANGIAN BADAN UNTUK LELAKI
Asyik bercerita tentang produk untuk perempuan dan kanak-kanak je ciktie ni kan. Macam tak adil pula jika tiada produk lelaki untuk di review. Jadinya untuk kali ini ciktie nak kongsikan dengan korang semua tentang satu produk istimewa buat kaum Adam yang sentiasa aktif, cergas dan hebat tu. Dan kaum Hawa seperti ciktie jangan terlepas pandang bab ini ye..

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY  | PRODUK TERBARU SEMBURAN DEODORAN + WANGIAN BADAN UNTUK LELAKI

Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan melakukan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, memang menjadi satu kemestian buat si jejaka menggunakan minyak wangi badan (Perfume Body Spray) supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan terhindar bau badan.


Tapi tahukah kita menggunakan dua produk dalam satu masa bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Sebabnya adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran untuk tujuan mengatasi masalah bau badan sahaja. 

Minyak wangi sememangnya bernilai tinggi dan harganya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja untuk haruman hebat iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi kerana kosnya yang tinggi. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat ! sebab itulah mantra seorang lelaki.





Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan sebagai penyelesaiannya, DASHING telah melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Produk pertama dari DASHING  yang menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol.

DASHING DEO DAN PERFUME BODY SPRAY  TERBARU


Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, ia berkesan memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya mampu bertahan dalam 2 ke 3 minggu, tetapi DASHING DEO + PERFUME yang baharu ini, ia berada dalam liganya yang tersendiri. Diformulakan dari 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama sehingga 880 semburan. Ini bermakna sebotol DASHING DEO + PERFUME mampu bertahan sehingga 146  hari atau sehingga 5 BULAN!

DASHING DEO

Kini, kaum lelaki boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang didatangi dalam 4 variasai dalam pek berbentuk botol semburan pam (spray) bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja mereka pergi.


Dashing Deo + Perfume Body Spray

variasai DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY 

HATTRICK 
Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

ULTIMATE KICK 
Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


Dashing Deodoran + Perfume Body Spray



Dashing Deo dan Perfume Body Spray

SPEED 
Buatkan si lelaki sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN 
Hitman direka khusus buat si lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Dengan hanya RM12.20, produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING korang  boleh layari laman Facebook DASHING di https://www.facebook.com/Dashing.MY/ d dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.

WIPRO UNZA

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.

Kini, WIPRO UNZA mempunya 24 jenama di bawahnya. Antara jenama terkemuka keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN. 

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan dicipta untuk pengguna Asia.




Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad

Jun 19, 2019 5 Comments
Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad
Baru berpeluang tengok drama ni. Itupun dah separuh dah tapi takpe. Tak sempat tengok sekarang kita tunggu hujung minggu pastu layanlah sampai lebam kan. Btw drama 28 episode yang menggantikan Curi-curi Cinta ini mula ditayangkan pada 17 Jun. Kiranya malam ni episode ke-3 la.

Diadaptasikan dari novel karya Anna Milia - Setelah Terlafaznya Akad! Arahan Michael Ang mengandingkan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sebagai peneraju utama.  Rashdan Baba juga turut berlakon dalam drama ni tau.. dan antara para pelakon yang membintangi drama ini adalah :-
  • Zulhemy sebagai Hairuddin
  • Nadya Syahera sebagai Milah
  • Sharifah Shahora sebagai Nafisah
  • Alif Muhaimin sebagai Roslan
  • Azza Suaymi sebagai Diyan
  • Norlia Ghani sebagai Tokma
  • Ikhram Juhari sebagai Rafiz



Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad

Mengisahkan tentang Hanan (Kamal Adli) yang berusaha untuk mendapatkan semula Nawal, bekas isterinya (Uqasha Senrose) apabila dia melafazkan talak.  Dia sebenarnya telah dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah (Hamidah Wahab) setelah bercerai dengan Hani (Zeera Azizi) sementara Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani.


Oleh kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal telah banyak berkorban dan terluka. Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidupnya. Pada masa ini, dia bukan sahaja telah menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. Sebagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduknya, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara dia berusaha memujuk Nawal apatah lagi bila mengetahui Nawal mengandungkan zuriatnya. Nawal ditatang bagai minyak yang penuh.






My Ping in TotalPing.com