Rumah Usang Di Pinggir Bukit

Mei 06, 2019
Hai, assalamualaikum dan selamat malam korang. Tengah buat tu?? Sembang-sembang kosong aje ke. Air takde 🤔🤔

Macamana permulaan puasa hari ini?? Macam-macam ragam juga kita hari ini ye. Letih..penat..haus.. mengantuk hikhik ingatkan adik-adik kita yang baru nak belajar berpuasa je gayanya camtu. Nampaknya dengan kita-kita sekali dah hari ni. It's ok mungkin hari pertama kot..esok dah ok dah tu. In Shaa Allah.

Rumah usang di pinggir bukit

Taktau nak komen apa sebenarnya lepas tengok video yang member office kongsikan ni. Korang tengoklah sendiri video dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang - Peka GM ni camne. 


Sedih dan kesian sangat. Bagi kita, kita dah susah dah tapi sebenarnya ada lagi yang lebih susah. Lagi perit hidupnya. Dalam keadaan sekarang yang bagi ciktie dah moden dan serba canggih tapi ada lagi yang masih hidup tanpa bekalan elektrik. Makan apa je yang ada.. bila ingatkan makanan. Mewahnya rasa kita makan sampai ada masanya kita membazir. Tapii bagi mereka yang tak mampu. Ya Allah, tiba-tiba teringat masa kecil-kecil dulu. Nak makan sedap sikit bukannya semudah sekarang. Semuanya bergantung di bahu seorang ibu. 

Dalam bulan baik, hari baik samalah kita hulurkan sumbangan / bantuan ringankan bebanan keluarga ini.  Sumbangan boleh disalurkan terus kepada 

Haida bt Abdullah 
(1530 4791 9139 - Maybank) 
atau
PEKA GM 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF GUA MUSANG 
(8603 3802 43 - CIMB)

Orang kata tak dapat bantu banyak sikit-sikit sorang pun dah ok.









Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Ya allah..semoga dipermudahkan urusan mereka dan diberikan bantuan secepat yang mungkin....saya datang dan follow sini

    BalasPadam
  2. betul tu.. syukur apa yg ada. ramai lagi yg lebih susah..

    BalasPadam
  3. kesiannya.. bulan ramadhan ni lah peluang terbaik utk bersedekah kpd mereka

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com