Puasa Tapi Tak Solat

Mei 26, 2019
Puasa tapi tak solat! Macamana tu?? Boleh ke? Kalau ikutkan hukum dua-dua wajib di buat tapii yang mana lebih utama. Sebabnya dua-dua antara 5 Rukun Islam. Sebenarnya sebelum ini lagi isu yang satu ini menjadi persoalan banyak pihak bukan setakat di bulan Ramadhan saje cuma kali ini ciktie nak shared jawapan dari Al-Syaikh Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir (Al-Jarumi). Semoga ianya mampu menjawab persoalan yang bermain di fikiran ramai orang.

Puasa Tapi Tak Solat. Boleh Ke..

SETIAP amal ibadat ada pahala, begitu juga dengan maksiat ada dosanya. Muslim berpuasa akan mendapat pahala, manakala yang tidak bersolat akan dikira berdosa. Dalam al-Quran dinyatakan bahawa Allah menghisab setiap kebaikan yang dilakukan walaupun sangat sedikit kebaikannya. Allah juga menghisab setiap kejahatan yang dilakukan walaupun sedikit.


Cuma sikap mengutamakan puasa berbanding solat adalah sikap yang salah. Solat adalah tuntutan yang sangat besar. Ini kerana beberapa perkara, antaranya solat adalah Rukun Islam yang kedua manakala puasa merupakan yang ketiga.

Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam keadaan sakit, tetapi puasa diberikan kelonggaran jika sakit. Begitu juga jika dalam keadaan musafir, solat wajib dilaksanakan namun diberikan rukhsah jamak qasar. Namun begitu, puasa boleh ditinggalkan dan digantikan pada hari lain. Maka solat lebih besar daripada puasa.

Berpuasa tetapi tidak bersolat kadang-kadang berlaku kerana niat puasa yang dilakukan bukan kerana Allah. Ada yang berpuasa kerana diet dan memelihara kesihatan. Ia lebih kepada berpuasa kerana kesihatan. Berbeza dengan solat yang kurang nampak impaknya dalam aspek kesihatan. Puasa yang dilakukan bukan kerana Allah akan ditolak.

Marilah kita sama-sama memelihara solat dan ibadat puasa. Saya yakin, Muslim yang memelihara solat fardu akan berpuasa. Namun belum tentu Muslim yang berpuasa akan memelihara solat fardu. Maka peliharalah solat fardu sebagai keutamaan, Insya-Allah ibadat puasa akan terpelihara.

Sumber : Utusan Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

  1. ada juga mcm tu, akak pernah experience yg berpangkat abg tak solat dan tak puasa... akak pun tak paham kenapa, nak tanya jd segan... tp dia dh tua....

    BalasPadam
  2. Solat tiang agama. Kena wajib buat.

    =naim-
    pemudattbc.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Puasa x solat ibarat kerja xde gaji...hmm sedih kan

    BalasPadam
  4. marilah sama-sama jaga solat kita.. solat itu tiang agama

    BalasPadam
  5. solat itu tiang agama.. jagalah solat kita

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com