Sabtu, 11 Mei 2019

Nikmati Spageti Mudah -Master Pasto Dengan Hanya 3 Minit

Alhamdulillah, merasa juga makan spageti kali ini. Asyik tertangguh je gara-gara kebanyakan orang dalam rumah tak menggemarinya sangat. Nak masak macam tak seronok je makan sorang-sorang lagipun rasa macam tak berbaloi je masak untuk kita sorang. Nak masak cukup-cukup untuk seorang macam tak pandai nak bajet pula banyak mana. Bukan apa, takut membazir je nanti. 

Spaghetti Carbonara

Nikmati Spageti Mudah - Master Pasto Dengan Hanya 3 Minit

Tapi nasib baik juga ada spageti keluaran Master Pasto ni. Merasa jugalah makan Spaghetti Mushroom Cream Sauce. 1 pack ni memang ngam-ngam untuk sorang makan. Memang cukup pantas dan cepat sangat untuk disediakan !! Tak adalah kena menunggu lama-lama macam masak spaghetti sebelum ni 👏👏. Mula-mula diperkenalkan hari tu, macam tak percaya juga. Ialah 3minit..nak masak pasta je dah ambil masa berapa minit. Belum masuk sosnya lagi. Rupanya spageti ni dah siap dimasak sepenuhnya!  Kita hanya perlu panaskan je sebelum dihidangkan.

Spaghetti Aglio Olio

Spageti Segera !!  

First time tau pasal benda ni. Biasa dengar mee maggi je yang segera. Tapii kali ini pasta pula. Memang terbaiklah. Hadir dalam bentuk kotak dengan berat 280g. Nak bawa kemana-mana pun senang. Dimana-mana saja dan bila-bila masa bila diperlukan. Memang boleh je nikmatinya. Tiadalah kempunan sangat kalau teringin. Para penggemar spageti pun mesti seronok dapat tahu ni. Dihasilkan dari bahan semulajadi, tanpa bahan perisa msg dan bahan pengawet. Halal lagi ! Memang sesuai untuk semua peringkat umur.

Master pasto

Walaupun ia hadir dalam bentuk kotak, pasta dan sosnya dibungkus secara Flexy Packy, iaitu pek mudah yang telah melalui proses suhu tinggi untuk tujuan pensterilan dan dibuat khas untuk pembungkusan Lioco. Selamat dan lebih menjimatkan walaupun berada pada suhu bilik - tidak disimpan dalam peti ais.

Flexy Packy

Spaghetti Segera

Memandangkan spageti ini pun sebenarnya dah masak, kita pun hanya perlu panaskan je. Nak panaskan tu memang senang sangat. Rendam je dalam air panas yang telah mendidih dan biarkan seketika selama 3 minit dah siap. Kalau kita taknak rendam dengan air panas pun boleh je, kita panaskan je dalam microwave selama 1 minit. Tapi kena tuangkan sos dan spageti tu dalam pinggan siap-siap la sebelum panaskan. So, kita ada 2 pilihan tapi memandangkan dekat rumah tiada microwave, ciktie guna cara pertama ajelah. Simple dan mudah!

Cara masak spaghetti

Rasanya pun sama je dengan spageti yang baru dimasak. Cendawan pun banyak cumaaa kuantiti sosnya je. Kalau dapat lebihkan sikit mesti lagi sedap. Sebabnya ciktie lebih gemarkan sosnya lebih. Opss tak lebih camni pun licin ku kerjakan kalau lebih, taktau macamana la jawabnya hikhik. Tekstur spageti atau pasta itupun takdelah lembik pun. Memang terasa kenyal-kenyal jugalah.

Kenapa spaghetti

Sebenarnya selain Spaghetti Mushroom Cream Sauce ini, ada 2 jenis spageti lagi keluaran Master Pasto iaitu  Spaghetti Bologness with Chicken dan Spaghetti Aglio Olio With Chicken. Tapi tak sempat nak snap gambar hari tu. Tengok-tengok dah habis dimakan.

Spaghetti cepat dan mudah

Pasta Spaghetti

Jenis-jenis spaghetti

Jenis pasta pilihan ramai

Sekiranya korang nak dapatkan lebih maklumat mengenai spageti buatan Lioco Food Industries Sdn Bhd dari Penang ni, korang boleh layari sesawang dibawah. Nak bagi hadiah dekat kekawan pun boleh tau.

Website 
Instagram
Facebook





5 ulasan

  1. Dah try yg bolognese tu. Sedap kan! 😍 Betul tu kalau sos lebih sikit lg sedap. Hehe

    BalasPadam
  2. first time tau pasal jenama ni. nanti boleh la ushar2 kat mana2 mall di bandar besar. hehehe

    BalasPadam
  3. senangnya...boleh cari nanti. lagipun kat rumah saya sorang je yang suka spaghetti...

    BalasPadam
  4. Sesuai untuk makan masa sahur ni. Mudah dan cepat.

    BalasPadam
  5. syafi suka ni boleh try cari nanti

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.