Alhamdulillah, merasa lagi duit raya kali ni walaupun tak sebanyak yang diminta tapi sekurangnya-kurangnya dapat. Kalau tak dapat lagi haru hikhik. Merasalah juga kita lebihan rezeki dari-Nya pada bulan yang penuh barakah ni untuk persiapan menyambut Aidilfitri. Nanti bolehlah topup mana-mana yang dirasakan kurang ni. Hmmm duit raya pun dah boleh tukar dah nii
Semalam dengan rasminya PM kita, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pemberian bonus sebanyak Rm450 kepada hampir 1.5juta penjawat awam dari gred 56 ke bawah dan Rm225 kepada pesara kerajaan. Pembayaran akan dibuat pada 24 Mei 2019 (Jumaat). Kiranya sehari selepas pembayaran gaji untuk bulan ini. Yes, dah boleh shopping.
Terjawab sudah pertanyaan kita mengenai duit raya tahun ni. Walaupun tak sebanyak negeri-negeri yang dah diumumkan sebelum ni. Tapi pemberian ini cukup bermakna sebenarnya terutamanya buat yang memerlukan.
Sedikit atau banyak nilainya bukan ukuran. Yang penting ada. Cukup atau tidak semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk menguruskannnya. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya. In Shaa Allah, aamiin.
Yeahhhhh alhamdulilah ..jadilah...kadang yang sikit tu pun lebih dari cukup untuk beli keperluan raya kan...
BalasPadamwahh syukurr rejekii raya! :D
BalasPadamuwahhhhhhh
BalasPadamalhamdulillah tahniah akak
BalasPadamTahniah PA persekutuan.
BalasPadamPA selangor lagi untung
alhamdulillah dapat bonus. Tinggi jugak negeri2 lain sebulan gaji
BalasPadamalhamdulillah ada rezeki lebih sikit kan
BalasPadamAlhamdulillah rezeki raya
BalasPadamnilai ini amat bernilai bagi mereka yang berada dalam kelompok jawatan rendah..
BalasPadamuntuk mereka yang ada side income boleh digunakan sedekah kepada fakir miskin..sekadar cadangan