30 Julai Diisytiharkan Cuti Umum

Mei 31, 2019 4 Comments
30 Julai Diisytiharkan Cuti Umum
Wahhh bertuah dapat cuti free lagi. Dah boleh jimat sehari lagi cuti. Siapa taknak nak-nak orang dah bagi. Dah sah-sah dapat apa lagi rembat ajelah. Boleh rest dekat rumah dengan keluarga takpun boleh keluar jejalan sama-sama.


Tapii cuti 30 Julai ni bukannya semua orang dapat. Nak-nak yang free, yang dapat perlepasan am camni. Lainlah kalau kita mohon cuti ataupun ianya jatuh pada hujung minggu. Ciktie sendiri pun tak dapat ni tau

30 Julai Diisytiharkan Cuti Perlepasan Am Negeri

Oklah, kalau nak tahu bermula tahun ini, Negeri Pahang dengan rasminya telah mengumumkan 30 Julai sebagai Hari Pelepasan Am Negeri Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. 

Ketetapan ini telah dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan mengikut Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), Subseksyen 9(1) dan Surat Pekeliling mengenainya sedang diedarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. 

Sekian! Tahniah korang dapat cuti free lagi


Indahnya Raya by Fairuz Misran

Mei 28, 2019 2 Comments
Indahnya Raya by Fairuz Misran
Siapa dah dengar single terbaru raya dari Fairuz Misran ni. Best kan?? Ciktie mula dengar dekat ig budiey masa Fairuz Misran menyanyikannya di Majlis Iftar Rusa Music & MVM Production 2/3 hari lepas.


Sekali imbas bukan sekali dua la.. memang iya dah suara dan rupanya tu tak ubah macam P.Ramlee. Memang patutlah dia digelar P.Ramlee Sabah pun. Memang ada iras-iras pun..

Indahnya Raya by Fairuz Misran

Pasang pelita di malam raya
Bermain bunga api bersama
Ada yang dari ke rumah ke rumah
Takbir bergema

Di pagi Syawal kian rasa
Baju melayu baju kebaya
Tersergam indah yang mempersona
Cantik dan lawa

Di hari raya sanak saudara
Berjabat tangan bermaafan
Sesama kita

Di hari raya pelbagai juadah
Tapi janganlah buat lupa
Hai duit raya

Terasa hati kepiluan
Pada yang sudah oh tiada
Sebak hati ku masih terasa
Sedih dan hiba
Kenangan bersama

Di hari raya sanak saudara
Berjabat tangan bermaafan
Sesama kita

Di hari raya pelbagai juadah
Tapi janganlah buat lupa
Hai duit raya

Terasa hati kepiluan
Pada yang sudah oh tiada
Sebak hati ku masih terasa
Sedih dan hiba
Kenangan bersama




New Collection of Bianglala by Pencil Scarves!

Mei 28, 2019 3 Comments
New Collection of Bianglala by Pencil Scarves!
Masih tercari-cari tudung untuk dipadankan dengan jubah atau baju raya sempena lebaran ini?? Ciktie nak kenalkan korang dengan tudung baru yang tengah trending sekarang ni. 

New Collection of Bianglala by Pencil Scarves! 

Koleksi warnanya memang cukup menggoda sangat. Terasa macam semua berkenan dan semua nak ambil. Hadir dengan koleksi bertemakan Bianglala Raya dalam bahasa Melayu klasik yang bermaksud Pelangi. Memang sesuai sangat untuk digayakan pada hari lebaran. Barulah raya lebih ceria dan indah. 


Cantik kan warnanya tu..Dengan ukuran dan design nya seperti pensel. Memang unik sangat. Bahagian tirus dan tajam dikenakan pada bahagian depan dan panjang serta separa bulat lilitan dibahagian belakang. Memang nampak sempurna sangat nak-nak ianya labuh melepasi dada. Memang ketara sangat ianya tu. Ukuran korang boleh tengok bawah ni.


Material kainnya pun jenis Premium Silk Crepe. Lembut, cantik dan mudah terbentuk. Tengoklah pula gaya dan warna yang dikenakan oleh model-model ini memang nampak selesa, senang dan simple je. Nak padankan dengan mana-mana jubah atau jenis baju pun boleh.


Sekarang  ni Pencil Scarves tengah adakan promosi HEBAT sehingga 45% bermula 19/5/2019 dan akan berakhir pada 6/6/2019. Jadi tunggu apa lagi, jomlah cepat dapatkan koleksi diorang sekarang. Untuk dapatkan lebih penjimatan korang boleh masukkan kod promo ini BIANGLALARAYA2019


Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai semua koleksi keluaran Pencil Scarves, korang juga boleh layari

Website 
www.pencilscarves.com 
 Facebook 
 Www.facebook.com/Pencilscarves
Instagram 



Resepi : Keropok Lekor Tumis Pedas

Mei 27, 2019 7 Comments
Resepi : Keropok Lekor Tumis Pedas
Sebenarnya ini kali pertama tahu dan tengok menu ni. Resepi khas dari orang Terengganu. Ciktie copy paste letak kat sini dulu. Manalah tahu nanti teringin boleh ambil kat sini terus. Sebelum ini ciktie memang langsung tak tahu yang keropok lekor pun boleh buat menu lain. Yang ciktie tahu keropok ni kita goreng atau makan camtu je. Ini kira menu lain dari yang lain la..unik juga tapi mungkin bagi korang orang Terengganu ianya dah biasa kot.

Oklah takmau cerita panjang, jom terjah Resepi Keropok Tumis Pedas. Desik atau tak itu kita kenalah cuba sendiri 👏👏


Resepi : Keropok Lekor Tumis Pedas

Bahan-bahan

bawang merah - blend
bawang putih - blend
Keropok lekor - potong ikut suka
cili boh
air cuka
garam
Ajinomoto
belacan
gula

Cara membuatnya :-

  • Tumis bawang merah dan bawang putih yang di blend. Pastikan ianya betul-betul masak.
  • Masukan cili boh dan gula. Seterusnya tunggu sehingga cilinya tu masak.
  • Masukan air sebanyak mana yang kita nak.
  • Seterusnya masukan belacan, cuka, garan dan Ajinomoto
  • Biarkan sehingga ianya mendidih sebelum masukkan keropok lekor.
  • Akhir sekali, tunggu sehingga kuahnya tu menjadi pekat. Tapi jangan pekat sangatt nanti takde kuah.

Puasa Tapi Tak Solat

Mei 26, 2019 6 Comments
Puasa Tapi Tak Solat
Puasa tapi tak solat! Macamana tu?? Boleh ke? Kalau ikutkan hukum dua-dua wajib di buat tapii yang mana lebih utama. Sebabnya dua-dua antara 5 Rukun Islam. Sebenarnya sebelum ini lagi isu yang satu ini menjadi persoalan banyak pihak bukan setakat di bulan Ramadhan saje cuma kali ini ciktie nak shared jawapan dari Al-Syaikh Dr Mohammad Nidzam Abdul Kadir (Al-Jarumi). Semoga ianya mampu menjawab persoalan yang bermain di fikiran ramai orang.

Puasa Tapi Tak Solat. Boleh Ke..

SETIAP amal ibadat ada pahala, begitu juga dengan maksiat ada dosanya. Muslim berpuasa akan mendapat pahala, manakala yang tidak bersolat akan dikira berdosa. Dalam al-Quran dinyatakan bahawa Allah menghisab setiap kebaikan yang dilakukan walaupun sangat sedikit kebaikannya. Allah juga menghisab setiap kejahatan yang dilakukan walaupun sedikit.


Cuma sikap mengutamakan puasa berbanding solat adalah sikap yang salah. Solat adalah tuntutan yang sangat besar. Ini kerana beberapa perkara, antaranya solat adalah Rukun Islam yang kedua manakala puasa merupakan yang ketiga.

Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam keadaan sakit, tetapi puasa diberikan kelonggaran jika sakit. Begitu juga jika dalam keadaan musafir, solat wajib dilaksanakan namun diberikan rukhsah jamak qasar. Namun begitu, puasa boleh ditinggalkan dan digantikan pada hari lain. Maka solat lebih besar daripada puasa.

Berpuasa tetapi tidak bersolat kadang-kadang berlaku kerana niat puasa yang dilakukan bukan kerana Allah. Ada yang berpuasa kerana diet dan memelihara kesihatan. Ia lebih kepada berpuasa kerana kesihatan. Berbeza dengan solat yang kurang nampak impaknya dalam aspek kesihatan. Puasa yang dilakukan bukan kerana Allah akan ditolak.

Marilah kita sama-sama memelihara solat dan ibadat puasa. Saya yakin, Muslim yang memelihara solat fardu akan berpuasa. Namun belum tentu Muslim yang berpuasa akan memelihara solat fardu. Maka peliharalah solat fardu sebagai keutamaan, Insya-Allah ibadat puasa akan terpelihara.

Sumber : Utusan Malaysia

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ke-2 Dibuat Pada 28 Mei

Mei 25, 2019 5 Comments
Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ke-2 Dibuat Pada 28 Mei
Alhamdulillah, akhirnya teka teki yang menjadi persoalan orang ramai terjawab sudah. Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat atau BSH untuk fasa ke-2 akan dibuat pada 28 Mei 2019 (Selasa) ini. Semua dah boleh tarik nafas legaaa.

Sebelum ini ramai yang meminta agar pembayaran untuk fasa ke-2 BSH ini dapat dilakukan dengan segera sebagai persediaan untuk menyambut lebaran.

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ke-2 Dibuat Pada 28 Mei 

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing dan bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.

Bagi memastikan program BSH 2019 ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, pelaksanaan untuk  mengenal pasti pendapatan terkini pemohon telah dilakukan secara menyeluruh termasuk semakan data yang melibatkan banyak agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), LHDN, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-lain lagi agensi yang terlibat lagi.

Jadi, kepada pemohon yang tidak berjaya permohonan rayuan boleh dibuat mulai 01 Julai hingga 15 Ogos 2019. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mailkan kepada bsh@treasury.gov.my





Salam Nuzul Al-Quran

Mei 22, 2019 1 Comment
Salam Nuzul Al-Quran
Haii, assalamualaikum dan  selamat malam korang.. buat apa tu?? Layan cerita sambil-sambil pekena colek ke. Colek apa tu.. nampak macam sedap je.

Sebenarnya saje je nak ucapkan Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat semua  umat Islam hari ini - 17 Ramadhan. Tapi sekarang dah masuk malam ke-18 Ramadhan dah. Sepatutnya entri ini dah publish tengahari tadi tah sibuk dengan apa tah terbawa sampai sekarang tapi boleh aje kan. Tak kiralah samada siang tadi korang off atau tak, semoga kita semua sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran dan memperoleh keberkatan dari-Nya. In Shaa Allah, Aamiin.


Nuzul al-Quran adalah merujuk kepada peristiwa turunnya ayat pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

Ia diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun.




Tarikh Tukar Duit Raya Di Bank

Mei 20, 2019 8 Comments
Tarikh Tukar Duit Raya Di Bank
Dah ready nak tukar duit?? Agak-agak berapa banyak nak tukar tahun ni ye. Ada yang nak tukar lebih untuk belanja anak sekolah sekali tak. Kalau tahun-tahun sebelum ni tak risau sangat bab-bab nak tukar duit sebabnya si adik tu boleh tolong tukarkan. Tapi untuk tahun ni awal-awal lagi dia dah bagitau tak dapat tolong 😔😔

Duit raya

Tarikh untuk tukar duit raya pun dah keluar. Bagi sesiapa yang belum mengetahuinya, kat sini kita ada kongsikan juga. Senang takut terlupa ke macamana. Lepas ni memang gerenti ramailah yang akan berbaris dekat bank tu. Tapi sebelum pergi tu pastikan kita dah tahu nilai berapa-berapa yang ingin kita tukar. Tiadalah pening sangat bila dah sampai dekat kaunter. 

Tarikh Tukar Duit Raya Di Bank

Kebiasaannya minggu ke-2 dan minggu ke-3 ramadan, kebanyakan bank telah menyediakan kemudahan tukar duit raya.

Walaubagaimanapun senarai ini akan dikemaskini sebaik info mengenainya diperolehi. Dan sekiranya korang dah tahu sebar-sebarkanlah yer 

Tukar Duit Raya 2022


MAYBANK - 21 April 2022 hingga 04 Mei 2022

AMBANK - 20 April 2022 hingga 06 Mei 2022

CIMB - 

PUBLIC BANK - Dah boleh tukar

BANK ISLAM - Dah boleh tukar

LAIN-LAIN BANK - 








New Collection Of Althea A'bloom

Mei 19, 2019 6 Comments
New Collection Of Althea A'bloom
Haii, selamat tengahari dan selamat berhujung minggu korang. Tengah buat apa tu? Oo..tengah rancang nak masak apa. Ok-ok teruskan merancang ye.


Sibuk dengan tugasan harian menyebabkan baru sekarang ciktie berpeluang untuk share produk baru, exclusives keluaran Althea Korea - A'bloom Althea, yang telah dilancarkan pada 23 April lalu. Comel dan kiut miut sangat koleksi ianya ni. Itu yang membuatkan geram dan sayang nak guna sebenarnya. Tapii dalam geram dan sayang tu, ciktie teruja sangat nak cuba tau. Oklah takmau cerita panjang-panjang, jomlah kita tengok koleksi terbaru keluaran Althea Korea kali ni.


New Collection Of Althea A'bloom

Hadir dengan 7 koleksi kecantikan yang cukup comel, murah dan mudah untuk digunakan iaitu :-
✨ A'bloom BHA Blackhead Blaster
✨ A'bloom Giant Meringue Puff
✨ A'bloom Baby Meringue Puffs
✨A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet
✨ A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet 
✨A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet
✨ A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

A'bloom BHA Blackhead Blaster


Sekali imbas rupanya macam lipstik !! First time jumpa BHA Blackhead dalam bentuk stick camni. Yang biasa ciktie jumpa ia dalam bentuk mask ataupun cecair. Memang gerenti tak tumpah 🤭🤭


Mudah, cepat dan senang sangat  untuk digunakan.  Langsung tak terasa sakit! Cara nak guna, buka je penutupnya, pusing dan tonyoh je pada tempat yang mempunyai blackhead/whitehead dengan gerakan membulat. Biarkan selama 30saat sebelum dibilas dengan air. Dah siap..dah boleh tengok perbezaannya. Senang aje kan?Tapi kalau konsisten menggunakannya lagi elok sebenarnya.

Harganya rm16 je! Dihasilkan dari BHA semulajadi,  serbuk biji aprikot, arang dan minyak daun pokok teh yang bertindak dengan cepat dan mudah untuk menanggalkan blackhead/whitehead dengan meninggalkan kelembapan tanpa meninggalkan kerengsaan atau kesakitan pada kulit. Suka dengan baunya tu.

A'bloom Meringue Puff


Saling tak tumpah macam Meringue cookies kan?? Comel je dengan warna pastel merah jambunya tu. Terasa macam nak makan-makan je tapiii ini bukan untuk dimakan ye. Ia adalah beauty tool untuk sempurnakan solekan. Alahhh dalam bahasa  mudahnya untuk blend foundation/ concealer dekat wajah.
Dihasilkan dari bahan latex-free dan non-toxic dan selamat digunakan pada kulit sensitif.
Mempunyai 2 jenis:
✓ Giant Meringue Puff
✓ Baby Meringue Puff (1set mempunyai 3pcs)


Giant Meringue Puff 




Digunakan untuk mengaplikasikan solekan dengan cepat dan sekata pada bahagian/ permukaan yang besar/luas seperti pipi, dahi, dagu.
Ia boleh mengembang sehingga 1.5 kali lebih besar daripada saiz asal apabila direndam ke dalam air. Sempurna sangat untuk solekan.
Berharga rm8 je untuk 1pcs ni.

Baby Meringue Puff



1set Baby Meringue puff ini mempunyai 3 pcs yang terdiri dari pelbagai warna.
Berharga rm11 je untuk 1set ni, 3pcs ni.
Digunakan untuk mengaplikasi solekan secara terperinci pada bahagian yang kecil/halus seperti bawah mata, bibir ataupun hidung.

2 cara untuk mendapatkan hasil solekan lebih sempurna. Direndam dengan air atau terus guna. Mana-mana boleh. Tapi untuk
  • mendapatkan kesan berkilat - basahkan meringue Puff dan perahkan untuk membuang lebihan air. 
  • mendapatkan kesan Matte dan solekan kulit flawless - boleh guna terus dalam keadaan kering tanpa membasahkanya. 

A'bloom Fruit Mask


Dihasilkan dari ekstrak buah-buahan semulajadi.
Mempunyai 4 jenis dan setiap daripada mempunyai fungsi yang berbeza.
-> Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)
-> Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)
-> Brightening Lemon Lime Mask Sheet (Sparle-Me-Bright)
-> Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)
Harga rm2 per sheet / rm15 per 10pcs

Ciktie dah cuba dah A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me). Memandangkan selalu sangat tidur lewat, itu yang rasmikan yang itu dulu. Best !! Memang likat dengan patibuahnya. Kulit pun menjadi lebih lembut dan segar.




Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)
Buah Avocado kaya dengan antioksidan untuk menyubur dan melindungi kulit dari faktor alam sekitar serta mencegah kedutan (penuaan). Ekstrak avokado dan bunga raya menjadikan kulit lebih lembut dan berseri.


Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)
Mengandungi ekstrak buah tembikai yang bertindak memberikan kelembapan dan penghidratan pada kulit supaya kelihatan lebih segar dan licin (tidak kering) terutamanya semasa cuaca panas. Juga mengandungi ekstrak lavendar yang membantu menenangkan kulit dengan baunya yang tenang ketika memakainya.


Brightening Lemon Lime Mask Sheet (Sparle-Me-Bright)
Mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dari Lemon dan Lime yang dapat memudarkan bintik-bintik hitam serta mencerahkan kulit. Juga mengandungi ekstrak teh hijau yang juga kaya dengan Vitamin C. Sesuai untuk mereka yang menginginkan kulit cerah berseri.


Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)
berfungsi untuk membersih dan melegakan kulit yang sensitif. Diperbuat dari ekstrak buah peach dan minyak pokok teh untuk mengawal pengeluaran minyak, mengimbangi kelembapan serta membersihkan kulit supaya menjadi lebih lembut dan halus. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berminyak dan sensitif.

Ok, inilah antara 7 koleksi A'bloom Althea terbaru keluaran Althea Korea. Murah-murah aje harganya, bawah rm16! Untuk dapatkan kesemua koleksi ini korang boleh layari

WEBSITE | FACEBOOK |INSTAGRAM


Colour Scheme for HDB

Mei 18, 2019 1 Comment
Colour Scheme for HDB

If you have purchased a HDB apartment for example in Bukit Batok, are you stuck in the middle of your HDB interior design? There are many problems faced when it comes to choosing lighter or darker colours for your HDB; do the colour hues affect the size and feel of a room; what combination of colours look best together and etc. These are a few questions you may ask yourself when wanting to incorporate a colour scheme into your HDB apartment especially your bedroom. Here are some tips for you in choosing the correct colours for your HDB.

1.Paris Green
Paris Green is a very delicate combination of the zippiest of greys and with the lightest hues of green. It is a colour that imitates a refreshing yet elegant feel. Since HDB interior design is usually very respectful of space limitations, Paris Green is a colour that can bring a fresh yet stylish look at the same time while looking well in a small space. It is a Rococo era inspired colour, and beautifully evokes a very classical style edge in any interior design setting. You just cannot go wrong with green. There are so many tones in the green range that you could decorate a room entirely with variable shades, and it would still look great.

2. Grey
Grey is one of those ever popular, forever classic colour schemes that bring in its very own mini tint-palate to the mix. You have a complete shade palate to select from for example cloudy grey, industrial inspired tones of meter-by-meter tiles to the smooth, plain texture of slate-grey paint. It may also depend on whatever style of interior design you choose from, but most of the time, it is all about capturing a certain aesthetic. Sticking to a clean colour palette primarily consisting of shades of off-white, grey and brown, this simple home keeps its woodsy feel going with the rustic wooden furniture and charming little pots of succulents.

3. Black and White
No one would ignore a good dose of black and white? A black and white combination is timeless and classic, with endless possibilities from subdued to statement-making. While it may be the most classic of all, you always have to make sure to stride carefully while balancing out the ratio of black and white in your interior design. Just bear in mind that black colour has a lot of visual weight, and white, in contrast is completely reflective and breezy. Too much of both can seem too much, so always select carefully.

4. Contemporary Brown
Brown is one of those colours that have an au natural attraction. It can bring a naturally calm aura in any space it stands for. The good news is, brown comes in a multitude of shades, materials, texture and patterns. From the glossy finish of vinyl flooring to the brittle make of hardwood floors and sleek laminates, there is no aesthetic that a nice contemporary brown cannot match. You may have a bedroom features that combines great prominent brown colour with plenty of cream tones to act as accents. This is a gorgeous room that gives off that classic bedroom vibe since brown and cream naturally go very well together.

5. Blue
The colour blue stimulates feelings of peace, calm and serenity, and can make your HDB feel bigger. All shades of blue colours have also been proven to lower blood pressure. Blue is perhaps the most soothing colour on the entire colour wheel spectrum. It has a cool temperature that is extremely relaxing for the human mind. Picking any shade of blue for your HDB interior design can make your space look especially tranquil, without compromising on the trendiness. Navy blue, cornflower blue, cobalt blue and any other blue shades hues of the incredibly versatile colour stretch from humble, comfortable and relaxing to powerful, artistic and regal, depending on how the colour is used and what its paired with. Blue is one of those colours that can stand on itself. However, you may also add some white and natural textures, and you have got yourself a palette.

It is always your choice on the selection of the colour scheme as it is a very personal choice for the home owners. For example, you can choose a nice shade of plum and very well contrast it with orange of that is what you like.

Alhamdulillah, dapat duit raya Rm450 lagi !

Mei 17, 2019 9 Comments
Alhamdulillah, dapat duit raya Rm450 lagi !
Alhamdulillah, merasa lagi duit raya kali ni walaupun tak sebanyak yang diminta tapi sekurangnya-kurangnya dapat. Kalau tak dapat lagi haru hikhik. Merasalah juga kita lebihan rezeki dari-Nya pada bulan yang penuh barakah ni untuk persiapan menyambut Aidilfitri. Nanti bolehlah topup mana-mana yang dirasakan kurang ni. Hmmm duit raya pun dah boleh tukar dah nii


Semalam dengan rasminya PM kita, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pemberian bonus sebanyak Rm450 kepada hampir 1.5juta penjawat awam dari gred 56 ke bawah dan Rm225 kepada pesara kerajaan. Pembayaran akan dibuat pada 24 Mei 2019 (Jumaat). Kiranya sehari selepas pembayaran gaji untuk bulan ini. Yes, dah boleh shopping.

Terjawab sudah pertanyaan kita mengenai duit raya tahun ni. Walaupun tak sebanyak negeri-negeri yang dah diumumkan sebelum ni. Tapi pemberian ini cukup bermakna sebenarnya terutamanya buat yang memerlukan.


Sedikit atau banyak nilainya bukan ukuran. Yang penting ada. Cukup atau tidak semuanya bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk menguruskannnya. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian-Nya. In Shaa Allah, aamiin.




Neem Balm | Atasi masalah kulit kering dan sensitif

Mei 16, 2019 2 Comments
Neem Balm | Atasi masalah kulit kering dan sensitif
Haii, assalamualaikum dan selamat tengahari korang. Bertemu lagi kita kali ni. Macam biasa masa-masa camni dapat tidur sejenak memang bestlah. Terbang segala macam aura negatif yang sedang menghimpit tu. Lagipun kita memang digalakkan pun, bukan apa sebenarnya untuk caj semula aura positif yang dah berkurangan kita gunakan sebelum lunch tadi. Tapiii bukan itu yang ciktie nak kongsikan.

Yang ciktie nak kongsikan kali ni adalah tentang produk baru yang ciktie gunakan sekarang ni, Neem Balm keluaran ZM Beauty.  Mungkin ada diantara korang yang  tak tahu lagi pasal produk ni atau mungkin juga ada yang dah tahu, dah biasa tengok atau mungkin dah cuba. Tapi tak apa.. yang elok dan baik itu memang patut kita uwar-uwarkan. Sharing is caring tak gitu 😉

Oklah, jom  berkenalan dengan Neem Balm

Neem Balm

Atasi masalah kulit kering dan sensitif

Neem Balm | Atasi masalah kulit kering dan sensitif  

Kalau nak tahu Neem Balm ini merupakan suatu produk yang dihasilkan dari 100% bahan semulajadi yang terdiri dari minyak zaitun, minyak bunga, lilin lebah, serbuk Neem atau lebih dikenali dengan daun semambu, lavender dan tea tree. Memandangkan ia 100% menggunakan bahan semulajadi (natural), in Shaa Allah, ia tidak mempunyai sebarang kesan sampingan dan kita boleh menggunakannya sekerap mana yang kita nak.

Telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) okay.

Neem Balm

Kenapa perlu pilih Neem Balm?

✔️ Lulus KKM
✔️ Free chemical berbahaya
✔️ Natural
✔️ Mudah serap & tak berminyak yang melampau 
✔️ WANGI!!!
✔️ Dan yang paling penting guna Neem asli


Neem Balm

Bertindak sebagai losyen atau balm yang menyerap dengan cepat untuk melembap dan melindungi kulit kering dan sensitif. Kalau dulu, mak bagitau daun semambu ni kita guna untuk mengurangkan rasa miang / tak selesa deman campak, cacar air, ruam, gatal-gatal, ekzema, alahan kulit dan banyak lagi. Tapi sekarang ia dah dikomersialkan. Susah juga nak dapatkan daunnya sekarang ni. Bukan semua tempat ada, sekurang-kurangnya bila dikomersialkan macam ni kita boleh dapatkannya dimana-mana saje kita berada.

Neem Balm

Testurnya jenis cepat meresap, tak melekit, berminyak apatah lagi. Bau ia pun ok. Tiadalah kuat sangat - wangi je. Memang selesa sangat nak-nak kulit ciktie ni asyik kering dan tapak tangan mengelupas je. Memang tak selesa. Nak buat kerja pun macam tak best..tersangkut-sangkut je dekat tangan sendiri.

Neem Balm

Neem Balm

Kalau sebelum ini, sebelum keluar rumah laju je capai dan taruk losyen banyak-banyak dekat tapak tangan dan kaki terutamanya dekat buku lali. Kononnya tak mau kulit kering. Nak biarkan ia lembap sentiasa. Tiadalah segan dan tak selesa sangat bila melihat tapak tangan sendiri.

Ada juga sapukan Neem Balm ini pada kulit si kakak dan tumit kaki ma. Biasalah bila dah berusia dan berdiri lama-lama, masalah tumit kaki merekah dan kasar memang tak boleh dielakkan. Tapi memang ketaralah perubahannya daripada kulit kering, kasar, tumit kaki pecah / merekah semua tu dah beransur baik. Kulit pun nampak lebih sihat, lembap dan lembut je bila disentuh. Cuma untuk dapatkan hasilnya tu kita kena konsistenlah, takboleh sekali guna dah nak dapatkan hasilnya yang WOW terus walaupun memang sekali guna dah boleh nampak hasilnya.

Neem Balm



Hadir dalam packaging yang bagi ciktie cukup comel bersama keychain dan satu unit termometer (stok terhad). Cukup simple! Casing ala-ala beg duit syiling camtu. Dengan berat 60g memang senang nak bawa kemana-mana. Sesuai digunakan oleh semua orang, baik dewasa mahupun kanak-kanak. Warga emas pun boleh.

Jadi pada korang yang ingin mendapatkan produk Neem Balm bagi mengatasi masalah kulit kering atau ingin menjadi agen produk Neem Balm ini boleh hubungi

Facebook

Instagram

Facebook Page

Whatsapp
 011-32484182

Call
 07-7550792



Sinopsis Drama Pia

Mei 15, 2019 2 Comments
Sinopsis Drama Pia
Alamakkk! Dah banyak kali dah terlepas episode drama Pia ni. Asyik lupa je pukul berapa dan bila ia bersiaran. Tengok-tengok dah terlepas 🤪🤪 dah la drama ni 15 episode je. Hmmm nampak gaya terpaksalah layan dekat tonton mana-mana episode yang dah terlepas tu.

Drama Pia yang diterajui oleh Zara Zya (Pia), Alif Satar (Zafran) dan Naim Daniel (Budi) turut dibantu oleh Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani dan ramai lagi. Menghiasi Slot Lestary di TV3 bersiaran setiap hari Rabu - Jumaat, 9.00 malam. Harapnya lepas ni tak lupalah. Opsss hahaha tapi geram juga tengok watak Sheila Rusly dalam drama ni.


SINOPSIS DRAMA PIA 

Mengisahkan Pia (Zara Zya) yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya. Selepas kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh, Pia dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah 'celebral palsy' bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia sewaktu kecil menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu perkembangan cinta Zafran dan Pia. Dia menghalangnya.


Zafran yang kemudiannya menyambung pengajiannya ke luar negara, tapi dia tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi. Alahai kesian Pia. Tak pepasal kena berpisah dengan adiknya. Kalau sempurna macam orang lain oklah kan..




Carsome | platform jual beli kenderaan terpakai terbesar di Asia Tenggara kini melebarkan operasinya ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka

Mei 14, 2019 4 Comments
Carsome | platform jual beli kenderaan terpakai terbesar di Asia Tenggara kini melebarkan operasinya ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka
Carsome, platform jual beli kenderaan terpakai terbesar di Asia Tenggara kini melebarkan operasinya ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka

Tahniah Carsome !! Mula-mula tadi terfikir juga apa sebenarnya Carsome ni. Rupanya ia platform jual beli kenderaan atas talian di Asia Tenggara yang dibangunkan di Malaysia. Sebelum ini ia telah beroperasi di Kuala Lumpur dan sekarang ini ia telah mengembangkan operasinya ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka.

Woww, interesting !!

Carsome | platform jual beli kenderaan terpakai terbesar di Asia Tenggara kini melebarkan operasinya ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka

Platform jual beli kenderaan terpakai terbesar di Asia Tenggara, Carsome, telah melancarkan pusat pemeriksaan pertama di Pulau Pinang dan Johor Bahru awal tahun ini, ditambah dengan pembukaan pusat pemeriksaan di Melaka yang telah mula beroperasi pada bulan Mei, diikuti dengan Ipoh dan Batu Pahat pada bulan Jun ini. Dengan matlamat untuk membantu lebih ramai orang untuk menjual kenderaan mereka di seluruh negara, Carsome menyasarkan untuk membuka 15 pusat pemeriksaan menjelang akhir tahun ini.

Carsome sememangnya terkenal sebagai pusat penyelesaian sehenti bagi mereka yang ingin menjual kenderaan - dari proses pemeriksaan kepada pemindahan hak milik - menjanjikan proses yang mudah dengan pembayaran segera tanpa perlu bimbang tentang penyediaan kertas kerja. Semenjak penubuhannya pada 2015, lebih 31,000 transaksi jual beli kenderaan telah direkodkan di platform ini merentasi empat negara sedia ada yang telah ditembusi Carsome.


Para pelanggan kini boleh menjadualkan sesi penilaian kenderaan di mana-mana lapan pusat pemeriksaan Carsome di KL, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Melaka. Di sini, Carsome akan menilai kenderaan dan memberikan tawaran terus dengan segera. Pelanggan boleh memilih untuk membida kepada rangkaian pengedar kereta terpakai Carsome di seluruh negara. Setelah tawaran diterima pelanggan, semua kertas kerja yang diperlukan akan diurus oleh Carsome dan pemindahan wang akan dilakukan dalam talian dengan segera .
“Kami memberi fokus untuk mngembangkan operasi bukan sahaja kepada bandar-bandar utama, namun kami turut meluaskan liputan kepada bandar tier kedua - termasuk Ipoh, Seremban dan Kuantan tidak lama lagi. Kami kini telah memperolehi lebih 5,000 pengedar-pengedar kereta terpakai merentasi empat pasaran, dan dengan rangkaian pengedar yang kami ada hari ini, kami teruja untuk menawarkan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pengguna dan memberikan harga yang lebih kompetitif kepada pelanggan kami,” kata Eric Cheng, Pengasas Bersama dan KPE, Carsome

Mereka yang ingin menjual kereta di Pulau Pinang, Johor dan Melaka kini boleh kunjungi pusat pemeriksaan Carsome baharu di lokasi berikut:

Pulau Pinang
Unit G-19 Medan Perniagaan Pauh Jaya,
Jalan Baru, 13700 Perai,
Pulau Pinang

Johor Bahru
34, Jalan Beringin,
Taman Melodies,
80250 Johor Bahru

Melaka
11, Jalan PS3,
Plaza Semabok,
75050 Melaka

Untuk maklumat lanjut tentang Carsome, layari laman web Carsome di www.carsome.my.


Carsome

Carsome merupakan platform jual beli kenderaan terpakai atas talian terkemuka di Asia Tenggara yang menawarkan perkhidmatan menjual kereta kepada individu atau pun syarikat-syarikat komersil secara efisyen. Melalui portal pembidaan, pelanggan boleh menjual kereta kepada pengedar-pengedar kereta terpakai seluruh negara. Carsome memudahkan proses keseluruhan menjual kereta dari pemeriksaan, kepada pembidaan, pembayaran dan juga keperluan logistik, dimana pelanggan boleh menjual kereta terpakai seawal satu hari tanpa sebarang caj.


Carsome yang beribu pejabat di Malaysia telah melebarkan sayapnya ke Indonesia, Thailand dan Singapura semenjak penubuhannya dan mempunyai rangkaian pengedar kenderaan terpakai terbesar dengan lebih 5,000 pengedar berdaftar diplatform Carsome. Semenjak penubuhannya pada 2015, Carsome telah mendaftarkan lebih daripada 1,000,000+ bida untuk kereta terpakai, dengan lebih daripada 70% transaksi yang berlaku di antara bandar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.carsome.my


MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal

Mei 14, 2019 4 Comments
MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal
Sempena bulan Ramadan yang mulia, MAGGI® telah mengadakan jamuan berbuka puasa istimewa dan menghidangkan bubur lambuk MAGGI® untuk meraikan penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK), sebuah rumah amal yang menempatkan lebih 130 kanak-kanak, insan kurang upaya dan ibu tunggal.

Kakitangan daripada MAGGI® dan Nestlé Malaysia telah mencurahkan tenaga dan masa mereka untuk inisiatif ini, yang bermula dengan penyediaan bubur lambuk MAGGI® yang terkenal oleh chef MAGGI®, bersama para pengelola dari RTK. Mencerminkan tema MAGGI® ‘Sajikan Kelainan’, bubur nasi penuh perisa ini yang secara tradisi diagihkan pada bulan Ramadan, dimasak dengan menggunakan ramuan segar dan rempah untuk menghasilkan sajian yang lazat dan sihat untuk berbuka puasa.


Untuk membantu membersihkan rumah amal sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kakitangan Nestlé termasuk pasukan dari MAGGI® telah menganjurkan sesi gotong royong. Para sukarelawan yang turut menyertai juga telah mengecat baharu bahagian dinding rumah amal tersebut.



Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Usaha memasak dan mengedarkan hidangan bubur lambuk MAGGI® yang sungguh berkhasiat mencerminkan wawasan ‘Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan’ untuk mewujudkan impak positif menerusi aktiviti masakan harian. Acara ini telah menjadi acara Ramadan tahunan kami dan kami berbangga untuk berkongsi keceriaan ini bersama Rumah Titian Kaseh pada tahun ini. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi kenangan istimewa buat mereka dan kami berharap kami akan terus diberi rezeki dan peluang untuk menceriakan golongan- golongan yang memerlukan.”


Mengulas mengenai majlis berbuka puasa anjuran MAGGI®, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, "Ia amat bermakna bagi kami kerana dapat berbuka puasa bersama warga Rumah Titian Kaseh pada bulan Ramadan ini. Majlis hari ini merupakan peluang bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan kami amat bersyukur bukan sahaja kerana mengadakan jamuan berbuka puasa di rumah amal ini, tetapi diberikan kesempatan untuk meluangkan masa bersama para penghuninya.”

Di samping itu, demi memupuk amalan pemakanan yang baik, satu sesi pemakanan interaktif telah dianjurkan untuk kanak-kanak. Dalam sesi kendalian Puan Nurul Iliani Ahmad, Pengurus Pemakanan Kategori, Nestlé Malaysia, kanak-kanak telah diajar tentang kumpulan makanan dan piramid makanan menerusi permainan yang menyeronokkan.



Sejajar dengan komitmen Nestlé terhadap pemuliharaan alam sekitar, Nestlé telah mendidik kanak-kanak di RTK tentang betapa pentingnya amalan mengitar semula. Untuk menyemai amalan kitar semula yang efektif, kakitangan Nestlé berganding bahu dengan mereka untuk membuat hiasan rumah yang kreatif bagi menceriakan suasana menggunakan bahan kitar semula, termasuk bahan promosi, kotak kadbod dan botol plastik.

MAGGI® akan bekerjasama dengan RTK untuk menjual bahan seni dan kraf yang dihasilkan daripada bahan kitar semula di rumah amal tersebut. Hasil kerja tangan ini akan dijual dan dana yang dikutip bakal disalurkan kepada RTK. Rumah ini juga akan menjual biskut dan kuih sempena musim perayaan.


Menurut Hajah Sharifah Binti Haji Adlan - pengasas RTK, “Kami amat teruja dengan kunjungan pasukan dari MAGGI® dan Nestlé yang sudi mengadakan aktiviti ini bersama kami, disamping meluangkan masa dengan kanak-kanak dan penghuni lain. Majlis ini ternyata telah merapatkan hubungan silaturahim sesama insan pada bulan puasa dan kami amat menghargainya.”

Untuk belajar cara menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, sila layari laman web MAGGI® di http://www.maggi.com.my/ .

Mengenai MAGGI® 

MAGGI® ialah jenama global yang diiktiraf dan menjadi sebutan ramai di Malaysia. Misi utamanya adalah untuk mencipta detik-detik indah menyediakan sajian kebahagiaan yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Menerusi pelbagai rangkaian produk dan penyelesaian makanannya, MAGGI® membantu ibu-ibu menyediakan sajian makanan masakan rumah yang lazat dan seimbang untuk keluarga mereka setiap hari. Jenama ini juga komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, dengan menghasilkan inovasi produk yang digemari oleh seisi keluarga di Malaysia sejak zaman-berzaman.

Mengenai Nestlé Malaysia 

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia



My Ping in TotalPing.com