Khamis, 11 April 2019

Wajah dan konsep baru NESCAFÉ GOLD !!

Korang dah tengok ke packaging baru NESCAFÉ GOLD?? Ciktie baru perasan yang sekarang ini NESCAFÉ GOLD dah bertukar kepada wajah dan konsep baru. Dengan lambang keemasan dihasilkan daripada pemilihan biji-biji kopi terbaik Arabica yang ditanam di pergunungan yang dipilih secara rapi untuk menjalani proses pemanggangan. Semestinya ianya menghasilkan adunan dan aroma perisa kopi yang cukup mengujakan buat pengemar kopi seperti ciktie.

Wajah dan konsep baru NESCAFÉ GOLD !!

Sebagai jenama kopi terkenal dan digemari di dunia, NESCAFÉ sentiasa komited untuk kekal relevan dalam kehidupan pengguna dengan mencipta detik-detik indah yang menjadi kenangan menerusi kopi selama lebih 80 tahun di Malaysia. Dengan demikian, hari ini jenama antarabangsa ini memperlihatkan wajah dan konsep baharu untuk rangkaian NESCAFÉ GOLD di The Square, Publika - seterusnya mengukuhkan daya tarikan, keaslian dan keterbukaan, bagi memastikan dan meneruskan kerelevanannya dengan pengguna.


NESCAFÉ GOLD terus dihasilkan secara teliti; daripada pemilihan biji-biji kopi Arabica yang ditanam di pergunungan yang dipilih dengan rapi, untuk menjalani proses pemanggangan yang menerbitkan aroma dan perisa kopi terbaik. Proses ini menghasilkan adunan dan aroma yang menjadi lambang Keemasan dan perisa yang digemari oleh pengguna Malaysia. Pelancaran wajah baharu ini dipacu oleh komitmen jenama untuk memastikan produknya yang bermutu tinggi dihasilkan dengan teliti.

Untuk melengkapi pelancaran, NESCAFÉ telah mereka cipta sebuah kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD serba baharu yang bukan sahaja memberikan pengalaman yang merangsang deria, tetapi juga memperlihatkan kepakaran jenama dalam mengadun kopi bermutu tinggi untuk detik-detik penting yang sangat bermakna kepada para pengunjung.

Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Inovasi yang kita lihat dalam perniagaan kopi adalah lebih hebat daripada yang diramalkan. Inisiatif dan trend yang kita lihat sekarang adalah lebih daripada secawan kopi; tumpuan lebih kepada pengalaman yang memberikan sentuhan peribadi untuk setiap pelanggan. Inilah yang membuat pasukan NESCAFÉ bekerja keras untuk lebih memahami dan mendalami trend kopi premium di Malaysia untuk mengetengahkan tawaran serba baharu.”


Encik Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi NESCAFÉ, mengulas, “Sebagai jenama kopi runcit premium yang terkenal di negara ini, kami dengan bangganya memperkenalkan tawaran baharu ini daripada NESCAFÉ GOLD. Ia dicipta dengan sentuhan kepakaran yang mengekalkan keunikan, kelicinan dan kehalusan jenama. Ini menghasilkan secawan kopi dengan keseimbangan yang sempurna. Keseimbangan dan pembaharuan ini juga digambarkan dengan wajah baharu NESCAFÉ GOLD yang diperlihatkan menerusi rekaan pembungkusannya yang menarik. Disertakan corak grafik Emas digilap yang lebih sederhana dan menarik; wajah baharu Tanda Pengenalan ini mencerminkan pengalaman minum kopi NESCAFÉ GOLD yang unik, menggabungkan kelembutan, keseronokan dan kepuasan deria rasa.”

“Kami bukan sahaja menekankan kualiti produk yang kami cipta, tetapi juga hubungan dengan mereka yang bermakna dalam hidup kita. Kami memberikan perhatian kepada keperincian dalam setiap proses; supaya kami dapat mencipta detik-detik yang memberi pengalaman manis kepada anda. Selari dengan usaha untuk menambah baik pengalaman minum kopi pelanggan kami, kami turut memberi tumpuan kepada usaha menambah baik perjalanan mereka menerusi pelbagai titik sentuhan. Ini termasuk kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD yang dicipta khas untuk memberikan pengalaman yang merangsang deria dan menonjolkan ketelitian dan kualiti tinggi yang terdapat dalam cawan kopi pengguna,” tambah Encik Chraibi.

Serentak dengan pelancaran itu, hadirin telah juga diperkenalkan kepada “NESCAFÉ GOLD experiential café”, membolehkan mereka menyelami pengalaman minum kopi yang unik dan lebih memahami kepakaran NESCAFÉ GOLD dalam seni pembuatan kopi. Tetamu jemputan juga berpeluang untuk menyertai aktiviti interaktif seperti ‘Barista of the Day’ dengan Mesin Barista NESCAFÉ GOLD yang turut dipamerkan, untuk menyenangkan mereka membuat dan menikmati kopi gaya kafe di rumah dengan cara yang sangat mudah.

Kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD ditempatkan di The Square, Publika hingga 14 April, sebelum dipindahkan ke MyTOWN, Cheras, dari 19 April hingga 5 Mei untuk membolehkan pengunjung mengalami kelainannya, dan seterusnya ke banyak lokasi lain pada minggu-minggu yang akan datang.

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia





4 ulasan

  1. wah lagi cantik dan ekslusif.. tapi mama takleh minum nescafe nanti sakit kepala

    BalasPadam
  2. dok minat ngat minum kuppi. tapi kadang2 tu terbit tingin =D

    BalasPadam
  3. pagi2 minum kopi atau nescafe agar bertenaga n cergas utk bekerja....

    BalasPadam
  4. Wahh menarik! Sedapnya Nescafe. Lama dh tak minum.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.