Jumaat, 19 April 2019

TAHUN KE-2 ‘SHARE THE LOVE’ BY NY STEAK SHACK

Seiring dengan semangat memberi pada bulan Ramadan, NY Steak Shack — rangkaian restoran makanan stik Halal pertama di Malaysia telah melancarkan kempen ‘Share The Love’ — projek mengumpul dana dalam usaha memberi balik kepada masyarakat, untuk tahun kedua berturut-turut. 

'Raikan kedatangan Ramadan yang mulia dengan juadah lazat yang baharu sambil mempromosikan kebersamaan menerusi sumbangan dana dan perkongsian dengan kempen mengumpul derma tahunan'
NY Steak Shack

Dari 29 April hingga 30 Jun 2019 pelanggan boleh menyumbang kepada kempen ini dengan memilih dari menu ‘All New Sharing Platters’ di NY Steak Shack yang  sememangnya dicipta khas untuk dikongsi.


NY Steak Shack telah memilih Masjid Tun Abdul Aziz (MTAA) di Petaling Jaya sebagai penerima dana tahun ini bertujuan untuk menambahbaik dan memulihkan infrastruktur masjid tersebut. Juga dikenali sebagai Masjid Bulat di kalangan penduduk setempat, Masjid Tun Abdul Aziz telah dibina pada tahun 1976 dan merupakan masjid pertama di Malaysia yang menggunakan ciri-ciri senibina bulat yang unik.



Bagi setiap pembelian daripada menu ‘All New Sharing Platters’, NY Steak Shack akan menyalurkan RM5 kepada masjid tersebut. Orang ramai juga boleh memberi sumbangan menerusi tabung derma yang diletakkan di semua rangkaian restoran NY Steak Shack.



“Sejak kempen`Share The Love’ diperkenalkan tahun lalu, kami amat berbesar hati dengan sokongan hebat daripada pelanggan kami dan orang ramai. Sokongan yang diterima mendorong kami untuk meneruskan inisiatif ini dan berha rap sokongan itu akan berterusan untuk tahun yang akan datang,’’
kata Muhammad Adam Mah, Pengurus Besar Jenama NY Steak Shack. 

Untuk butiran lanjut mengenai kempen NY Steak Shack, penawaran kulinari terkini dan berita-berita boleh didapati di https://www.facebook.com/nysteakshackmy

Mengenai NY Steak Shack 

Diinspirasikan dari Kota New York, NY Steak Shack merupakan jenama  yang dibangunkan di Malaysia yang medakap intipati dan kilauan Big Apple sebagaimana ia cukup dikenali. Hasilnya ialah sinergi kulinari yang tidak dapat didapati di tempat lain, mencipta penawaran yang benar-benar unik dan lain dari yang lain.

Menawarkan nikmat untuk semua deria, NY Steak Shack adalah tempat kemuncak untuk memenuhi citarasa hidangan sizzling stik yang lazat.



Nikmati stik terkenal  NY Steak Shack bersama dengan hidangan lain termasuk burger, minuman shakes, pembuka selera, salad, sup, pasta, platter kongsi luar biasa dan banyak lagi! Sebagai restoran stik pertama di Malaysia yang menerima persijilan HALAL dari JAKIM, NY Steak Shack menarik peminat makanan daging dengan harga berpatutan – hanya sebahagian kecil dengan apa yang mereka jangka bayarkan di restoran stik konvensional lain.

Restoran pertama NY Steak Shack’s dibuka pada Julai 2014. Dan kini terdapat enam restoran terletak di Lembah Klang, dengan tambahan restoran dalam perancangan. Untuk maklumat lanjut, sila log  masuk ke http://www.nysteakshack.com 


6 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.