Rabu, 3 April 2019

Sinopsis Nur 2

Nur 2 ! sambungan kepada drama Nur lakonan mantap Syafiq Kyle dan Amyra Rosli yang memang cukup berhantu hari tu dah bermula dah. Agak-agak berjaya tak sambungannya pecah rekod lagi kali ni?? Sama-samalah kita saksikan adalah ianya sehebat karya pertamanya tu.

Drama 15 episode yang masih mengekalkan para pelakon asalnya turut menampilkan Azar Azmi (Juita) sebagai watak antagonis yang sukar dijangka dalam drama kali ini (watak jahat). Sejahat manakah wataknya dan apakah sebenarnya yang cuba dilakukannya. Nanti kita tengok sama-samalah.

Sinopsis Nur 2

Ujian demi ujian datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam.

Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya.


Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaannya dituruti.

Aisyah dan Hamadi terpaksa menebalkan muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah setelah dihalau keluar dari rumah sewanya. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu.

Agak-agak Hamadi dalam drama kali ni akan insaf tak? Atau dia tetap akan ada niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Dan berjayakah Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang luar yang sentiasa hadir untuk merosakkan segalanya?



11 ulasan

  1. eh kak aisyah ni cerai je lah dengan hamadi tu

    BalasPadam
  2. yeahh nur 2 kembali. trending lagi la cerita ni nanti

    BalasPadam
  3. belum mula tengok.. tunggu banyak2 episode dlu hehe..

    BalasPadam
  4. alamak.. konflik dia menakutkan

    BalasPadam
  5. belum sempat tengok lagi citer ni. x apa..kita tgok di tonton aje nanti..

    BalasPadam
  6. tapi MZ rasa starting Nur 2 agak bosan jika nak dibandingkan dengan Nur duluuu.. macam mana pun, still foloow Nur 2 ni.. hehe

    BalasPadam
  7. tak tonton lagi..rasa mcm malas nk tonton sbb bila ending dah happy tetiba ada pulak konflik dah rasa tak best..hehe

    BalasPadam
  8. Best tgok cite Nur ni. Banyak pengajarannya :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.