Rabu, 17 April 2019

Sinopsis Cinta Ke2 by Zihasra Aziz

Terasa macam dah lama dah sebenarnya tak mengadap novel ni. Last hari tu baca novel tajuk apa ye 🤔🤔 lupa dah. Maybe novel sendiri punya kot itu yang lupa. Cuba novel orang lain. Memang ingat je hikhik macamlah kita ni ingat semua. 

Oklah, memandangkan esok-esok dah nak pulangkan dah novel ni. Ciktie share ajelah sinopsisnya dekat sini. Best tau jalan cerita novel ni. Memang tak nyesal sikit pun habiskan cuti hujung minggu mengadapnya ni.


Sinopsis Cinta Ke2 by Zihasra Aziz 

Mengisahkan Erin Natasha yang akhirnya jatuh cinta juga dekat Zafeef, lelaki yang telah banyak menolong dan berusaha memenangi hatinya sejak kali pertama berjumpa.

Perkahwinan yang dirancang mengundang derita apabila Zafeef meninggal dunia pada hari perkahwinannya disebabkan kemalangan jalanraya. Erin benar-benar buntu dan mati akal kerana telah mengandung sebelum berkahwin walaubagaimanapun wasiat yang diamanahkan oleh Nek Sarah telah membuka jalan dan lembaran baru dalam hidupnya. Demi maruah dan anak yang dikandungnya dia bersetuju untuk berkahwin dengan sepupunya - Harris Haikal, lelaki yang paling dibencinya walaupun menyedari sepupunya itu telah mempunyai kekasih. Dek kerana tidak mahu harta warisan keluarganya jatuh ke tangan orang lain, Harris Haikal terpaksa menerima Erin.


Derita demi derita terpaksa ditanggungnya saban hari disebabkan suami sendiri. Walaubagaimanapun, dalam tak sedar dia telah jatuh cinta terhadap suaminya. Semasa dia sedang mengandungkan anak suaminya, dia pula telah diceraikan. 

Suatu hari, Harris Haikal yang telah mengetahui kecurangan kekasihnya telah dituduh membunuh kekasihnya itu. Apa yang jadi seterusnya?? Bahagiakah Erin setelah berstatus ibu tunggal?? Kenalah cari jawapannya sendiri ok.



4 ulasan

  1. syiok tengok buku, akk suka beli buku juga. tp merangkak nak perabihkan haha

    BalasPadam
  2. Cute je cover novel ni hehe. Lama tak baca novel dah.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.