Dalam pelbagai cara, teknologi yang berkembang pesat telah membantu bukan sekadar memudahkan tugasan harian malah mempercepatkan kerja-kerja yang dilakukan. Masa yang tersedia amat berharga, peruntukkan ia untuk perkara yang lebih bermanfaat.
Namun ramai antara kita yang masih memilih kaedah lama yang menuntut banyak tenaga dan
masa lebih. Tidak kira, sama ada tersedia kelengkapan yang mencukupi atau peralatan yang tepat, produk berteknologi maju ini dapat membantu di mana jua walaupun di bawah sinki atau di garaj kediaman. Ya, kita sedang membincangkan produk yang di labelkan dengan warna biru dan kuning serta mempunyai lebih dari 2000 kegunaan iaitu
Produk Pelbagai Guna WD-40®.
Hidup ini cukup singkat ! Oleh itu, peruntukkan ia dengan sesuatu yang lebih bermanfaat dan indah. Berikut adalah 10 trik bijak kegunaan WD-40® yang bukan sekadar memudahkan kerja malah
menjimatkan masa dan tenaga.
10 trik bijak kegunaan WD-40® yang bukan sekadar memudahkan kerja malah menjimatkan masa dan tenaga
1) Hilangkan lakaran krayon si cilik di dinding.
Tidak perlu risau dan gusar lagi untuk menghilangkan lakaran seni atau
kesan conteng krayon si cilik
anda di dinding. Caranya mudah je untuk membersihkannya, hanya semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40® pada lakaran di dinding dan biarkan beberapa minit. Setelah itu, ambil kain bersih dan lap pada lakaran yang telah disembur WD-40® tadi. Dengan mudah, warna karyon tadi akan tertanggal dan dinding anda bersih seperti sedia kala.
2) Singkirkan pelekat dan gula getah.
Menanggalkan pelekat label atau harga adalah antara tugas yang sukar. Tambahan, pula untuk menanggalkan gula-gula getah yang melekat pada kasut atau alas kaki juga suatu kerja yang memenatkan. Cara mudah untuk menanggalkannya perlu semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40®
pada permukaan pelekat dan biarkan
beberapa minit. Kemudian, gosok pelekat yang telah disembur dengan menggunakan tangan.
Pelekat tadi dapat ditanggalkan begitu sahaja.
Untuk gula-gula getah pula sedikit kerja keras
diperlukan. Sembur
Produk Pelbagai Guna WD-40®
pada permukaan gula getah yang melekat dan biarkan beberapa minit. Guna kain basah untuk menanggalkan gula getah tersebut. Ulang
langkah ini beberapa kali sehingga segala sisa gula getah dapat dibersihkan. Cara ini dapat
membantu melonggarkan molekul gula-gula getah yang melekat dan secara tidak langsung ia
mudah untuk ditanggalkan.
3) Bersihkan gril BBQ.
Untuk pastikan gril BBQ tersedia sebelum digunakan ketika pesta. Hanya sembur rata
WD-40®
Multi
-
Use Product pada permukaan jaring gril dan biarkan ia selama 10 minit sebelum semburan kali kedua.
Gosok
permukaan jarring gril dengan menggunakan kain bersih yang kering untuk menanggalkan
kotoran atau bentangkan lapisan aluminium. Kemudian, lap keseluruhan permukaan rak grill
dengan tuala kertas. Jika masih terdapat kesan degil yang melakat, semburkan
Produk Pelbagai
Guna WD-40®
pada permukaan kotoran tersebut dan sental dengan menggunakan berus
dawai. Dengan ringkas, cuci keseluruhan permukaan jaring gril menggunakan sabun dan dibilas
bersih.
4) Elak cermin di dalam bilik air berkabus.
Selesai mandi dengan
menggunakan air panas sudah semestinya permukaan cermin terbentuk satu
lapisan kabus dan ia perlu dilap agar dapat digunakan. Hal ini akan menyababkan kesan atau
tompokan air kelihatan dan ia perlu dibersihkan sekali lagi. Apa kata untuk mengatasi masalah pembentukkan kabus pada permukaan cermin itu kita menggunakan Produk Pelbagai Guna WD-40®? Hanya semburkan sahaja pada keseluruhan cermin dan lap sehingga kering. Dilakukan seminggu sekali, selesai permasalahan permukaan cermin berkabus.
5) Elak set gole dan peralatan memancing berkarat.
Sebenarnya ia bukan sekadar dapat atasi set golf dan peralatan memancing dari berkarat, malah kelengkapan
yang diperbuat dari keluli tahan karat juga dapat dielakkan. Apabila permukaan kromium
oksida yang sukar dilihat dengan mata kasar rosak, ia akan mengundang berlaku pembentukkan
karat. Untuk memastikan peralatan dan perkakas anda terhindar dari pembentukkan karat dalam
tempoh yang lama, semburkan
Produk Pelbagai Guna WD-40®
dan lap dengan menggunakan
tuala kering. Dilakukan langkah pencegahan karat ini seminggu sekali.
6) Bersihkan kotoran degil dalam peti sejuk.
Yang ini ciktie suka, apabila sisa makanan yang melekat dan sukar dicuci dengan menggunakan sabun dan air,
Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh mengambil alih tugasan menanggalkannya. Keluarkan semua makan dan jauhkan
ia dari kawasan yang hendak di rawat. Semburkan sedikit
Produk Pelbagai Guna WD-40®
terus
pada pemukaan kotoran dan lap dengan menggunakan kain basah atau span. Kemudian setelah
bersih, lap sekali lagi dengan menggunakan kain bersih yang kering. Dah selesaii
7) Pastikan jubin sentiasa bersih.
Untuk memastikan jubin lantai sentiasa kelihatan cantik dan bersih bukanlah sesuatu yang
mudah dan murah lebih-lebih lagi jika ia adalah jubin jenis yang direka khas. Oleh itu, untuk
mengekalkan jubin kelihatan bersih dan cantik, sudah pasti penjagaan rapi perlu
dilakukan. Bagi mencegah serta menghilangkan kesan calar, kotoran degil dan turapan jubin
yang kotor, semburkan
Produk Pelbagai Guna WD-40®
pada permukaan jubin kemudian
dibiarkan seketika sebelum dibersihkan dengan menggunakan air sabun.
8) Melebutkan kasut kulit.
Sepasang kasut diperbuat dari kulit menjadikan penampilan kita kelihatan lebih elegan. Namun, untuk menyarung sepasang kasut kulit yang baru adakalanya mengudang ketidakselesaan kepada
pengguna.
Produk Pelbagai Guna WD-40®
dapat membantu. Hanya semburkan pada
permukaan kasut dan lap dengan kain lembut dan kering. Teknik ini membantu mengurangkan
risiko lepuh pada kaki dengan melembutkan kasut kulit baru anda dan secara tidak langsung
memberi keselesaan. Disamping itu juga, ia membantu menjaga kasut agar kelihatan lebih berkilat. Apa
yang kita perlu lakukan adalah dengan menyembur
Produk Pelbagai Guna WD-40®
dan gosok
perlahan-lahan.
9) Zip tersangkut dan tersekat-sekat.
Tidak kira samada seluar mahupun beg, zip yang tersangkut dan tersekat-sekat juga boleh diselesaikan
dengan
Produk
Pelbagai Guna WD-40®. Teknik menggunakan lilin bagi menyelesaikan
masalah zip yang tersangkut dengan menggunakan lilin adakalanya kurang bernas terutamanya
bagi tempat yang sukar dijangkau. Jadi, apa kata jadi bijak dengan menggunakan
Produk
Pelbagai Guna
WD-40®. Caranya hanya semburkan Produk Pelbagai Guna WD-40®
pada zip yang tersangkut dan sepanjang trek zip yang tersangkut. Itu je.. Simple sangat kan !! Akhir sekali
10) Bersihkan bilah mata pemotong rumput.
Tugas memotong rumput sudah pasti sukar dilakukan apabila terdapat sisa
potongan yang
tersangkut pada bilah pemotong. Lebih teruk lagi, jika ia tidak di atasi segera. Ia boleh menyebabkan
mata bilah tersangkut dan tidak berfungsi. Membuang sisa rumput yang melekat secara manual
agak
sukar dan mengambil masa yang lama. Untuk mengatasinya, semburkan
Produk
Pelbagai Guna WD-40®
pada masin pemotong rumput terutamanya bahagian bilah mata.
Untuk dapatkan lebih tip dan trik bijak penggunaan
Produk Pelbagai Guna WD-40®
atau mencari
produk yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah dan tugasan tertentu, jangan lupa layari
https://wd40.asia/