Rabu, 24 April 2019

86, 400 Detik by Dyza Ainun

O..o...mood berblog masih lagi takmoh mai nampaknya ni, terpaksalah juga ku gagahi jari-jemari ini menekan huruf-huruf supaya berhasil juga satu entri hari ini. Sudah beberapa hari blog ini sepi tanpa apa-apa catatan. Kalau asyik review je entrinya macam tak seronok juga. Jadi apa kata kita perlbagaikan sikit - biar meriah gitu.

Tapi untuk kali ini, macam biasa ciktie nak share sinopsis novel yang baru ciktie baca. Sebenarnya nak baca novel lain tapii tercapai novel lain. Best juga. Siapa dah layan novel niii

86, 400 Detik by Dyza Ainun 

Mengisahkan seorang gadis, Najwa Raihana yang menaruh dendam kepada Dato' Kamarun kerana telah memutuskan perhubungan diantara kakaknya, Yana Julia dengan Engku Irsyad sehingga menyebabkan kakaknya hidup dalam dunianya sendiri hampir 5 tahun lamanya. Kerana dendamnya itu, dia sanggup menculik dan menyembunyikan tunangan anak Dato' Kamarun - Dr Ezani yang bakal melangsungkan perkahwinan.


Walaupun geram dengan tindakan Najwa itu, bertitik tolak dari peristiwa itu juga telah menyebabkan Dr Ezani tawar hati dengan tunangannya kerana hatinya telah terpikat pada Najwa. Bermacam-macam cara telah dilakukan untuk memiliki hati Najwa. Najwa pula disebabkan ego, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan dan keperitan yang dialami oleh kakaknya telah menyebabkan dia lebih sanggup memendam perasaannya terhadap Dr Ezani.

Sejak peristiwa itu juga, Dato' Kamarun sekeluarga telah berusaha membantu memulihkan dan membiayai kos perubatan bakal menantu tak jadinya. Tapiii sebenarnya ada rahsia kenapa Dato' Kamarun memutuskan perhubungan itu bukan seperti anggapan yang dibuat oleh Najwa. Akibat tidak mahu berhadapan dengan kenyataan menyebabkan banyak hati terluka.

Apakah yang terjadi pada tunangan Dr Ezani yang cantik itu seterusnya dan tergamakkah doktor itu mengecewakan tunangannya itu semata-mata kerana ingin memiliki hati insan yang telah berjaya membuatnya tidak keruan?? Apakah pula kesudahan Yana Julia? Tercapai tak agak-agak impian Najwa untuk memiliki kakaknya yang dulu kembali?? Korang memang kena baca nii




5 ulasan

  1. lama tak baca novel.. kena mula semula ni...

    BalasPadam
  2. dulu2 suka sgt baca novel tpi skrg ni x sempat mana dh.. dok melayan Kasih je la jwbnya :D

    BalasPadam
  3. kalau dibawa ke layar kaca mesti meletup mcm Nur 2 kan?

    BalasPadam
  4. lama dah tak baca novel. sekolah kot last baca :D

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.