Perkara Yang Tidak Boleh diubah dalam Hidup Kita

Mac 06, 2019
Zaman sekarang ini macam-macam benda kita nak ubah. Tapi memang kita kena berubah pun sebenarnya. Berubah ke arah yang lebih baik. Lebih elok, lebih berpotensi, lebih cemerlang, lebih berjaya dan lebih sempurna lagi. Takmaulah terus berada ditakuk lama kan. Tak berkembang orang kata. Lagipun kita memang digalakkan sangat jangan terlalu selesa berada di zon selesa. Sebabnya kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Tak selamanya kita berada di zon itu. Sampai satu tahap kita kena juga berubah. Sekalipun ianya bukan disebabkan tempat ataupun keadaan. 

Tapi berubah-ubah juga janganlah sampai terrrrubah apa yang tak sepatutnya kita ubah ! Cukuplah orang kata gaya hidup je yang berubah jangan sampai identiti kita juga turut berubah. Sikap dan tingkahlaku memang biasa berubah mengikut keadaan kita - masa senang dan susah kita. Ada sesetengah orang tu tidak berubah pun tingkahlaku dan sikapnya walaupun dikurniakan sedikit kelebihan berbanding orang lain. Tapi berapa sangatlah yang bila dikurniakan sedikit kelebihan terasa megah dengan nikmat yang sementara itu. Jangan sampai tak terpijak di bumi nyata udahla..

Oklah sebenarnya ciktie nak kongsi 7 perkara yang tidak boleh diubah dalam hidup kita. Tertarik sangat dengan perkongsian slot Tazkirah Remaja dari Mohd. Zawawi Yusoh ni. Dari sumber majalah mana taktaulah ni. Biasalah zaman sekarang tak cukup dengan gaya hidup yang berubah, identiti diri yang memang dah cukup sempurna pun kita nak ubah. Kononnya tak kena dengan jiwa..tak sesuai. Aishhh kadang-kadang memang peliklah dengan dunia sekarang. Makin menjadi-jadi ! Yang memang patut diubah nampak macam biasa-biasa je. Yang tidak sepatutnya tu banyak pula yang berubah.  Gitulah kita tak pernah nak bersyukur betul dengan apa yang ada.  

Apapun semoga manfaat yang dikongsikannya dapat dipanjangkan lagi kepada kita semua. In Shaa Allah, aamiin.

7 perkara yang tidak boleh diubah dalam hidup kita

Jantina/ alat kelamin

memang betul orang kata nak ubah alat kelamin ataupun jantina boleh aje buat pembedahan cuma kadangkala ciktie terfikir kita dilahirkan dengan spirit (roh) yang telah ditetapkan samada kita dilahirkan sebagai perempuan ataupun lelaki. Bila kita membuat pembedahan spirit itu tak berubah pun walaupun secara fizikalnya kita dah berubah. Bagi ciktielah kalau kita dilahirkan sebagai lelaki sampai bila-bila pun tetap juga lelaki. Begitu juga dengan perempuan. Walaupun tingkahlaku tu lembut / kasar. Lama kelamaan sifat semulajadi ataupun spirit tu akan keluar juga.


Bentuk fizikal 

Yang asal ataupun original ni walaupun kurang menarik tetap juga cantik. Cantik semulajadi bukannya yang dibuat-buat !  Paling simple tengok kening ajelah. Walaupun dicukur untuk membentuknya kelihatan sempurna tapi tetap juga kelihatan pelik dan tidak semulajadi. Begitu juga hidung ataupun bibir.

Kedudukan dalam keluarga 

Hmmm yang ini takpernah dengar lagi orang nak tukar tempat sebagai anak sulong, anak tengah ataupun anak bongsu. Kalau ada taktahulah nak kata.

Masa lalu ataupun masa silam  

Masa yang berlalu dah pun berlalu. Tak mungkin boleh berpatah balik. Jadi penyelesaian terbaik yang kita ada, terima ajelah apa yang telah ditetapkan-Nya untuk terus maju. Jangan sampai kita menghukum apa yang telah terjadi di masa lalu.

Tarikh Lahir 

Yang ini pun tidak boleh diubah ! Memang telah ditetapkan bila, pukul berapa, dimana, siapa yang akan menguruskan kelahiran kita walaupun ada diantara kita yang terlupa tahun dan  tarikh lahir sendiri.

Suku bangsa 

Bangsa melayu, cina, india dan lain-lain. Jangan pernah menyesal dilahirkan dalam apa-apa bangsa. Setiap bangsa mempunyai kelebihannya tersendiri. Jangan nampak buruknya je tapi kena pandang juga apa yang lebih yang eloknya juga. Tak gituuu

Ibu bapa 

Haa ini satu lagi, kadangkala biasalah rata-rata ramai yang kalau boleh nak memilih siapa ibubapanya. Nak dilahirkan dari kalangan orang yang berada, punya nama, pangkat semua tu, nak dihormati dan dipandang tinggi.

Ok, inilah antara 7 perkara yang tidak boleh diubah dalam hidup kita selama-lamanya walaupun kita berusaha keras  untuk mengubahnya.






Share this :

Previous
Next Post »

10 ulasan

  1. tp skrg ramai yang nak tukar jantina. dan sedihnya ramai yang menyokong tindakan mereka tu. :(

    BalasPadam
  2. betul tu.. :)

    mcm sama je topik kita arini. berkenaan perubahan.. :)

    BalasPadam
  3. terima kasih share info ni ...kadang2 x faham juga orang yang xnak bersyukur apa yang Allah bagi sibuk nak ubah itu ini ....

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang bagus ni ciktie

    BalasPadam
  5. Betul tu. jagalah sebaiknya bagi tujuh perkara itu, nak nak pulak bila melibatkan family ni.. ;)

    BalasPadam
  6. Pelik. Semua benda nak ubah. Paling tak logik tu ibu bapa pun nak ubah. Tak bersyukur manusia2 ni. Huhu

    BalasPadam
  7. alhamdulillah syukur dengan segala pemberian Yang Maha Esa. cuma bentuk fizikal akhirnya berubah juga daripada XL ke M sebab bahana sakit lutut, susah nak solat. dengan izin Allah Taala semata :)

    BalasPadam
  8. saya cuma mampu ubah cinta jelah..

    hahahaha

    BalasPadam
  9. tapi kan sebab myra ada adik lelaki yg lebih tinggi dan nampak lebih matang (okay, granted he always pulled me around buying me things and whatnot) orang kat kampung semua ingat myra ni adik bongsu. haha sulung pun abang.

    Myra | The Grey Lines Between

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com