Antioxidant Serum By Sanny & Joleen Lifestyle

Mac 31, 2019 5 Comments
Antioxidant Serum By Sanny & Joleen Lifestyle

Serum itu apa??

Serum merupakan produk dalam bentuk cecair ataupun gel berasaskan air yang ringan pada kulit. Testurnya jenis cecair jernih, tidak berminyak dan biasanya dibotolkan dalam bentuk sebuah botol yang kecil. Walaupun dibotolkan dalam bentuk botol yang kecil ia biasanya mengandungi sejumlah bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah yang dinamakan eliksir. Antara bahan aktif yang terkandung didalamnya adalah seperti asid amino, vitamin, antioksidan, hidrasi, pencerah dan peptida.

Banyak kandungan bahan aktifnya tu, saiz je yang kecil tapi kesannya fulamakkk kita boleh lihat ia dapat atasi masalah kulit yang kita alami seperti bintik-bintik hitam, kesan parut/ jerawat, garis-garis halus mahupun kulit kering. Secara umumnya, serum bertindak menyerap dan menembusi ke bawah kulit dengan cepat dan mudah melalui molekul-molekul zat yang terdapat padanya. Sebab itu juga semakin meningkat usia, kita digalakkan untuk memakai serum nak-nak pula bila dah menganjak ke usia 30an macam ni. Kelembapan kulit semakin berkurangan.


Terbaru sekarang ini, ciktie telah mencuba serum dari Sanny & Joleen. Serum yang memang tengah top sekarang ni - Antioxidant Serum !! Rasanya dah ramai yang tahu ni. Memang cepat je kesan tindakbalasnya. Apa yang boleh ciktie bagitau, memang puashati sangat.

Antioxidant Serum

Serum yang dihasilkan dari bahan semulajadi dengan formula tidak berminyak dan bersifat menyejukkan. Selamat untuk kulit dan ia bertindak mencerahkan kulit dan memudarkan kesan jeragat / bintik-bintik hitam dari dalam. Mengandungi Contains Tocotrienol (Vitamin E), Panthenol (Pro-Vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3), Calendula dan Minyak Zaitun yang sememangnya diperlukan untuk menaikkan seri wajah agar kulit kelihatan lebih segar, lembut dan sihat sentiasa. Telah diuji secara dermologi tanpa bahan kimia seperti Natrium Laureth Sulphate (SLS), parabens, derivatif haiwan ataupun pewarna tiruan.



Boleh digunakan bukan setakat dekat wajah je tapi dekat mana-mana bahagian badan selain wajah pun boleh. Ia tidak melekit dan bertindak meresap ke dalam kulit dengan cepat dan pantas. Hanya dengan beberapa titik je 2kali sehari iaitu sekali sebelah pagi, selepas mengenakan pencuci dan toner dan  sekali lagi sebelah malam sudah memadai. Lagi yang ciktie suka dengan serum ini selain kesannya tu adalah kerana ianya  ni macam takde bau sangat. Itu yang bestnya guna hari-hari ni 😘😘
Keunikan Utama Serum Antioksidan
Mengandungi Vitamin E** tocotrienol - kajian menunjukkan tocotrienol mempunyai potensi antioksida 40-60 kali lebih tinggi daripada yang lebih biasa varian Vitamin E alpha-tocopherol. (kebanyakan produk penjagaan kulit Vitamin E di kedai adalah tokoferol)



Testurnya jenis cecair, tak pekat, berwarna putih. Terasa macam lembut je meresap ke dalam kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit samada jenis sensitif ataupun tak.

Kandungan Antioxidant Serum
Aqua, Niacinamide, Glycerin, Trehalose, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, Lecithin, Tocotrienols, Calendula Officinalis Seed Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate.

Kelebihan Antioxidant Serum

  • Membaiki tekstur kulit agar lebih sihat, segar, anjal dan tona lebih sekata.
  • Memudarkan bintik-bintik hitam/ parut / jeragat kesan daripada pigmentasi
  • Mengecut, merawat dan menghilangkan kesan jerawat.
  • Memperbaiki kesan sunburn / lebam bawah mata
  • Mengecilkan pori-pori kulit
  • Melembapkan dan menghidrasi kulit.
  • Membantu melambatkan kesan penuaan
  • Melicinkan dan mencerahkan kulit.

Cara menggunakannya hanya titiskan beberapa titik pada wajah atau mana-mana bahagian badan mengikut kesesuaian dan ratakan keseluruhannya.



Mana nak dapat?? Lupa pula nak bagitau serum ni kita boleh dapatkannya dari farmasi berdekatan je cuma itulah kena check dulu ada jual kat situ atau tak je. Tak maulah nanti bila dah sampai sana barangnya takde kan. Jadi, untuk check senarai farmasi itu kita boleh semak dekat http://sannyjoleen.com/stores

Untuk maklumat lanjut mengenainya boleh layari

Website 

Facebook 

Instagram





Assalamualaikum Wbt

Mac 29, 2019 4 Comments
Assalamualaikum Wbt
Selamat Pagi korang !! Ciktie kembali bersiaran pagi ni. In Shaa Allah, hari ni hari terakhir hadiri kursus untuk penuhi sasaran kerja tahunan untuk tahun ini. Siapa yang belum cukup 3hari berkursus tu kena usahakan bagi cukuplah ye. Yang dah cukup tu bagilah peluang kepada kekawan yang belum mengikuti lagi ye. Tapi kalau ada apa² kekangan tu ok, takpe masih ada banyak masa.

Assalamualaikum Wbt

Hari pertama kursus, alhamdulillah cuaca ok sangat ! Pagi tu hujan turun. Mentari hari tu pun tiadalah terik mana. Drive pun best walaupun pagi tu tersilap masuk simpang hahaha kampung sendiri pun boleh silap masuk ke ciktie. Tapi biasalah selagi kita tak buat silap selagi itu kita tak belajar. Dah buat silap okkk cuma pastikan jangan sampai berulang lagi. Tapi rasanya itu kali keberapa entah masuk simpang tu. Nasib baik juga keluar awal tiadalah lambat sampai ke tempat yang dituju bila terpaksa u-turn balik tu hikhik.

Hari ke-2, semalam - nak nyaris-nyaris  nak masuk simpang tu juga gara-gara gelabah nak cepat. Tengok papan tanda macam dah betul sekalii nasib baik traffic light hijau. Macam banyak pula jalan baru sekarang ni. Itu yang buat konpius nak-nak kita ni jenis kurang berjalan pula.

Dan hari ini, hari ke-3 !! 3 hari berturut-turut terpaksa drive ke Bukit Cina. Kalau sebelum ni kita yang paling dekat dengan pejabat tapi untuk kali ni rasanya kita yang paling jauh kot 🤔🤔 plus minus lebih kurang 1jam camtu. Kalau lewat keluar memang harulah. Memang bertabah betullah korang yang terpaksa berulang jauh-jauh datang kerja. Nak kena hadap jammed, dengan cuaca yang tak menentu lagi. Alahaiii lenguh kaki juga tekan brek ni walaupun dah terang-terang kereta auto ni hehe.

Apa yang boleh ciktie simpulkan adalah kita kena bertenang. Tenang, sabar dan peka dalam semua situasi. Dah terang-terang kita salah, terpaksalah terima dan usaha cari penyelesaian segera. Kalau kita sedar awal kesilapan tu, mungkin kita boleh u-turn awal² tapi kalau tak, just follow je dulu apa yang dah ada kat depan kita. Bukan apa sebab kita tak tahu apa yang terbaik sebenarnya. Tapi kalau kita tak sabar. Dah sah-sah kita tak tenang. Nak fikir secara positif pun susah. Orang kata aura negatif dah ada. Masa tu mulalah kita gelabah tak tau nak buat apa. Itu tak kena ini tak kena. Tak pepasal orang hon kita 😣😣 lagilah buat kita  stress !!

Btw, kursus dah mula dah !! My boss pun dah ambil tempat. Kerusi pun dah penuh so kita apa lagi, jomlahh 









2019 COMEBACK GIVEAWAY BY CIK ROXA

Mac 24, 2019 13 Comments
2019 COMEBACK   GIVEAWAY BY CIK ROXA
Alahaiii dah dua tiga hari blog sepi tanpa apa-apa catatan !! Yang ada pun share pasal press release je 2/3 menjak ni. Kebetulan free dapatlah ciktie sharing is caring. Kalau tak hmm duduklah dalam e-mail tu diam-diam.  Tapi tak apalah nanti korang rajin-rajinkanlah jari tu godek-godek entri sebelum-sebelum ni ye. Bukan apa sekarang ni anak buah dah pandai ambil phone tengok YouTube. Sedar-sedar kredit dah habis !! Spoiii je rasa.

Btw pagi ni ciktie nak join Comeback Giveaway by Cik Roxa dulu. Apa kata korang join sama jom !! Nak join klik banner bawah ni ye





MAGGI® & KPM Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 Untuk Pencarian Chef Muda Berbakat

Mac 24, 2019 3 Comments
MAGGI® & KPM Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 Untuk Pencarian Chef Muda Berbakat
Peluang baik ni buat adik-adik atau anak-anak kita yang memang meminati bidang masakan. Minat aje tak boleh tau kena pandai masak juga sebabnya sekarang ini MAGGI® dengan kerjasama KPM  telah melancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® kali Ke-23 Untuk Pencarian Chef Muda Berbakat !! Siapa tahu diantara bakal Chef muda tu nanti terselit nama adik-adik kita tu yang berbakat besar tu.

Rezeki ayam nampak dikaki, rezeki orang tiada siapa yang tahu. Jadinya dekat sini ciktie nak uwar-uwarkan pasal benda ni. Nanti bolehlah korang kat luar tu sampaikan kepada sesiapa yang berminat nant. Tak gituuu.

MAGGI® & KPM Lancarkan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Ke-23 Untuk Pencarian Chef Muda Berbakat

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) kembali lagi buat kali yang ke-23 ! Sebagai satu inisiatif bersama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun ini, MSSCC akan mempertingkatkan mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun ini telah dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Bertemakan Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif kepada masakan harian, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.

Menurut Cik Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, mereka teruja kerana dapat memberi peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada, pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.



"Kami sentiasa berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah beliau.

Encik Suhaimi Sun bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali dari sektor swasta untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam kalangan pelajar kita.”

“Kami yakin bahawa elemen baharu dan menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar Encik Zainal.

Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.


Pertandingan tahun ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah masakan serta khasiat nutrisi sajian. Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

MAGGI® telah melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000 pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.


Semasa upacara pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang. Wakil-wakil media juga diberi peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF Setting’.

Untuk maklumat lanjut tentang MSSCC, boleh layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.


Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®

Telah diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.

Projek ini adalah kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga, Unit Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri.

Lebih 340,000 pelajar telah menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi tahun.

Nestlé Malaysia

Merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan kakitangannya seramai 328,000 orang komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat.

Prestasi Nestlé dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan Nestlé. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak tahun 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para penggunanya menerusi jenama dan produknya yang bermutu tinggi. Nestlé juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana mereka beroperasi sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal mereka. Ini sejajar dengan janjinya untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook di http://www.facebook.com/NestleMalaysia


WAVES OF FUN WITH MERMAIDS | Catch these mesmerizing Mermaids at Sunway Lagoon this School Holiday

Mac 16, 2019 8 Comments
WAVES OF FUN WITH MERMAIDS | Catch these mesmerizing Mermaids at Sunway Lagoon this School Holiday
WAVES OF FUN WITH MERMAIDS | Catch these mesmerizing Mermaids at Sunway Lagoon this School Holiday

Sunway City, March 2019 - Mermaids — legendary half-human, half marine creatures — have fascinated people for centuries and inspired many "sightings." 

This March, Malaysians and families from all walks of life have something really unique to expect at Sunway Lagoon. Specially planned to coincide with the upcoming Malaysia school holidays, Sunway Lagoon’s Waves of Fun programme presents Mermaids Alive ! 



Want to know what it takes to be a Mermaid? From 23rd to 31st March, visitors can look forward to all mermazing related activities, including Meet & Greet with the Mermaids, Mermaids Makeover, and Swim with the Mermaids. For the little Mermaids aspirant, head to Titan Scuba Asia to learn how you can breathe underwater with scuba equipment. (Exclusively for kids aged 5 – 11 years old)  Fun and exciting activities like Mini Golf, Aqua Volley and Tic Tac Toe will surely entice the little ones too!



“In recent times, mermaid-inspired trends have truly taken flight in so many aspects of our lives, from fashion to make-up to hairstyles to mermaid-inspired food and décor, making mermaids a distinct part of modern culture, which was why we decided the time was right to put together an event like this for the school holidays,” said Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon.   

Meanwhile, Meet & Greet sessions by Clown Walkabout Characters, Captain Quack & Lady Quack, SpongeBob & Patrick in Pirates overlay!, Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), Dora the Explorer and her best friend, Boots will be making special appearances for photo opportunities not to be missed !




Exclusive mermaid merchandise will also be available for purchase including mermaid keychain, mermaid t-shirt, mermaid’s tail pool floats, MER-licious Ice Cream Treat from I Scoop 4 U ice cream parlour and Oceanie Slushie mermaid-themed beverage from Chill Lah… outlet at Surf Beach. Guests who participate in the various on-ground activities will stand a chance to win RM30 cash voucher from GEM Studio, RM20 cash voucher from Havanians and 50% off voucher on Mermaid swim course.



In conjunction with Mermaids Alive!, Sunway Lagoon is making it even easier for families to experience this adventure with the FAMFun package or 4-To-Go package which makes for big savings!

For more information, please call Sunway Lagoon at +603-5639 0000, visit www.sunwaylagoon.com or connect to www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

About Sunway Lagoon

Sunway Lagoon, Malaysia’s premier multi-park destination located at the heart of Sunway City, is only 30 minutes away from Kuala Lumpur city centre and Kuala Lumpur International Airport (KLIA). It offers more than 90 attractions across its six parks – Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park and its latest addition, Nickelodeon Lost Lagoon. Rated highly among the international community with the title of “Asia’s Best Attraction” for four consecutive years by the International Association of Amusement Parks and Attractions (“IAAPA”), the 88-acre theme park excites visitors of all ages with wholesome family-friendly fun to adrenaline-pumping thrills.


The park is also home to attractions such as the World’s Largest Water Ride - Vuvuzela, World’s First Waterplexx 5D, World’s Largest Man-Made Sandy Surf Beach, Malaysia’s First Interactive Zoo and FlowRider, Malaysia’s First Surf Simulator. 
For more information, visit our website at www.sunwaylagoon.com 



Bagaimana Banyak Syarikat Boleh Jimatkan Proses Penyelenggaraan dan Pembaikan - WD-40®

Mac 16, 2019 5 Comments
Bagaimana Banyak Syarikat Boleh Jimatkan Proses Penyelenggaraan dan Pembaikan - WD-40®
Penyelenggaraan dan pembaikan adalah antara perkara yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana pemilik syarikat bagi memastikan peralatan mereka dalam keadaan baik dan berfungsi.

Untuk memastikan peralatan atau mesin yang digunakan berada pada tahap optimum, penyelenggaraan khususnya, adalah sesuatu perkara penting yang tidak boleh abaikan. Ini kerana kerosakan akan mengganggu produktiviti dan menyebabkan kehilangan perolehan (apabila penghantaran pesanan pekerjaan ditangguhkan), dan dalam sesetengah kes, syarikat boleh kehilangan pelanggan. Kerosakan juga mungkin boleh menyebabkan tuntutan dari segi undang-undang jika ia telah melanggar kontrak.


Dalam erti kata lain, kerosakan menyebabkan kos yang mahal, dan mungkin mendorong syarikat ke arah kerugian. Pembaikan –pula termasuk penggantian baru -sama ada ia tidak murah dan barangkali menyumbang kepada kelewatan dalam pengeluaran, oleh itu mereka perlu memastikan kerosakan itu pada tahap minimum.

Bagaimana Banyak Syarikat Boleh Jimatkan Proses Penyelenggaraan dan Pembaikan - WD-40®

Satu-satunya cara untuk memastikan kedua-duanya, iaitu pembaikan dan penggantian berada pada tahap minimum adalah dengan membuat penyelenggaraan berjadual serta lebih baik dilakukan secara berkala. Melalui pembantu yang boleh diharap dan dipercayai seperti Produk Pelbagai Guna WD-40®, ia dilihat telah membantu banyak syarikat selama bertahun-tahun bagi menangani situasi seperti ini.


Turut dikenali sebagai ‘Tin dengan beribu kegunaan’, Produk Pelbagai Guna WD-40® telah membantu pengguna dalam pelbagai bidang dan industri seperti pembinaan kapal, sektor tenaga angin, keretapi, percetakan, perlombongan, pertanian, dan penyelenggaraan umum peralatan elektrik dan pneumatik –serta pelbagai lagi.

Produk ini adalah jenama yang dipercayai dalam penyelenggaraan mesin kerana ia melindungi logam daripada karat dan hakisan, membebaskan benda yang tersekat atau beku, menghilangkan kelembapan, dan berfungsi sebagai pelincir bagi hampir semua benda, yang membuatkannya hebat untuk mengurangkan geseran dan memanjangkan jangka hayat peralatan.



Dan disebabkan ia berfungsi menghilangkan kelembapan, produk ini cepat mengeringkan sistem elektrik untuk mengelakkan daripada berlakunya litar pintas. Ia juga menghalang hakisan bateri dan membantu untuk menghidupkan enjin ketika basah. Selain itu, ia juga memberi pembersihan yang berkesan bagi gris dan kotoran degil, manakala formula bukan aerosolnya juga memudahkan pelekat ditanggalkan.

Ciri-ciri dan reka bentuk pintarnya yang terdapat dalam produk ini termasuk straw fleksibel yang disediakan –menjadikannya pembantu yang hebat dalam pemasangan dan penyelenggaraan peralatan dan barangan serta memberi perlindungan kepada semua jenis gear dan bahagian enjin daripada berkarat, melonggarkan skru yang ketat serta membersihkan dan melincirkan bahagian yang sukar dicapai.



Dalam proses pembuatan yang dipanggil pengacuan sebagai contohnya, Produk Pelbagai Guna WD-40® juga menyediakan pembersihan dan penyelenggaraan cetakan anti-karat yang berkesan dan mudah, serta memanjangkan hayat perkhidmatan peralatan terbabit. Ia juga digunakan sebagai ejen pelepas untuk acuan plastik tertentu, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan prosedur teknikal, yang menjimatkan penggunaan tenaga manusia dan bahan yang digunakan.



Terdapat banyak sebab mengapa tin kecil biru dan kuning ini, dengan formula asalnya dicipta sejak 66 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1953 kekal sebagai produk penting yang perlu ada di setiap garaj dan kotak peralatan anda, sama ada di kalangan penyelenggara profesional mahupun amatur.

WD-40® juga mempunyai rangkaian siri pakar dan produk siri automotif untuk memenuhi keperluan khusus dan tugas berat industri bagi setiap situasi yang berbeza.

Untuk mengetahui bagaimana Produk Pelbagai Guna WD-40® atau barisan produk pakarnya boleh membantu dalam perniagaan anda atau memudahkan kehidupan anda, boleh terus melayari https://wd40.asia/.



Juara Pertandingan Fastest Pizza Maker Malaysia 2019 - Speedy Wanli

Mac 15, 2019 3 Comments
Juara Pertandingan Fastest Pizza Maker Malaysia 2019 - Speedy Wanli
Kepantasan dan kualiti jelas fokus utama bagi pertandingan Domino’s Pizza Fastest Pizza Maker yang berlangsung di cawangan ke-200 Domino’s Pizza iaitu Galleria Cyberjaya. 14 pembuat piza terkemuka daripada seluruh Malaysia memaparkan aksi dan kemahiran mereka dengan membuat “10-point” piza semasa pertandingan tahunan tersebut dengan harapan untuk merebut empat tempat sebagai wakil pertandingan di peringkat Asia-Pasifik 

Pembuat Piza diseluruh negara bertanding untuk merebut peluang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa


Dianjurkan setiap tahun untuk mengiktiraf kemahiran dan kepakaran pengurusan masa pembuat piza Domino’s diserata dunia, para pesaing dikehendaki untuk membuat tiga jenis piza bersaiz besar, yang menampilkan Pepperoni, Cendawan dan Keju secepat mungkin sambil mematuhi peraturan kualiti Domino’s. 

Piza-piza tersebut telah dinilai berdasarkan tiga kriteria, iaitu “dough & saucing”, “portioning” dan “placement” topping. Di samping itu, skala digital berkalibrasi telah digunakan untuk mengesahkan berat setiap piza adalah tepat. Kad skor gred baru juga diperkenalkan demi memastikan ketepatan markah bagi setiap pembuat piza. 

Shamsul Amree, Timbalan Presiden Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Bakat para pembuat piza diuji di pusingan terakhir dalam pertandingan pada hari ini. Pembuat piza yang berentap pada hari ini adalah daripada yang terunggul dari kalangan pembuat piza kita dan mereka menunjukkan ciri-ciri usaha keras, minat serta ketepatan yang diterapkan setiap hari dalam pembuatan piza untuk para pelanggan kami. Kami amat gembira kerana dapat mempersembahkan kepada mereka pada hari ini terutamanya kerana mereka sentiasa sibuk bekerja dibelakang tabir, menyediakan piza. Mereka adalah sebab utama para pelanggan tidak putus serta jemu membeli dan untuk itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Bukan itu sahaja, pertandingan tahun ini juga menyaksikan penyertaan sama ramai antara wanita dan lelaki. Ini membuktikan bahawa kemahiran dan bakat melangkaui jantina dan kami amat gembira untuk menonjolkan bakat mereka semua.” 

“Pembuatan piza mungkin kelihatan mudah, namun ianya memerlukan skil khas yang disempurnakan dari masa ke semasa dan melalui latihan yang berterusan. Para pembuat piza ini telah menguasai teknik dan seni pembuatan piza adunan tangan. Oleh itu, pertandingan Fastest Pizza Maker ini adalah platform yang sempurna untuk kami mengiktiraf kepakaran para pembuat pizza daripada seluruh Malaysia. Kami amat berbangga dengan pencapaian mereka dan teruja dengan penyertaan mereka di peringat Asia-Pasifik yang bakal bertempur dengan rakan serantau mereka.”

Juara Pertandingan Fastest Pizza Maker Malaysia 2019 - Speedy Wanli



Speedy Wanli atau lebih dikenali sebagai Fadzwanli Bin Mohd, juara bagi pertandingan Fastest Pizza Maker 2019, berkata,
“Saya amat berbangga kerana berpeluang untuk mewakili Domino’s Pizza Malaysia diperingkat Asia-Pasifik. Penyertaan hari ini adalah penyertaan kali kedua saya. Saya telah menyertai pertandingan ini pada 2017 buat pertama kali dan saya telah bekerja keras untuk memenangi tempat kedua pada masa itu. Saya berpeluang bersaing dengan pembuat piza terkemuka daripada seluruh Asia. Daripada 24 peserta, saya berada di tempat tujuh teratas dalam pertandingan diperingkat Asia-Pasifik tersebut dan saya berasa amat gembira memegang gelaran tersebut. Tahun ini, saya akan melakukan yang terbaik dalam pertandingan Asia-Pasifik sekaligus memastikan rakyat Malaysia berbangga dengan usaha saya,” 


Beliau telah dinobatkan sebagai juara pertanding Fastest Pizza Maker 2019 dengan catatan masa hanya 80 saat dan beliau telah membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000, sekaligus berpeluang mewakili Domino’s Pizza Malaysia diperingkat Asia-Pasifik. Pemenang kedua adalah Izuan Bin Adib atau juga dikenali sebagai Izuan da’ Wolverine memenangi wang tunai berjumlah RM500 dan Syahmi Bin Shaheran atau nama samarannya, Syahmi da’ Flash adalah pemenang bagi tempat ketiga dengan wang tunai berjumlah RM300. Juara dan pemenang tempat kedua bakal mewakili Domino’s Pizza Malaysia di peringkat Asia-Pasifik, dengan keseluruhan perbelanjaan ditanggung penuh oleh pihak syarikat. 
“Berpegang teguh kepada janji It’s All About You, kami terus meningkatkan proses kami yang melibatkan banyak kemudahan, teknologi dan inovasi. Ini digabung dengan kemahiran yang dimiliki oleh pembuat piza kami adalah kombinasi yang terbaik dalam menghasilkan perkhidmatan yang lancar untuk para pelanggan,” rumus beliau.
Memegang falsafah syarikat, iaitu “Smart Hustle”, Domino’s Pizza Malaysia telah mengadakan pertandingan tahunan Fastest Pizza Maker sejak daripada tahun 1998 demi mengiktiraf para pembuat piza yang memberi contoh terbaik dalam penghantaran yang selamat dan tepat pada masanya. Pertandingan ini dibuka kepada semua para pembuat piza yang bekerja bersama Domino’s Pizza.


Sejumlah 474 pembuat piza dari seluruh Malaysia mengambil bahagian diperingkat tempatan yang bermula pada Januari tahun ini. Daripada jumlah tersebut, persaingan sengit kelihatan apabila hanya 114 pembuat piza telah layak ke peringkat kebangsaan. 14 yang teratas layak ke peringkat seterusnya sebagai finalis bagi pertandingan Fastest Pizza Maker di Malaysia. 

Selain daripada para peserta, pihak media juga diberi peluang untuk mempelajari pembuatan pizza bersama pakar pembuat piza Domino’s.


Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ membantu kulit wajah kelihatan lebih Cantik dan Flawless

Mac 14, 2019 6 Comments
Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ membantu kulit  wajah kelihatan lebih Cantik dan Flawless
Haa ini satu lagi produk yang ciktie suka !!  Mana tak sukanya produk ini benar-benar memberikan keyakinan kepada ciktie. Biasalah selalu sangat tidur lewat. Kemudian tak cukup tidur, tak cukup rehat. Dengan sendiri faham-faham ajelah macamana rupanya bila wajah tak cukup rehat - letih, penat, sedih.

Tapi baru-baru ini ciktie telah mencuba satu lagi produk Dr Murad. Kalau sebelum ini ciktie dah cerita pasal produk keluaran Dr Murad yang bertindak sebagai perlindung, pencerah dan memperbaiki semula struktur kulit iaitu Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 | PA++++ tapi kali ini ciktie nak cerita tentang satu lagi produknya yang bertindak merawat, menyamar (blurs) ketidaksempurnaan dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan kulit dari sinaran UV. 




Siapa tak nak cantik, tak nak flawless ? Tipulah kalau ada yang tak nak cantik tu  Cuma istilah cantik itu je subjektif sikit kot bergantung kepada pandangan dan pendapat setiap orang la.

Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ membantu kulit  wajah kelihatan lebih Cantik dan Flawless

Masalah garis-garis halus, liang pori terbuka, tona tidak sekata, kedutan ataupun kulit kusam, tidak bermaya memang antara tanda-tanda penuaan. Sekiranya ia tidak dirawat segera risau juga takut nanti ianya menjadi semakin parah dan sukar dirawat nak-nak pula usia semakin meningkat sekarang ini. Disebabkan itu, ciktie tidak teragak-agak mencuba Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ ni.

Seriously memang best betullah produk ni. Bau pun sedap. Berwarna putih jernih je, sesuai untuk semua warna dan jenis kulit. Tak kiralah jenis normal, berminyak, kombinasi ataupun kering. Testurnya likat, peka dan lembut je. Dirumus tanpa Parabens, Sulfat, Phthalates, Gluten ataupun bahan yang berasal dari haiwan. Jadi memang tak risaula sebab formulanya dari bahan bebas gluten secara semulajadi.




Untuk dapatkan hasil solekan yang lebih flawless, kita boleh je campurkan ia dengan bedak asas (based make up). Hasilnya ia mampu bertahan selama 12jam tanpa cela dan secara tidak langsung kita telah melindungi kulit dari sinar UVA/ UVB. Jangan taktahu yang produk Dr Murad ini sebenarnya mempunyai Perlindungan SPF yang tidak kelihatan terhadap kerosakan UVA /UVB tau.

Dan sekiranya kita konsisten menggunakannya ia membantu mengurangkan garis-garis halus, memperbaiki tekstur kulit tak sekata, tona kulit serta memperbaiki ketahanan kulit untuk mendapatkan kulit yang licin, sekata, segar, flawless dan sihat. Hasil kajian klinikal yang dilakukan selama 3 hari menunjukkan bahawa :-
  • 71% melihat garis halus dan kedutan yang lebih sedikit 
  • 94% menyaksikan kelancaran dan tekstur yang lebih baik
  • Perlindungan 100% tidak dapat dilihat SPF 30

Cara menggunakannya
  • Campurkan Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ dengan cecair bedak asas.
  • Sapu dan ratakan ke bahagian muka, leher dan dada. Boleh juga dipakai macamtu sahaja.



Bahan-bahan Aktif
Homosalate (4.0%), Octisalate (4.0%), Octocrylene (2.0%), Avobenzone (2.0%)

Bahan Prestasi Tinggi 
Shitake Mushroom dan Mucor Miehel Peptides membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan dengan memperbaiki ketahanan kulit untuk mengembalikan semula keanjalan kulit.

Black Currant, Rosemary, Goldenrod, dan Peony Root Extract membantu meningkatkan  tekstur dan rona kulit supaya kelihatan lebih muda

Soft-focus complex menghidrat kulit dan menjadikan kulit terasa lebih lembut, menyamar (blurs) serta memperbaiki tona dan tekstur kulit.

Ekstrak Barli, bunga matahari dan timun membantu meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar.


Banyak bukan kelebihan yang dimiliki Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ ni. Jadi kepada korang yang ingin mencuba ataupun ingin mendapatkan lebih banyak info mengenainya boleh layari website seperti yang tertera dekat bawah ni..




Lindungi kulit wajah dengan Murad City Skin® Age Defense Broad Spectrum SPF 50 | PA++++

Mac 14, 2019 4 Comments
Lindungi kulit wajah dengan Murad City Skin® Age Defense Broad Spectrum SPF 50 | PA++++
Dengan cuaca panas berpanjangan macam sekarang ini memang sukar nak lindungi kulit wajah dari sinaran UV walaupun majoriti banyak je sebenarnya produk perlindungan wajah dalam pasaran. Terbaru ciktie diperkenalkan dengan produk Dr. Murad yang memang tidak asing lagi dikalangan pencinta kecantikan - Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++ dan juga Murad Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++

Kalau nak tahu Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++ ini bukan saje bertindak melindungi kulit wajah tetapi juga mencerah dan memperbaiki semula struktur kulit kita.



Jangan ingat mereka yang terdedah secara langsung dengan sinaran UV je yang perlukan perlindungan tetapi sebenarnya mereka yang tidak terdedah secara langsung juga perlukan perlindungan nak-nak mereka yang terdedah kepada radiasi inframerah, sinaran biru dari telefon, televisyen, komputer, laptop juga sebenarnya turut menyokong kepada kerosakan kulit. Jadi jangan ambil mudah semuanya itu ye. Sebab itu juga kalau kita perasan pendedahan terlalu lama terhadap sinaran biru ini menyebabkan kulit kita kusam, tidak bermaya apatah lagi berseri.

Tapi yang bestnya produk Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++ ini ianya tidak melekit, lembut dan bertindak meresap ke dalam kulit dengan cepat. Jadi memang tak nampak berminyak macam pakai krim la.




Apa dan kenapa perlu memilih Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++

Ok !! Apa dan kenapa ye 🤔🤔 ini adalah kerana ia merupakan pelindung matahari ultra-ringan  (sunscreen) yang mengandungi 100% mineral. Sesuai untuk semua jenis kulit dan dihasilkan dari teknologi perlindungan alam sekitar yang bertindak untuk melindungi kulit daripada 5 punca kerosakan yang mempercepatkan tanda penuaan iaitu Blue light dari peranti, pencemaran, radiasi intramerah, UVA dan UVB.
Melindungi kulit dari :-
96% pencemaran *
89% daripada Blue Light dari peranti **
52% daripada Sinaran Inframerah *

Cara Menggunakannya
  • Goncangkan botol Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++
  • Sapu dan ratakan ianya pada seluruh wajah dan leher.
  • Usap perlahan-lahan supaya ianya meresap ke dalam kulit dengan sempurna.
  • Dan untuk hasil terbaik, aplikasi ianya setiap hari selepas mengenakan moisturizer.

Kandungan Murad City Skin ® Age Defense Broad Spectrum SPF 50| PA++++

ACTIVE INGREDIENTS:
Titanium Dioxide 2.7%, Zinc Oxide 10.0%

INACTIVE INGREDIENTS:
Water (Aqua), Cyclopentasiloxane, Dimethicone, Glycerin, C12-15 Alkyl Benzoate, Argania Spinosa Kernel Oil, Tocopheryl Acetate, Polyurethane-35, Polyglyceryl-3 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Polymethylsilsesquioxane, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Xanthophyll, Retinyl Palmitate, Ascorbic Acid, Bisabolol, Hydrolyzed Jojoba Esters, Urea, Yeast Amino Acids, Trehalose, Inositol, Taurine, Betaine, Biosaccharide Gum-4, Hydroxyphenyl Propamidobenzoic Acid, Silica, Tapioca Starch, Sucrose, Pentylene Glycol, Butylene Glycol, Stearic Acid, Dimethicone/PEG-10/15 Crosspolymer, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Lauryl PEG-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, PEG-8 Dimethicone, Octyldodecanol, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Triethoxysilylethyl Polydimethylsiloxyethyl Hexyl Dimethicone, Aluminum Hydroxide, PEG/PPG-18/18 Dimethicone, Triethoxycaprylylsilane, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Iron Oxides (CI 77491)



Ok, itu ajelah yang ciktie nak kongsikan untuk kali ini. Untuk satu lagi produk Dr Murad tu next entry kita cerita. Bagi korang yang berminat nak cuba atau nak dapatkan produk Dr Murad ini atau apa-apa produk Dr Murad yang lain korang boleh layari

Website 

Facebook 

Instagram



My Ping in TotalPing.com