Jumaat, 8 Februari 2019

Pengotornya Diaaa

Inilah dinamakan semut seberang lain nampak tapi gajah depan mata tak nampak ! Tak taulah sebenarnya tak nampak atau buat² tak nampak. Buang sampah merata-rata !! Nak kata tak sekolah tak mungkinlah. Selalu sangat rasanya macam ni. Sampah merata-rata buang. Bukan setakat plastik jajang je yang berkeliaran ada tapi ada tu pampers anak membuang pun merata buang !! Ishhh pelik la orang ni.. kalau ia pun nak keluar buang ianya tu ke jalan besar pun tiada salahnya satukan semuanya. Ikat kemas-kemas tiadalah orang yang lalu lalang ni menglihat dan menghidu haruman yang tak sepatutnya tu. Hmmm macam-macam orang ni kan. Yang nak pi buang sampah camni lagaknya. Yang takmau pi buang pula camtu pula lagaknya. 


Sebelum ini dalam minggu lepas kot rasanya. Ada lagi tu haa nampak plastik sampah yang dialihkan orang tu. Bukti sangat tak mau pi buang sampah dia. Habis dikerjakan ayam. Kalau nak tahu, adalah hamba Allah sorang ni. Punyalah baik hati sampah barang basah rasanya. Dengar kata sisa lebihan ikan rasanya. Boleh pi buang dekat tepi belakang rumah orang.  Lepas tu  dengarnya orang tu alihkan letak dekat tepi rumah dia tu balik. Tah macamana 2/3 hari tengok ada 2 longgok sampah setentang dekat tepi jalan tu pula. Memanglah bukan rumah ciktie pun tapi  kitorang ni berjiran kot. Duduk belah menyebelah. Harumannya tu Ya Rahman !!

Aishhh dengar je bekerja dan pembersih sangat orangnya. Tapi tak ada gunanya kalau nak bagi rumah kita je bersih, cantik tapi kita main buang merata je sampah kita tu. Lagipun apa salahnya bawa sekali pi buang masa nak keluar ke jalan besar tu. Tak akan menjejaskan apa-apa pun kereta besar gedabak tu. Ini tak sampah dari tempat kerja bawa balik buang kawasan orang. Hmmm macam-macamlah orang ni.

Alahai tak pepasal korang terpaksa baca entry luahan perasaan pula kali ni. Maaf berbanyak ye korang..





9 ulasan

  1. hiks.. biasalah tu, kita yang berjiran ni sakit mama memandang. huhu

    BalasPadam
  2. This is all about mentality la Cik Tie, orang tak bertamadun macam ni la...

    BalasPadam
  3. betul tu.. teruk betul perangai..

    BalasPadam
  4. Huhu tak baik buang smpah mcm ni. Kesian kt org di kawasan sekitar.

    BalasPadam
  5. iskkkk apa daaa orng jenis cemni. at least ikat elok2la kalo malas sngt pun..

    BalasPadam
  6. uish pengotornya orang tu.. xpe biasa entri luahan perasaan sekali sekala

    BalasPadam
  7. kenapa la gitu?
    nak rumah bersih, buang kat tepi rumah org, seberang jalan. dah kenapa?
    jaga la persekitaran jugak, kan!

    BalasPadam
  8. tak beretika betul org macam tu,kalau tegur mesti melenting ni

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.