Akhirnya dapat juga Deodoran Vaseline ni. Masa mula-mula ia keluar hari tu tak sempat nak beli pun. Bukan tak sempat sebenarnya cuma tak berpeluang nak ke watsons ataupun Guardian lagi masa tu.
Dan kebetulan masa Watsons dan Guardian sales hari tu keluar pergi kenduri rumah mak saudara. Dah alang-alang keluar tu singgah ajelah Guardian sambil-sambil cuci-cuci mata tengok apa yang menariknya dekat sana.
Ok, mesti korang pernah nampak iklan deodoran ni dekat tv ataupun pernah baca dekat mana-mana blog kan sebelum ni. Gara-gara nak cuba sendiri ciktie dah terjebak membeli sama hikhik. Sebenarnya dah mula cari dah masa pergi pasaraya dekat sini-sini cuma itulah tak ada stok baru lagi masa tu. Kalau nak juga terpaksalah menapak ke KB jawabnya.
Ciktie suka packaging deodoran vaseline ni. Lain dari yang lain. Nampak macam losyen ataupun pencuci muka camtu. Nak guna pun mudah - picit dan terus guna je ! Ianya jenis krim, cepat kering, tak melekit dan baunya pun ok, tahan lama dan tiadalah teruk pun cuma ciktie ajelah tak berapa gemarkan sangat. Tapi ini tak bermakna ciktie tak suka ok. Apa yang pasti ia menyebabkan bahagian bawah lengan kita sentiasa kering. Kalau berpeluh pun baunya still lagi wangi.
Kalau tak silap deodoran ni sebenarnya ada beberapa pilihan lagi rasanya. Cuma masa pergi hari tu yang ni je yang ada. So, rembat ajelah dari takada langsung hehe. Dapatlah dalam rm9.++ camtu berbanding harga asalnya rm13.++ Itupun nasib baik masa Guardian sales.
Kalau ikutkan memang dah ada macam-macam jenis deodoran sekarang ni. Cuma sehingga hari ini rasanya deodoran jenis spray je yang tak pernah cuba lagi. Roll on dan stick pun dah pernah cuba dan dah terbiasa dah. Cuma ada kalanya betullah apa yang diperkatakan, ada sesetengah darinya meninggalkan kesan pada bawah ketiak baju yang kita pakai. Kesan tebal dan juga berwarna camtu. Tapi bila dah cuba deodoran yang ni, ianya bukan isunya lagi. Apa yang boleh ciktie katakan ianya memang penyelesaian terbaiklah kepada permasalahan tu. Kita pun terasa lebih selesa sebenarnya tau..
sesuai dipakai oleh kaum wanita agar kulit sentiasa segar n lembut..
BalasPadamblog cik tie ada dlm blog list abe kie. TQ.
Macam best je ni. Hehe
BalasPadamPerkongsian yg bagus. Membalas kunjungan ye. Done follow here. Follow me back okay! :D
BalasPadamhttps://hamkarosli.blogspot.com/
Belum pernah try ni cik tie.. Nampak macam best j
BalasPadamWah menariknya.. nak try la nanti
BalasPadamjenama Vaseline memamg tidak asing lagi..
BalasPadamsemalam cr tp xde...umm sold out mungkin..huhu =p
BalasPadam