Ahad, 3 Februari 2019

Fish Prosperity Burger by McDonald's

Prosperity Burger McDonald dengan Tahun Baru Cina memang tak boleh dipisahkan dah ! Nak makan Prosperity Burger jawabnya tunggulah tahun baru cina baru ada. Lainlah kalau kita buat sendiri hehe..

Ciktie pula memang pengemar burger yang satu ni. Sedap !! Lapisan daging yang disalut lada hitam memang terbaik. Rasa pedas lada hitam tapi kadang-kadang terkena jugalah sos lada hitamnya yang k.o hehe biasalah kita ni pun tak selalu perfect.


Ingat lagi masa menyewa dekat tingkat 2 dulu. Boleh dikatakan 2 minggu sekali wajib order. Itupun kirim dengan house mate. Kebetulan dia kerja area KLCC tu.. Pilihan ciktie semestinyalah beef !! Terbaru sekarang ni ada Fish Prosperity pula. Ciktie dah cuba dah. Itupun kebetulan buntu nak buat pilihan antara beef atau fish. Last sekali ambil yang fish sebab ia baru. Sedap juga.. Lembut je isinya cuma rupanya jelah tak berapa nak menarik tertarik sangat.


Dengar kata isi ikannya tu digoreng dahulu sebelum disalut ke dalam sos lada hitam. Tapi ciktie lebih gemarkan beef lagi. Sos lada hitamnya lebih terasa gitu. 









7 ulasan

  1. sedap ko cik tie.. kureng sikit bab ikan dori ni hii

    BalasPadam
  2. haritu ingt nk try yang ni la sekali ambik yang lain 😌

    BalasPadam
  3. Baca post Cik Tie ni terus LZ rasa nak beli petang nanti - *serious..
    LZ pun penggemar beef dan ikan.. Paling best dapat minum iced mocha blended, terbaik!

    BalasPadam
  4. nak cuba tapi tengah posa fast food. rasanya habis posa fast food ni habis da prosperity. tapi xpela demi posaa hehe..

    BalasPadam
  5. prosperity beef masih di hati..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.