Tutorial Meka Up Simple by Althea's Meka Up !

Februari 28, 2019 8 Comments
Tutorial Meka Up Simple by Althea's Meka Up !
Akhirnya siap juga task ni. Cam tak caya pun ada sebenarnya. Selepas hampir 4 tahun ni kira first time ciktie mekaup eehh takdelah first time manapun hehe. Tapi macam biasalah main sapu jelah. Try and error orang kata, ambil dan cuba dulu mana yang berkenan dihati. Sesuai kita on, tak sesuai kita cuba lagi tak gituu hehe sebenarnya ciktie sukakan sesuatu yang simple tapi natural ! sebab tu biasanya kalau sebelum keluar rumah, ciktie akan pakai basic je macam serum ataupun sunblock, Petal Velvet Sunaway, bedak dan lipstick je. Eyeshadow, blusher semua tu dah lama sangat tinggal. Ni tak tahu macamanalah hasilnya.

Tapiii bila tengok Althea's Mekaup ni macam tak sabar pula nak cuba cuma itulah alahaiii seganlah pula nak buat tutorial mekaup ni. Kalau bukan disebabkan tugasan takdenya kita nak buetnya ni hehe. Apapun korang jangan kecam ye. Segan ooii rasa macam nak sembunyi belakang pintu je.


Tutorial Meka Up Simple by Althea's Meka Up !

Kita skip yang depan-depan tu kira mula dengan concealers - Flawless Creamy terus jelah ye. Concealers ni ia bertindak sebagai faundation untuk menutup cela atau apa-apa noda pada wajah termasuklah mata panda ataupun lingkaran hitam  pada bawah mata. Nak guna senang je, cuma sapu pada tempat yang kita nak tutup dan blend je. Taknak guna berus  nak guna jari pun boleh.




Ia ada 4 jenis - Honey, Ginger, Vanilia dan Mocha tapi ciktie suka guna yang Honey tu. Concealers ni jenis cream dan kena cepat-cepat guna sebab bila lambat ia susah nak blend. Masa mula-mula guna hari tu ciktie boleh pula blend Honey dengan Ginger tu sekaligus. Tapi oklah, not bad jugalah hasilnya.

Dah siap guna concealers, ciktie sapukan Petal Velvet Powder ke seluruh wajah untuk membolehkannya menyerap minyak di wajah kita.

Seterusnya untuk bahagian mata, ciktie guna Eye Palette Sunrise & Moonrise. Eyeshadow eklusif kombinasi selebriti, Bunga Cinta Lestari bersama Althea. Mempunyai 8 shades warna semuanya dan semuanya lawa-lawa belaka. Ada yang jenis matte, shimmer dan glitter yang mudah digunakan.




Seterusnya untuk menonjolkan lagi bahagian mata tu, ciktie pakai Spotlight Eye Glitter dekat hujung mata tu sikit. Barulah ada nampak sikit blind-blind tu. Spotlight Eye Glitter tu ada 2 jenis iaitu Gold dan Pink ! Tapii dalam video tutorial tu tah macamana boleh ter skip pula bab yang ni huhu



Akhir sekali untuk bahagian bibir tu pula ciktie guna Lips Tints (Watercolor Cream Tint) dari jenis #04 Marron Cream ! Suka warnanya ni tak terang sangat banding 3 warna yang lain tu - #01 Plum cream, #02 Strawberry cream dan #03 Peach Cream. Semuanya jenis tahan lama dan tak mengeringkan bibir walaupun warnanya sangatlah pigmented tapi seriusly memang lawa.



Haaa ada lagi satu barang ciktie nak tunjuk dekat korang - Skin Relief Sport Film Gel !! Gel berwarna jernih dalam bentuk tiub. Sesuai sangat digunakan untuk merawat jerawat dekat wajah sebelum kita mengenakan mekaup. Caranya, sapu je dekat jerawat dan biarkan ia kering terlebih dahulu sebelum kita bersolek ye.


Ok, camni ajelah hasilnya mekaup simple dari ciktie. Amacam ok tak?? Untuk video tutorialnya korang boleh tengok kat bawah ni. Apapun jangan kecam ciktie ye. Semua  produk mekaup ni kita boleh dapatkan di website Althea Korea








Anak Buah Ke-6 | Cik Jali Iman

Februari 24, 2019 9 Comments
Anak Buah Ke-6 | Cik Jali Iman
Haiii, assalamualaikum dan selamat petang korang. Dah sampai rumah dah ke tu?? Kalau dah, alhamdulillah tapi kalau belum lagi hati-hati ye terutamanya mana yang memandu tu. Kena peka sentiasa. Btw hari ini ciktie nak perkenalkan anak buah baru ciktie yang ke-6 ni. Ehhh dah masuk 6 orang ye 😬😬 ramainya cucu ma. Patutlah riuh rendah rumah ni bila sorang-sorang balik.

Anak Buah Ke-6 | Cik Jali


Oklah kenalkan inilah Mohd Razali Iman rasanya macam dah betul dah nama maknya bagi ni. Lahir 9 Januari lalu dengan berat 2.9 ! Tapi gambarnya ni ciktie snap masa dia berusia tak sampai sebulan pun lagi hari tu. Sekarang ni dah bertambah-tambah dah beratnya. Ialah kan dah berusia lebih 40 hari dah ni. Dah pandai senyum dah dia nii. Nasib baik tak gelak terkekeh-kekeh lagi tapi sekali dia menjerit tak ubah cam si kakaknya juga hikhik kuat juga. Tapi still si kakaknya itu jugalah sang juaranya.



Semoga membesar menjadi anak yang baik kepada semua orang ye. In Shaa Allah, aamiin.















McDonald’s perkenal Scrambled Egg Sandwich sebagai menu sarapan pagi terbaharu

Februari 22, 2019 6 Comments
McDonald’s perkenal Scrambled Egg Sandwich sebagai menu sarapan pagi terbaharu
McDonald’s perkenal Scrambled Egg Sandwich sebagai menu sarapan pagi terbaharu | Sandwich untuk sarapan pagi menawarkan rasa hebat dan pengalaman berbeza untuk pelanggan

Petaling Jaya, 21 Februari 2019 – Rakyat Malaysia kini boleh memulakan pagi mereka dengan dua menu sarapan pagi baharu McDonald’s – Scrambled Egg Sandwich dan Sausage & Scrambled Egg Sandwich.


Dengan dua sandwich baharu ini, pelanggan bakal dihidangkan dengan telur hancur yang gebu, ditambah pula dengan keju cheddar dan sos berkrim istimewa serta ban lembut yang dibakar sempurna. Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah kepingan sosej ayam dalam hidangan Sausage & Scrambled Egg Sandwich untuk sarapan pagi yang lebih enak dan mengenyangkan.

“Walaupun mufin Inggeris telah sekian lama menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi oleh para pelanggan McDonald’s, kami sentiasa berusaha mencari jalan untuk memberikan rasa hebat dan pengalaman berbeza untuk para pelanggan. Sandwich yang disediakan segar ini menawarkan kenikmatan seperti ‘cair di dalam mulut’, hasil daripada penggunaan bahan-bahan dari kualiti terbaik semasa penyediaannya. Menu sandwich terbaharu ini mampu memenuhi permintaan lebih ramai pelanggan semasa sarapan pagi,” kata Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.
                                                                          
Scrambled Egg Sandwich boleh didapati bermula dari harga RM8.50 untuk set sarapan pagi yang dihidangkan bersama hashbrown dan McCafe Premium Roast Coffee. Untuk mereka yang inginkan nilai yang lebih berbaloi, Scrambled Egg Sandwich ini juga boleh didapati dengan pembelian promosi McSavers Breakfast Mix & Match dengan harga RM6.99.

Tawaran dan promosi tambahan untuk menu sarapan pagi McDonald’s boleh didapati di aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store. Menu sarapan pagi McDonald’s boleh didapati mulai jam 4 pagi hingga 10 pagi setiap hari.

Program Happy Meal Readers erat hubungan kekeluargaan dengan aktiviti membaca

Februari 21, 2019 3 Comments
Program Happy Meal Readers erat hubungan kekeluargaan dengan aktiviti membaca
12 buku cerita eksklusif karya penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia, Cressida Cowell, akan dikeluarkan oleh McDonald’s sepanjang tahun ini


PETALING JAYA, 19 Februari 2019 – Setiap bulan, jutaan keluarga melawati restoran McDonald’s di Malaysia untuk menikmati hidangan, bergelak ketawa, beramah mesra dan sama-sama berkongsi kegembiraan. Diwujudkan dengan meletakkan keluarga sebagai keutamaan, program Happy Meal Readers oleh McDonald’s Malaysia bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia menerusi pendekatan ‘Scale for Good’.



Menerusi program Happy Meal Readers, McDonald’s bekerjasama dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How to Train Your Dragon, untuk melancarkan satu siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures. Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi buku bersiri ini yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s. Setiap bulan, sebuah buku akan dikeluarkan sepanjang tahun ini. Untuk pasaran Malaysia, buku-buku ini boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Bagi menjadikan pengalaman membaca lebih menyeronokkan, buku-buku ini juga boleh didapati dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio yang boleh dimuat turun dari Play Store dan Apple Store. Dengan menggunakan aplikasi ini, seisi keluarga dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee berkata, komitmen dalam memupuk budaya membaca telah banyak menyokong usaha syarikat dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“McDonald’s Malaysia ingin menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Program Happy Meal Readers ini membolehkan ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak. Kami berharap program ini dapat menerapkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dengan menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga,” kata Lee.

Menurut Lee, Program Happy Meal Readers ini juga merupakan tanda sokongan McDonald’s terhadap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaan.

“Kami mengucapkan syabas atas usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. Kami juga amat gembira dapat turut serta mengambil bahagian dalam usaha ini dengan mengetengahkan manfaat membaca kepada ibu bapa dan kanak-kanak.” 

Dengan setiap pembelian Happy Meal, keluarga juga boleh memilih untuk mendapatkan sebuah buku atau satu permainan di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara.

###


Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang hampir 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.



Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:-

Afni Adnan, McDonald’s
Wan Shariena Bahrom, McDonald’s

+603.7843.3234
+603.7843.3236

Afni.Adnan@my.mcd.com 
WanShariena.Bahrom@my.mcd.com 


Jacalyn Kow, LUMOS PR
Azwa Rahmat, LUMOS PR

+6012.961.8271
+6011.1131.3106

jacalyn.kow@lumospr.net
azwa.rahmat@lumospr.net





Resepi mudah : Acar Mentah Kelantan

Februari 18, 2019 9 Comments
Resepi mudah : Acar Mentah Kelantan
Dah lama tak makan acar mentah ni. Macam teringinlah pula. Dapat makan dengan ikan masin dan nasi panas-panas pun sedap ni. 


Resepi mudah : Acar Mentah Kelantan

Bahan

2 biji Timun*
2 biji Lada merah*
4 ulas bawang merah*
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit cuka

Cara

Semua bahan *dihiris dan digaul bersama. Dah siap !! 

 






Giveaway Cash Blogger Malaysia

Februari 17, 2019 4 Comments
Giveaway Cash Blogger Malaysia
Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!


Aku Takut by Repvblik

Februari 16, 2019 4 Comments
Aku Takut by Repvblik

Aku Takut by Repvblik 


Katamu cintaku berlebihan
Cemburuku tak beralasan
Membuat dirimu tak nyaman
Maafkan aku sayang

Aku takut
Kehilangan dirimu
Aku Takut
Takut kehilanganmu
Aku takut
Kehilangan cintamu
Aku takut
Hidup tanpa dirimu
Aku tak akan bisa
Aku yang bisa gila
Bila kau pergi

Meninggalkanku
hoo...
Katamu cintaku berlebihan
Cemburuku tak beralasan
Bagaikan burung dalam sangkar
Maafkan Aku Sayang

Aku takut
Kehilangan dirimu
Aku Takut
Takut kehilanganmu
Aku takut
Kehilangan Cintamu
Aku takut
Hidup tanpa dirimu
Aku tak akan bisa
Aku yang…

Kekalkan Rasa Kering dan Wangi Dengan Vaseline Deodoran Dry Serum

Februari 14, 2019 7 Comments
Kekalkan Rasa Kering dan Wangi Dengan Vaseline Deodoran Dry Serum
Akhirnya dapat juga Deodoran Vaseline ni. Masa mula-mula ia keluar hari tu tak sempat nak beli pun. Bukan tak sempat sebenarnya cuma tak berpeluang nak ke watsons ataupun Guardian lagi masa tu. 

Dan kebetulan masa Watsons dan Guardian sales hari tu keluar pergi kenduri rumah mak saudara. Dah alang-alang keluar tu singgah ajelah Guardian sambil-sambil cuci-cuci mata tengok apa yang menariknya dekat sana.


Ok, mesti korang pernah nampak iklan deodoran ni dekat tv ataupun pernah baca dekat mana-mana blog kan sebelum ni. Gara-gara nak cuba sendiri ciktie dah terjebak membeli sama hikhik. Sebenarnya dah mula cari dah masa pergi pasaraya dekat sini-sini cuma itulah tak ada stok baru lagi masa tu. Kalau nak juga terpaksalah menapak ke KB jawabnya.

Ciktie suka packaging deodoran vaseline ni.  Lain dari yang lain. Nampak macam losyen ataupun pencuci muka camtu. Nak guna pun mudah - picit dan terus guna je ! Ianya jenis krim, cepat kering, tak melekit dan baunya pun ok, tahan lama dan tiadalah teruk pun cuma ciktie ajelah tak berapa gemarkan sangat. Tapi ini tak bermakna ciktie tak suka ok. Apa yang pasti ia menyebabkan bahagian bawah lengan kita sentiasa kering. Kalau berpeluh pun baunya still lagi wangi.



Kalau tak silap deodoran ni sebenarnya ada beberapa pilihan lagi rasanya. Cuma masa pergi hari tu yang ni je yang ada. So, rembat ajelah dari takada langsung hehe. Dapatlah  dalam rm9.++ camtu berbanding harga asalnya rm13.++ Itupun nasib baik masa Guardian sales.

Kalau ikutkan memang dah ada macam-macam jenis deodoran sekarang ni. Cuma sehingga hari ini rasanya deodoran jenis spray je yang tak pernah cuba lagi. Roll on dan stick pun dah pernah cuba dan dah terbiasa dah. Cuma ada kalanya betullah apa yang diperkatakan, ada sesetengah darinya meninggalkan kesan pada bawah ketiak baju yang kita pakai. Kesan tebal dan juga berwarna camtu. Tapi bila dah cuba deodoran yang ni, ianya bukan isunya lagi. Apa yang boleh ciktie katakan ianya memang penyelesaian terbaiklah kepada permasalahan tu. Kita pun terasa lebih selesa sebenarnya tau..













Nestlé Sokong Kecelikan Braille | Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan

Februari 11, 2019 9 Comments
Nestlé Sokong Kecelikan Braille | Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan
PETALING JAYA, 4 Februari 2019 – Selaras dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.


Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.”



Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia 


BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

Februari 10, 2019 8 Comments
BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM
Sebenarnya hari tu dah tengok dah GA ni cuma masa tu tak sempat nak join lagi terbawalah sampai semalam. Sambil-sambil bw blog uolls tu baru perasan GA ni tak join lagi. Memandangkan hari ni tiada apa-apa entri ciktie nak join GA banyak-banyak. Eehh boleh pula camtu ek opss hahaha apasal tak boleh pula kan 😜😜


Happy Birthday Yaya..Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan happy selalu disamping insan tersayang ye.

Btw siapa yang belum join dan nak join tu boleh klik banner atas tu ye..


Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

Februari 10, 2019 14 Comments
Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com
PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin

Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:

Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.


Kini, boleh ‘booking online

Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.


Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.

Pelanggan dari luar negara

Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.

Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!


Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/02/giveaway-pantangpluscom-di-mialianacom.html#ixzz5f6KbxdB7

DIY Fridge Magnets | Abadikan Saat Indah Anda Bersama Printcious

Februari 09, 2019 9 Comments
DIY Fridge Magnets | Abadikan Saat Indah Anda Bersama Printcious
Sebenarnya dah 2/3 hari dah parcel ni sampai. Cuma baru hari ini berkesempatan nak tengok hasil kerja sendiri. Inipun berebut dengan si kakak. Kesian pula bila dia asyik duk tanya mana dia punya nihh. Nanti acik buatkan kakak punya pula lepas ni ye..


DIY Fridge Magnets | Abadikan Saat Indah Anda Bersama Printcious

Sebenarnya ini kali pertama buat Fridge Magnets ni. Inipun buat dekat pejabat. Curi-curi masa sambil-sambil buat kerja. Mula-mula tu ingatkan nak guna gambar ramai-ramai masa birthday big boss hari tu. Lepas tu tak jadi. Kebetulan masa tu ada snap gambar geng pompuan juga. Sayanglah kalau tak buat apa-apa dengan gambar tu. Lagipun bukan selalu dapat peluang snap camni.



Hasilnya comel sangat Fridge Magnets ni bila dah siap. Kecil molek je ianya ni. Kualiti gambar ok, cantik ! Magnet belakang pun ok cuma tang tulisan tu je,  buat terkecillah pula. Patutnya tulisan tu ciktie bagi besarkan sikit lagi baru lagi jelas. Tapi tak apalah still lawa lagi apa 😅😅

Printcious Menawarkan Diskaun 40% Dan Penghantaran PERCUMA

Iya, betul !! Bukan cubaan atau apa ni ye memang betul Printcious menawarkan diskaun sebanyak 40% dan penghantaran percuma sekiranya kita berbelanja sebanyak rm60 keatas selepas diskaun. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan custom made buat insan tersayang sekarang. Cara mudah nak buat Fridge Magnets  boleh rujuk kat sini. Senang je nak buat pun. Tak mau guna PC, guna phone pun boleh !! Dan ciktie memang suka bab-bab guna phone ni. Lebih mudah. Kat mana-mana boleh buat.

Tutorial : Cara Mudah Buat Fridge Magnets Dengan Printcious

Layari website Printcious dan pilih Magnets (Square).


Kemudian --> Magnets



Pilih design yang kita nak ! Ada 4 bentuk iaitu ✔️ oval, ✔️ love, ✔️ Round dan ✔️ Square

Kemudian untuk mulainya -->  klik start Designing >>


Klik image untuk masukkan gambar dan teks untuk perkataan. Dah siap --> Done ! Untuk ubah/buat pindaan --> Edit My Design Again

Seterusnya --> Add to Cart


Kemudian --> Checkout untuk langkah seterusnya. Masukkan details penghantaran dan buat pembayaran ! Ada 2 kaedah pembayaran iaitu samada online atau mesin ATM.

Untuk tambah order --> Shopping


Dah selesai !! Mudah je kan?? Tapii sebenarnya hari tu ciktie tak buat fridge Magnets semata je. Tapi sebenarnya combine dengan 1 lagi kusyen. Cukupkan 3 untuk anak buah yang ada depan mata ni. Yang sorang lagi ni kecil lagi.. tunggulah dia besar dulu sikit kan??






Pengotornya Diaaa

Februari 08, 2019 9 Comments
Pengotornya Diaaa
Inilah dinamakan semut seberang lain nampak tapi gajah depan mata tak nampak ! Tak taulah sebenarnya tak nampak atau buat² tak nampak. Buang sampah merata-rata !! Nak kata tak sekolah tak mungkinlah. Selalu sangat rasanya macam ni. Sampah merata-rata buang. Bukan setakat plastik jajang je yang berkeliaran ada tapi ada tu pampers anak membuang pun merata buang !! Ishhh pelik la orang ni.. kalau ia pun nak keluar buang ianya tu ke jalan besar pun tiada salahnya satukan semuanya. Ikat kemas-kemas tiadalah orang yang lalu lalang ni menglihat dan menghidu haruman yang tak sepatutnya tu. Hmmm macam-macam orang ni kan. Yang nak pi buang sampah camni lagaknya. Yang takmau pi buang pula camtu pula lagaknya. 


Sebelum ini dalam minggu lepas kot rasanya. Ada lagi tu haa nampak plastik sampah yang dialihkan orang tu. Bukti sangat tak mau pi buang sampah dia. Habis dikerjakan ayam. Kalau nak tahu, adalah hamba Allah sorang ni. Punyalah baik hati sampah barang basah rasanya. Dengar kata sisa lebihan ikan rasanya. Boleh pi buang dekat tepi belakang rumah orang.  Lepas tu  dengarnya orang tu alihkan letak dekat tepi rumah dia tu balik. Tah macamana 2/3 hari tengok ada 2 longgok sampah setentang dekat tepi jalan tu pula. Memanglah bukan rumah ciktie pun tapi  kitorang ni berjiran kot. Duduk belah menyebelah. Harumannya tu Ya Rahman !!

Aishhh dengar je bekerja dan pembersih sangat orangnya. Tapi tak ada gunanya kalau nak bagi rumah kita je bersih, cantik tapi kita main buang merata je sampah kita tu. Lagipun apa salahnya bawa sekali pi buang masa nak keluar ke jalan besar tu. Tak akan menjejaskan apa-apa pun kereta besar gedabak tu. Ini tak sampah dari tempat kerja bawa balik buang kawasan orang. Hmmm macam-macamlah orang ni.

Alahai tak pepasal korang terpaksa baca entry luahan perasaan pula kali ni. Maaf berbanyak ye korang..





My Ping in TotalPing.com