Sabtu, 26 Januari 2019

Tertipu dengan Sixteen Brickit Shadow Kit (#choco) dari 16Brand !

Alahaiii lawanya Shadow 16Brickit Hit 10 (#choco) dari 16Brand ni. Terasa macam nak ngap je. Sebijik macam coklat bar je ianya ni. Tapi sekali imbas memang tak ada yang perasan pun ia bukan coklat sebenarnya ni ! 





Btw thanks Althea bagi peluang ciktie cuba produk terbaru yang cute miut ni. Masa mula-mula dapat tu gara-gara tak sabar punya pasal terus buka hahaha tak boleh nak tunggu balik sampai rumah dah masa tu. Tambah pula tengah excited dapat parcel pink. Sebenarnya masa tu ciktie perasan dekat facebook adalah sorang dua dah shared gambarnya tu. Cuma masa tu taktahu  apa sebenarnya ianya ni. Mati-mati ingatkan chocolate sebab sebijik sama kan. Cumanya brand jelahhh tak pernah dengar.


Tertipu dengan Sixteen Brickit Shadow Kit (#choco) dari 16Brand !


Dah buka bungkusan tu barulah tahu isi dalamnya apa. Cantik warna dia koleksi warna-warnanya ni !  ciktie suka sangat warna-warna nude camni. Nampak macam natural beauty je. Lebih segar dan tiadalah nampak beria ataupun kusam sangat tanpa apa-apa calitan pada kelopak mata ni terutamanya masa mai pejabat. Blink-blink mata hitamku ni bila dah mengenakan. Tapiii kalau sesekali datang mood nak melaram tu seronok juga bereksperimen.



Kebetulan masa terima bungkusan tu sebenarnya memang tengah usha-usha eyeshadow warna-warna asas ataupun coklat koko camni. Nasib baik juga tak terus shopping lagi. Kalau tak kena gilir-gilirlah jawabnya.


Hadir dengan 10 jenis warna. Dari secerah-cerah warna sampailah kepada segelap-gelap warna. Ada blink-blink pula atasnya ni. Dengan packaging yang cukup comel dan memikat. Palette chocolate lagi ! Tak terfikir pun idea coklat bar camni boleh buat palette eyeshadow. Itu yang buat diri ni rasa tertipu tu sebenarnya hehe. Tapi menarik !! Muat masuk handbag dan paling penting senang nak bawa kemana-mana  je kita pergi. Nak guna pun mudah. Takmau guna brush yang disediakan guna tangan pun boleh. Brush ia pun lembut je..


Try usha-usha juga harganya ni.  Boleh tahan juga harganya pun. Lebih dari rm90 camtu tapi memang cukup berbaloilah milikinya.




4 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.