Tarikh Pengemaskinian BSH

Januari 05, 2019
Tarikh Pengemaskinian BSH |Alhamdulillah, bantuan sara hidup (BSH) ataupun dulu lebih dikenali sebagai BR1M masih lagi diteruskan untuk tahun ni. Pembayaran untuk fasa pertama akan dibuat mulai 28 Januari 2019 ni kepada semua induvidu dan isi rumah yang layak mengikut data sebelum ini. Bayaran akan dibuat terus ke dalam akaun penerima.


Tarikh Pengemaskinian BSH


Cuma untuk fasa ke-2 dan ke-3, pemilihan semula akan dibuat berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan ! Jadi setiap orang yang layak ataupun tidak layak tetapi memenuhi syarat yang ditetapkan boleh mengemaskini dan mengisi semula permohonan. Permohonan pengemaskinian ini boleh dibuat mulai 01 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019. Jangan pula nanti ada yang tidak tahu pula ye.
Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut :-

  • Berkahwin (pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  • Ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara.

Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran BSH 2019 adalah seperti berikut :-
  • Berkahwin (pasangan bukan warganegara Malaysia); atau
  • Bujang /ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
  • Bujang yang mempunyai tanggungan.

Syarat permohonan BSH 2019


Pembayaran fasa ke-2 BSH pula bakal dilakukan pada bulan akan dikemaskini dan fasa ke-3 pula pada akan dikemaskini

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol BSH 1-800-88-2747


Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com